KU SYAFIQ KU FOZI

KALAU anda minat muzik, pasti anda kenal siapa Loloq.  Pemilik nama sebenar Rosli Khamis ini sudah menjejak tahap legenda sebelum pemergiannya pada 30 Januari 2008 lagi. Ratusan karya liriknya masih dinikmati sehingga kini, malah terus dikaji dan dihargai oleh generasi muda. Tidak ramai penulis lirik yang mampu duduk sebaris dengan Loloq. Nama seperti Habsah Hassan, JS Kevin, Juwie dan Hairul Anuar Harun mempunyai kejayaan yang hampir sama. Namun, jika diperincikan penilaiannya kepada variasi gaya, kekayaan perbendaharaan dan berat makna dalam lirik, Loloq mungkin keseorangan dalam liganya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: 6 keajaiban bahasa dalam lirik lagu Malique  Relevan percaya bahawa seni…

Read More

BERITA baik buat semua: kita boleh tuntut lebih banyak janji dalam manifesto kerajaan baharu hasil keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tempoh hari. Ini kerana, kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianggotai lebih daripada satu parti. Selain Pakatan Harapan (PH), gabungan parti dan parti politik lain seperti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) juga akan duduk di bahagian penyokong kerajaan dalam Parlimen nanti. Parti-parti yang jadi kerajaan ini semuanya boleh dianggap sebagai sudah menang. Ini bermakna, kita boleh tuntut janji-janji yang…

Read More

PERDANA Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sosok asing dalam negara, malah di peringkat dunia sekalipun. Penglibatannya sebagai pemimpin mahasiswa, aktivis sosial dan ahli politik sudah menjangkau lebih separuh abad. Secara tepatnya, 54 tahun. Tahun ini tahun istimewa buat beliau apabila akhirnya, nama Anwar Ibrahim tercatat dalam watikah sumpah Perdana Menteri. Pelantikannya sebagai Perdana Menteri diraikan penyokong, juga diirikan musuh. Jika mahu bercerita tentang liku hidup ahli politik, Anwar Ibrahim tokohnya. Di peringkat tempatan, belum ada lagi ahli politik yang pernah dihumban ke penjara, dipecat ketika momentum kerjayanya hampir ke kemuncak, berjaya menjadi Perdana Menteri. Beliau pemimpin pembangkang…

Read More

KEBUNTUAN politik yang melanda negara selama hampir seminggu ini meresahkan, namun ia boleh menjadi ruang belajar yang besar buat mereka yang berminat dengan bidang politik atau demokrasi. Kita sudah dengar banyak istilah diucapkan sepanjang beberapa hari ini. Dari Parlimen tergantung, majoriti mudah sehingga akuan bersumpah (SD), istilah-istilah ini penting untuk memahami kemelut politik negara pasca-PRU15. Semalam, muncul satu lagi istilah, iaitu kerajaan perpaduan.  Menurut Utusan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan supaya sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan sebagai penyelesaian kepada isu ketidakcukupan kerusi oleh mana-mana gabungan politik yang ada. Walaupun Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri…

Read More

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan pelbagai sejarah baharu. Paling jelas, buat pertama kali PRU di Malaysia tidak menghasilkan mana-mana parti dominan yang memperoleh cukup kerusi untuk mencapai majoriti mudah. Ini mewujudkan kemelut yang berlanjutan. Sehingga hari ini, empat hari selepas berakhirnya PRU15, belum ada mana-mana parti politik yang diangkat sebagai kerajaan. Rakyat pastinya gelisah dengan situasi ini namun yang paling penting, rakyat perlu faham apa yang berlaku. Seperti biasa, Relevan akan cuba menjelaskan kekeliruan yang ada. Maka, berikut merupakan enam perkara yang anda perlu tahu bagi memahami krisis yang berlaku. Majoriti mudah Kemenangan majoriti mudah bermaksud satu-satu gabungan atau…

