KU SYAFIQ KU FOZI

DENGAN harga rumah yang semakin mahal dan meningkat tidak seiring dengan kadar peningkatan gaji, lebih ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk menyewa berbanding memiliki kediaman sendiri. Bagi golongan bujang yang baru memulakan pekerjaan di bandar-bandar besar pula, menyewa bilik ialah pilihan terbaik. Ia lebih menjimatkan dan memudahkan.  Namun, harga sewa bilik juga sudah semakin mahal sekarang. Ada yang murah tetapi penyewa terpaksa korbankan privasi kerana perlu berkongsi dengan orang lain.  Jika mahu menyewa sendiri, harganya boleh mencecah antara RM300 hingga RM500 bagi bilik yang tidaklah sebesar mana. ARTIKEL BERKAITAN: Rumah mahal: Lebih baik beli atau menyewa? Ramai yang mempertikaikan perkara…

Read More

GASTRIK berlaku apabila terdapat kecederaan pada lapisan dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau secara kerap dan berkala, bergantung kepada tahap gastrik yang dialami seseorang. Kebanyakan pesakit mengalami gastrik akut yang boleh diredakan dengan mengambil beberapa jenis ubat. Untuk yang lebih kronik, mungkin rawatan yang lebih intensif diperlukan. Di pasaran juga ada banyak ubat gastrik yang dijual. Gaviscon dan Eno antara jenama yang popular. Satu kajian yang dijalankan di India yang diterbitkan dalam  jurnal International Journal of Applied and Basic Medical Research mendapati, ramai pesakit kurang maklum berkenaan kesan mudarat dan amaran kesihatan ubat-ubat gastrik. ARTIKEL BERKAITAN: Tidur terganggu…

Read More

SETIAP akhir tahun, peminat-peminat bahasa akan teruja menantikan perkataan yang dipilih sebagai Words Of The Year (WOTY) Kamus Oxford. Tahun ini Oxford membawa kelainan apabila buat pertama kali, pemilihan WOTY dibuka kepada orang awam melalui undian yang disertai lebih 300,000 pengguna bahasa Inggeris dalam masa dua minggu. Hasil undian tersebut, goblin mode telah dipilih sebagai WOTY bersama dua perkataan lain, iaitu metaverse dan #IStandWithYou. ARTIKEL BERKAITAN: Word of the Year Oxford dari 2015 hingga 2021 Perkataan-perkataan yang dipilih menggambarkan semangat (ethos), suasana (mood) atau perhatian sepanjang tahun ini. Ia juga dilihat mempunyai potensi sebagai istilah dengan makna budaya yang berpanjangan.…

Read More

MENGENAL pasti kelebihan, kekurangan dan personaliti pekerja adalah penting untuk sebuah organisasi. Ia dapat membantu pengurus dan ketua memanfaatkan sepenuhnya kelebihan seseorang pekerja, seterusnya memajukan prestasi syarikat. Terdapat banyak teori psikologi yang boleh diguna pakai untuk mencapai tujuan ini dan salah satu daripadanya ialah Jendela Johari atau Johari Window. Kedengaran seperti idea yang berasal dari Malaysia, bukan? Sebenarnya tidak. Walaupun ramai rakyat Malaysia bernama Johari, perkataan tersebut sebenarnya merujuk kepada dua nama pengasas teori itu yang digabungkan. Teori atau model Jendela Johari itu dibangunkan oleh dua pakar psikologi dari Universiti California, Amerika Syarikat, iaitu Joseph Luft dan Harrington Ingham pada…

Read More

KENALKAH anda dengan barisan menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu? Adakah anda tahu bila Kabinet rasmi pertama negara ini ditubuhkan? Sempena pengumuman Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, elok juga kalau kita dapat imbas sejarah pembentukan Kabinet di Malaysia. Mungkin ramai yang fikir Kabinet pertama negara ditubuhkan selepas merdeka. Ini kerana ramai yang tidak sedar, pilihan raya umum (PRU) pertama negara diadakan sebelum negara mencapai kemerdekaan. Pilihan raya umum pertama PRU pertama diadakan pada 1955 bagi menyediakan negara ke arah negara berpentadbiran sendiri. PRU tersebut dimenangi Parti Perikatan yang dianggotai parti UMNO, MCA dan MIC.  ARTIKEL BERKAITAN: 10 jawapan…

