Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belajar dari lirik 10 lagu yang tak menang AJL

    Belajar dari lirik 10 lagu yang tak menang AJL

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 13, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WALAUPUN tidak memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL), banyak lagu dengan lirik berkualiti dihasilkan setiap tahun. - RELEVAN

    SETIAP tahun peminat industri muzik negara akan teruja dengan penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL). Pada 12 Februari lalu, edisi ke-37 anugerah itu berlangsung.

    AJL ke-37 dirangkul oleh Aina Abdul yang menyanyi, mencipta dan menulis lirik lagu Terus Hidup.

    Aina menyambung legasi penyanyi wanita dengan kekuatan vokal seperti Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Aishah dan Ramlah Ram yang turut pernah bergelar juara AJL.

    Sudah ramai yang menulis tentang pemenang AJL, bagaimana pula dengan lagu-lagu yang tidak menang?

    Banyak karya berkualiti dihasilkan setiap tahun namun tidak semuanya bernasib baik memenangi AJL.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

    Relevan selalu percaya yang muzik juga boleh menjadi wadah pendidikan yang baik, terutamanya jika kita merenung maksud lirik yang dihasilkan.

    Sehubungan itu, kami senaraikan untuk anda 10 lagu yang tidak berjaya memenangi AJL tetapi mempunyai kualiti lirik yang mampu mendidik, baik dari segi bahasa atau makna.

    •  Suci Dalam Debu – Iklim (AJL5)

    Lirik lagu paling popular Iklim ini ditulis oleh S. Amin Shahab. Selain Suci Dalam Debu, S. Amin turut layak ke AJL5 dengan lirik Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara nyanyian Mega.

    Kedua-dua lagu ini menggunakan tajuk dengan elemen jukstaposisi: suci (bersih) dalam debu (kotor), bunga sakura (subur) di gurun Sahara (gersang). Suci Dalam Debu juga mempunyai makna tersirat yang mendalam. Ia bukan sekadar lagu jiwang karat.

    • Yang Remeh-Temeh – Pak Pandir (AJL7)

    Sebuah lirik yang sangat tajam disampaikan dalam melodi kerakyatan yang meriah. Apa yang disampaikan Pak Pandir melalui lagu ini relevan sehingga sekarang.

    Ia boleh ditujukan kepada ahli politik yang gila ampu, warganet yang celaru akal atau kepada pemimpin pendidikan yang hilang tujuan. Pak Pandir atau Azmi Ali sudah menulis tentang bahana kebanjiran maklumat serta integriti diri sebelum internet digunakan secara meluas di Malaysia lagi.

    • Dir – Rahim Maarof (AJL8)

    Sebuah penghargaan tinggi buat penghibur terulung, Sudirman. Ditulis oleh teman rapat Allahyarham sendiri iaitu Habsah Hassan, lirik lagu ini menyampaikan perasaan mereka yang rapat dengan Sudirman dalam menerima berita pemergian penyanyi legenda itu.

    Lirik tidak semestinya perlu menghimpunkan perkataan-perkataan langka untuk menjadi baik. Dengan bait kata ringkas, Habsah Hassan meletakkan jiwa dalam lagu penghargaan ini.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 keajaiban bahasa dalam lirik lagu Malique

    • Itik Gembo-Gembo – A To Z (AJL12)

    Sebelum No Good muncul dengan Che Using, A To Z ada Itik Gembo-Gembo. Walaupun liriknya bercampur aduk, ia sedikit-sebanyak memperkenalkan dialek Pantai Timur kepada pendengar muzik massa ketika itu.

    Lagu ini memenangi kategori Pop Rock dalam AJL12. Berbeza dengan pesaingnya dalam kategori sama, liriknya membawa pesan moral bersama budaya. Kritik terhadap gaya hidup anak muda disampaikan dalam muzik rancak dengan pengaruh reggae.

    • Raikan Cinta – M. Nasir (AJL16)

    M. Nasir sememangnya terkenal sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik yang prolifik. Walaupun tidak berjaya mengungguli AJL16, lagu Raikan Cinta menjadi siulan dalam kalangan peminatnya.

     

    Lirik lagu ini mengambil kisah penemuan telaga zam zam oleh Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail. Kisah ini diadun dengan indah menjadi sebuah keraian cinta yang meriah dan bermakna.

    • Nirmala – Siti Nurhaliza (AJL17)

    Berbeza dengan kebanyakan lagu ciptaan Pak Ngah yang dinyanyikan Siti Nurhaliza, lirik lagu ini dihasilkan oleh Kamarulzaman Taib atau Che Kem. 

    Lirik ini dikatakan diinspirasi dari peristiwa al-Ifki, iaitu tuduhan fitnah terhadap isteri Nabi Muhammad SAW, Aisyah RA. Che Kem menyampaikan rasa sedih dalam hati Aisyah sebelum dibebaskan daripada fitnah tersebut oleh Allah SWT.

    • Warkah Buat Laila – Zahid (AJL21)

    Satu lagi lirik yang ditulis Habsah Hassan. Lagu ini dicipta khas sebagai runut bunyi untuk filem Qaisy & Laila.

    Kali ini, Habsah memperaga kemampuan penulisannya dengan susunan kata indah bagi menyampaikan kesedihan seorang wanita yang terperangkap dalam peperangan. Lirik ini menyampaikan mesej kemanusiaan ketika dunia, terutamanya di Asia Barat berhadapan konflik peperangan yang tiada akhir.

    ARTIKEL BERKAITAN: Keistimewaan lirik dan peribadi Loloq

    • Sungai Lui – Aizat Amdan (AJL26)

    Sungai Lui dicipta dan ditulis bersama oleh Aizat dan abangnya, Anas Amdan. Membawa konsep muzik yang bertemakan alam, ia antara lagu paling unik yang pernah dipertandingkan dalam AJL.

    Lirik lagu ini bercerita tentang rumah. Dalam kesibukan masyarakat kota, akan ada masa mereka merindukan kampung halaman dan kelapangan alam. Selain menggunakan pengaruh muzik, liriknya juga berjaya menyampaikan rasa rindu manusia kepada rumahnya, iaitu alam.

    • Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter (AJL28)

    Kugiran rock banyak menulis tentang kemarahan, sistem yang rosak dan perlawanan politik tetapi dalam lagu ini, Azlan Rosle atau nama penanya Dark menulis tentang kiamat.

    Azlan menggambarkan kekeliruan manusia pada penghujung zaman yang muncul dengan pelbagai tanda tanya serta kekesalan. “Kau adalah misteri yang bernyawa; melihat, mendengar dan kau menghidu cinta,” nyanyinya.

    • Assalamualaikum – Faizal Tahir (AJL30)

    Satu lagi lagu bertema kemanusiaan yang dipersembahkan dalam AJL. Penampilan terakhir Faizal Tahir sebagai penyanyi dalam pertandingan ini meninggalkan kesan hasil susunan, lirik dan bantuan visual yang digunakan.

    Lirik lagu ini bukan sekadar mengangkat tema kemanusiaan, malah menawarkan penyelesaian kepada konflik kemanusiaan di seluruh dunia menggunakan satu kata: assalamualaikum. – RELEVAN

    Previous ArticleDakwah anak muda dengan skateboard
    Next Article 254 kes sembuh Covid-19 direkodkan semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.