Read More

TEMPOH kempen pilihan raya, bagi sesetengah orang, sangat menyesakkan. Dalam jangka masa yang pendek, kita disumbat dengan pelbagai maklumat, pujukan dan propaganda dari ahli dan parti politik. Namun, tanpa tempoh berkempen, pilihan raya tidak dapat berlangsung dengan sempurna. Parti-parti politik perlu diberikan masa untuk menjelaskan tawarannya kepada pengundi supaya pengundi dapat membuat keputusan terbaik pada hari mengundi. Bukan semua maklumat yang diterima semasa kempen itu baik, dan tidak semuanya buruk. Yang penting, kita mempunyai kefahaman yang cukup untuk menapis dan membezakan antara kempen yang baik dengan yang buruk. ARTIKEL (bukan propaganda) BERKAITAN: PRU15: Yang penting bukan siapa, tapi kenapa?  Untuk…

Read More

DEMOKRASI ialah sebuah proses yang berpanjangan. Kita buang undi pada hari tertentu, mendengar ceramah pada hari tertentu tetapi kerja mengawasi, meneliti dan menilai kepimpinan negara merupakan proses yang berterusan tanpa sebarang hari istimewa. Pada 19 November ini, lebih 20 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan akan mengundi kepimpinan baharu negara. Ia hari yang istimewa dan signifikan, tetapi itu bukan hari terakhir kita mengambil tahu tentang politik. Dalam demokrasi, rakyat ialah organ terpenting sebuah negara. Demokrasi meletakkan tanggungjawab memilih pemimpin yang membuat keputusan-keputusan penting untuk negara ke bahu rakyat. Kita tidak hidup dalam negara aristokrasi, oligarki, timokarki, oklokarki mahupun monarki penuh. Kita…

Read More

TEMPOH dua tahun ini mungkin tempoh paling mencabar buat negara. Sudahlah berhadapan pandemik yang menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia, politik Malaysia juga terumbang-ambing akibat Langkah Sheraton yang berlaku pada awal tahun tersebut. Pada 2020, media antarabangsa mengatakan Malaysia berhadapan ‘triple whammy’, merujuk kepada krisis kesihatan, ekonomi dan politik yang dihadapi.  Kini, negara telah hampir setahun berada dalam mod pemulihan. Data-data ekonomi menunjukkan perkembangan positif namun cabarannya belum berakhir.  Dari segi kesihatan, kita masih dalam fasa peralihan ke endemik Covid-19, belum sepenuhnya endemik. Ekonomi pula dijangka mencabar tahun hadapan dan belum ada jaminan bahawa politik negara akan stabil selepas Pilihan…

Read More

SEBAGAI parti utama kaum Melayu, parti yang memperoleh kemerdekaan dan menguasai pemerintahan negara selama lebih 60 tahun, politik Malaysia sangat didominasi UMNO. Kebanyakan parti politik yang wujud hari ini, termasuk yang membangkang UMNO, merupakan pecahan atau pernah bergabung dengan parti tersebut. Gabungan yang menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15, Pakatan Harapan (PH) juga dibarisi oleh parti-parti yang boleh dikaitkan dengan pemerintahan UMNO sebelum ini, kecuali DAP. Kewujudan parti-parti politik yang langsung tidak pernah kena ‘getah’ UMNO tidak banyak dan salah satunya ialah Parti Sosialis Malaysia (PSM). ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, prinsip asas dan…

Read More

ANTARA kesan langsung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terhadap Barisan Nasional (BN) ialah penarikan diri empat parti komponennya dari Sarawak, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Keempat-empat parti tersebut mengumumkan keluar dari BN pada 11 Jun 2018, kira-kira sebulan selepas PRU14. Serentak itu juga, keempat-empat parti yang menguasai politik Sarawak itu membentuk gabungan politik yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS). ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, tokoh utama dan hala tuju Barisan Nasional Sejarah penubuhan Dalam PRU14, empat parti komponen BN dari Sarawak berjaya menguasai 19…

Read More