Read More

SEMEMANGNYA, sejak peradaban manusia paling awal, air kumbahan dibuang ke saluran pengairan yang terdekat. Ia memanfaatkan pencairan dan pengoksidaan semula jadi sebagai rawatan. Idea ‘rawatan semula jadi’ ini tidak salah kerana banyak bahan cemar dapat dikeluarkan melalui prosesnya. Namun, kadar pertumbuhan penduduk dan peningkatan pencemaran dalam air buangan menjadikan pendekatan ini tidak lagi sesuai untuk kehidupan moden. Malah, ia boleh mendatangkan bahaya kepada manusia dengan pelbagai penyakit bawaan air seperti taun, demam kepialu dan Hepatitis A yang disebabkan pencemaran daripada air sisa kumbahan. Sehubungan itu, pembangunan pesat sistem pembetungan negara telah menjadi perhatian penting bagi Malaysia. Ia bertujuan memisahkan air…

Read More

KALAU anda minat muzik, pasti anda kenal siapa Loloq.  Pemilik nama sebenar Rosli Khamis ini sudah menjejak tahap legenda sebelum pemergiannya pada 30 Januari 2008 lagi. Ratusan karya liriknya masih dinikmati sehingga kini, malah terus dikaji dan dihargai oleh generasi muda. Tidak ramai penulis lirik yang mampu duduk sebaris dengan Loloq. Nama seperti Habsah Hassan, JS Kevin, Juwie dan Hairul Anuar Harun mempunyai kejayaan yang hampir sama. Namun, jika diperincikan penilaiannya kepada variasi gaya, kekayaan perbendaharaan dan berat makna dalam lirik, Loloq mungkin keseorangan dalam liganya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: 6 keajaiban bahasa dalam lirik lagu Malique  Relevan percaya bahawa seni…

Read More

BERITA baik buat semua: kita boleh tuntut lebih banyak janji dalam manifesto kerajaan baharu hasil keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tempoh hari. Ini kerana, kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianggotai lebih daripada satu parti. Selain Pakatan Harapan (PH), gabungan parti dan parti politik lain seperti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) juga akan duduk di bahagian penyokong kerajaan dalam Parlimen nanti. Parti-parti yang jadi kerajaan ini semuanya boleh dianggap sebagai sudah menang. Ini bermakna, kita boleh tuntut janji-janji yang…

Read More

PERDANA Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sosok asing dalam negara, malah di peringkat dunia sekalipun. Penglibatannya sebagai pemimpin mahasiswa, aktivis sosial dan ahli politik sudah menjangkau lebih separuh abad. Secara tepatnya, 54 tahun. Tahun ini tahun istimewa buat beliau apabila akhirnya, nama Anwar Ibrahim tercatat dalam watikah sumpah Perdana Menteri. Pelantikannya sebagai Perdana Menteri diraikan penyokong, juga diirikan musuh. Jika mahu bercerita tentang liku hidup ahli politik, Anwar Ibrahim tokohnya. Di peringkat tempatan, belum ada lagi ahli politik yang pernah dihumban ke penjara, dipecat ketika momentum kerjayanya hampir ke kemuncak, berjaya menjadi Perdana Menteri. Beliau pemimpin pembangkang…

Read More

KEBUNTUAN politik yang melanda negara selama hampir seminggu ini meresahkan, namun ia boleh menjadi ruang belajar yang besar buat mereka yang berminat dengan bidang politik atau demokrasi. Kita sudah dengar banyak istilah diucapkan sepanjang beberapa hari ini. Dari Parlimen tergantung, majoriti mudah sehingga akuan bersumpah (SD), istilah-istilah ini penting untuk memahami kemelut politik negara pasca-PRU15. Semalam, muncul satu lagi istilah, iaitu kerajaan perpaduan.  Menurut Utusan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan supaya sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan sebagai penyelesaian kepada isu ketidakcukupan kerusi oleh mana-mana gabungan politik yang ada. Walaupun Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri…

Read More