Facebook Twitter
    Trending
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 kategori pelepasan cukai individu pemastautin untuk tahun taksiran 2022

    4 kategori pelepasan cukai individu pemastautin untuk tahun taksiran 2022

    By February 23, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEMBAYAR cukai boleh mula mengemukakan Borang Nyata melalui e-Filing bermula 1 Mac ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    MASA yang memeningkan dan juga melegakan buat pembayar cukai pendapatan kini sudah tiba: pengemukaan Borang Nyata (BN) melalui e-Filing.

    Memeningkan kerana waktu inilah kita perlu mengisi pelbagai borang, mencari resit-resit lama serta membuat kira-kira cukai pendapatan sendiri. Melegakan pula kerana setelah selesai, kita sudah melaksanakan tanggungjawab yang besar buat negara.

    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataannya berkata, pengemukaan BN tahun taksiran 2022 dan tahun saraan 2022 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu boleh dilakukan bermula 1 Mac ini.

    Borang-borang yang terlibat termasuk Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E.

    Sebelum mengisi e-filing, Relevan mahu mengingatkan anda tentang empat kategori pelepasan cukai individu pemastautin untuk tahun taksiran 2022.

    Jangan sampai terlepas memohon pelepasan. Setiap sen pendapatan kita itu berharga.

     

    Pelepasan individu

    Terdapat lima jenis pelepasan yang boleh dimohon oleh individu, iaitu:

    • Individu dan saudara tanggungan (RM9,000)
    • Individu kurang upaya (RM6,000)
    • Suami atau isteri kurang upaya (RM5,000)
    • Suami/isteri/alimoni kepada bekas isteri (RM4,000)
    • Yuran pengajian untuk diri sendiri (RM7,000) – Untuk yuran pengajian diri sendiri, ia termasuk kursus upskilling atau self-enhancement dalam apa-apa bidang kemahiran yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, dengan pelepasan yang terhad kepada RM2,000).

     

    Gaya hidup, perubatan dan peralatan berkaitan

    Untuk kategori ini, terdapat lima jenis pelepasan yang boleh dimohon.

    • Perbelanjaan melancong dalam negara (RM1,000) – Pelepasan boleh dimohon untuk penginapan di premis yang berdaftar, bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan dan pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen berdaftar.
    • Rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa (RM8,000)
    • Peralatan alat sokongan khas dan penjagaan ibu bapa untuk individu, suami, isteri, anak atau ibu bapa kurang upaya (RM6,000)
    • Gaya hidup (RM2,500) –Pelepasan boleh dimohon untuk pembelian bahan bacaan; pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet; bayaran langganan internet serta pembelian peralatan sukan dan bayaran bayaran keahlian gimnasium. Pemohon juga boleh mendapat tambahan RM2,500 untuk pembelian komputer peribadi dan telefon pintar atau tablet. Pemohon yang menjalankan aktiviti sukan juga boleh menerima pelepasan tambahan RM500 untuk pembelian peralatan sukan; sewaan atau yuran di mana-mana fasiliti sukan dan yuran pendaftaran penyertaan pertandingan.
    • Pembelian peralatan penyusuan (RM1,000) – Pelepasan ini khas untuk pemohon wanita yang mempunyai anak berumur dua tahun ke bawah. Tuntutan hanya boleh dibuat sekali setiap dua tahun.
    • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius untuk individu, suami, isteri, anak dan perbelanjaan rawatan kesuburan untuk diri sendiri atau pasangan (RM8,000) – Pelepasan ini termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan Covid-19, pemvaksinan dan pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi yang terhad kepada RM1,000.

     

    Pelepasan anak

    Untuk kategori ini, terdapat lima jenis pelepasan yang boleh dimohon.

    • Anak berumur 18 tahun ke bawah (RM2,000) – Hanya untuk anak yang belum berkahwin.
    • Anak berumur 18 tahun dan ke atas (RM2,000) – Untuk anak yang belum berkahwin dan belajar sepenuh masa.
    • Anak berumur 18 tahun dan ke atas (RM8,000) – Untuk anak yang belum berkahwin dan belajar di institusi pengajian tinggi (diploma dan ke atas di Malaysia)
    • Yuran taman asuhan kanak-kanak atau tadika berdaftar (RM3,000) – Untuk anak berumur enam tahun dan ke bawah. Tuntutan dibenarkan sama ada daripada suami atau isteri.
    • Anak kurang upaya (RM6,000) – Untuk jenis ini, pelepasan tambahan ditawarkan untuk anak yang belum berkahwin dan sedang belajar di institusi pengajian tinggi (diploma dan ke atas).

     

    Caruman, sumbangan dan lain-lain

    Untuk kategori ini, terdapat enam jenis pelepasan yang boleh dimohon.

    • Insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan (RM3,000 – RM7,000) – Untuk jenis ini, pelepasan sehingga RM7,000 diberikan kepada individu penjawat awam berpencen; RM3,000 untuk individu selain penjawat awam yang mencarum insurans nyawa atau takaful dan RM4,000 untuk individu yang mencarum KWSP atau skim persaraan yang diluluskan.
    • Bayaran pemasangan/sewaan/pembelian pengecas kenderaan elektrik untuk kegunaan sendiri (RM2,500) – Pelepasan ini termasuk untuk sewa beli atau langganan pengecas kenderaan elektrik.
    • Perkeso atau sistem insurans pekerja (RM350)
    • Skim persaraan dan anuiti tertangguh (RM3,000)
    • Insurans pendidikan dan perubatan untuk individu/pasangan/anak (RM3,000)
    • Tabungan bersih SSPN (RM8,000)
    INFOGRAFIK OLEH LHDN

    LHDN menyarankan pembayar cukai menggunakan perkhidmatan e-Filing untuk mengemukakan BN. Perkhidmatan tersebut boleh diakses melalui portal rasmi LHDN, portal MyTax atau aplikasi telefon bimbit.

    Ejen cukai pula digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan TAeF. 

    Bagi pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing, anda perlu mendapat nombor PIN terlebih dahulu melalui laman web LHDN. Tindakan set semula kata laluan pula boleh dilakukan melalui emel yang berdaftar dengan LHDN.

    Pembayar cukai yang masih menghadapi masalah berhubung kata laluan atau nombor PIN boleh merujuk kepada panduang yang disediakan di MyTax, menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (dalam negara) atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN yang berhampiran.

    LHDN turut menasihatkan pembayar cukai untuk mengemukakan BN dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.

    Status penghantaran BN, proses bayaran balik, e-Lejar dan maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh disemak melalui MyTax.

    “Dokumen pembuktian seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan hendaklah dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967.

    “Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses pengisian e-Filing dan semakan pematuhan oleh LHDN pada masa hadapan,” kata agensi itu. – RELEVAN

    cukai featured kewangan KU SYAFIQ KU FOZI
    Artikel Terkini

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.