KERAJAAN tidak pernah meminggirkan golongan rentan berpendapatan rendah dalam setiap pembentangan belanjawan. Namun, Belanjawan 2023 turut menggariskan beberapa inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan sederhana. Berikut Relevan senaraikan inisiatif dalam Belanjawan 2023 yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi cabaran ekonomi pada tahun ini. Sumbangan Tunai Rahmah Beberapa pembaharuan dibuat untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk melayakkan isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak. Kerajaan juga akan memberikan sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan asas bernilai RM600.…
KU SYAFIQ KU FOZI
ISU berkenaan cukai antara yang banyak mendapat perhatian setiap kali belanjawan tahunan negara dibentangkan. Rakyat pastinya mahukan struktur cukai yang lebih progresif serta tidak membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Adakah ia didengari kerajaan? Berikut Relevan senaraikan 19 peruntukan berkenaan cukai yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023. Tiada GST Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan cukai kepenggunaan yang berasas luas seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST memandangkan rakyat sedang berhadapan cabaran kos sara hidup dan paras gaji yang rendah. Cukai Barangan Mewah Kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barangan Mewah…
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari, meletakkan tema Membangun Malaysia MADANI untuk belanjawan kedua tahun 2023 itu. Menurut beliau, belanjawan tersebut mencerminkan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur yang mampu membawa negara mendepani cabaran semasa, termasuk cabaran ekonomi global yang sarat dengan ketidaktentuan. Berikut Relevan senaraikan untuk anda 10 perkara utama berkenaan belanjawan kali ini. Jumlah peruntukan meningkat Kerajaan memperuntukkan RM388.1 bilion dalam belanjawan kali ini, meningkat berbanding RM372.3 bilion peruntukan Bajet 2023 (yang dibentang kerajaan terdahulu pada Oktober) dan RM332 bilion peruntukan Bajet 2022. Daripada jumlah tersebut, RM289.1 bilion (74.5 peratus) diagihkan untuk…
MASA yang memeningkan dan juga melegakan buat pembayar cukai pendapatan kini sudah tiba: pengemukaan Borang Nyata (BN) melalui e-Filing. Memeningkan kerana waktu inilah kita perlu mengisi pelbagai borang, mencari resit-resit lama serta membuat kira-kira cukai pendapatan sendiri. Melegakan pula kerana setelah selesai, kita sudah melaksanakan tanggungjawab yang besar buat negara. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataannya berkata, pengemukaan BN tahun taksiran 2022 dan tahun saraan 2022 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu boleh dilakukan bermula 1 Mac ini. Borang-borang yang terlibat termasuk Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E. Sebelum mengisi e-filing,…
BELANJAWAN 2023 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 24 Februari ini akan mencatat beberapa sejarah tersendiri. Pertama, ia merupakan belanjawan pertama yang disediakan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua, ini juga pembentangan pertama oleh beliau selepas kali terakhir melakukannya pada 1997. Belanjawan kali ini pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat. Ia boleh menjadi gambaran terhadap haluan ekonomi yang dipegang kerajaan hari ini. Rakyat juga menanti dan bakal membandingkan belanjawan kali ini dengan Bajet 2023 yang dibentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun lalu. Sebelum kita mengikuti pembentangan tersebut Jumaat ini, Relevan (https://relevan.com.my/) mahu berkongsi perkara-perkara penting yang…
BERPULUH-puluh tahun dahulu, golongan muda mencecah tahap dewasa pada usia 20-an. Mereka mula bekerja dan berkeluarga pada dekad umur itu kerana permintaan pasaran pekerjaan yang tidak seketat sekarang. Namun kini, permintaan dalam pasaran pekerjaan semakin ketat. Untuk tahap tertentu, pemohon wajib sekurang-kurangnya ada ijazah. Untuk memperoleh ijazah, anak muda perlu mengharungi pendidikan tinggi selama kira-kira enam tahun. Tempoh yang panjang juga diperlukan untuk mengumpul pengalaman supaya dapat beralih pada jawatan yang lebih baik dengan gaji yang lebih tinggi. Jadi, 30 is the new 20. Kemajuan hidup yang dicapai seseorang pada usia 20-an berpuluh tahun dahulu kini hanya mampu dicapai pada…
AHLI politik sangat sinonim dengan penipuan. Dari menipu fakta, memfitnah lawan dan memungkiri manifesto, semuanya dengan mudah dikaitkan dengan ahli politik. Ini menjadikan karier dalam politik sering dilihat kotor oleh ahli masyarakat yang ideal. Penglibatan dalam politik disamakan dengan perbuatan terjun dalam lumpur, seperti dalam kata-kata popular aktivis sosial Indonesia, Soe Hok Gie. Namun, rasa sangsi dan ketidakpercayaan terhadap ahli politik bukanlah sepenuhnya baik. Sebagai pemimpin negara, ahli politik memerlukan kepercayaan rakyat untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan. Maka, sebagai rakyat, apa yang kita perlu buat? Pertama, rakyat perlu sentiasa bijak dan berwaspada. Dalam menentukan sikap kita terhadap ahli politik,…
PENDEDAHAN kira-kira 12 juta dokumen kewangan melibatkan syarikat luar pesisir pelbagai negara yang dikenali sebagai Pandora Papers pernah menggemparkan dunia dua tahun lalu. Pendedahan tersebut merupakan yang terbesar dalam sejarah, melebihi dokumen yang didedahkan dalam Panama Papers atau Paradise Papers sebelum ini. Di Malaysia, isu ini juga tak kurang hangatnya. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang pernah mendesak supaya isu tersebut dibahaskan di Parlimen pada Oktober 2021. Walau bagaimanapun, usul tersebut ditolak. Selepas lebih setahun, isu Pandora Papers semakin reda sehinggalah dibangkitkan media baru-baru ini. Menurut Utusan Malaysia pada 14 Februari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah…
SETIAP tahun peminat industri muzik negara akan teruja dengan penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL). Pada 12 Februari lalu, edisi ke-37 anugerah itu berlangsung. AJL ke-37 dirangkul oleh Aina Abdul yang menyanyi, mencipta dan menulis lirik lagu Terus Hidup. Aina menyambung legasi penyanyi wanita dengan kekuatan vokal seperti Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Aishah dan Ramlah Ram yang turut pernah bergelar juara AJL. Sudah ramai yang menulis tentang pemenang AJL, bagaimana pula dengan lagu-lagu yang tidak menang? Banyak karya berkualiti dihasilkan setiap tahun namun tidak semuanya bernasib baik memenangi AJL. ARTIKEL BERKAITAN: 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan…
BAGI sesetengah orang, stres itu normal. Malah, ada yang menganggap stres dapat membantu mereka menjadi lebih objektif dan produktif dalam pekerjaan. Sebenarnya, ramai yang keliru antara stres dengan tekanan. Tekanan memang akan dihadapi setiap hari tetapi stres lebih serius, ia merujuk kepada keadaan tekanan yang intensif dan kadang kala berpanjangan. Stres boleh meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan mental. Oleh itu, jangan lagi kita memandang ringan akan stres. Ia perlu dikesan awal dan diuruskan sebaiknya supaya mental kita kekal sihat dan ia tidak melarat kepada masalah yang lebih serius seperti kemurungan. Tiga tanda Pakar Psikiatri di Hospital Pakar KPJ Batu Pahat,…