Facebook Twitter
    Trending
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 19 inisiatif Belanjawan 2023 tentang cukai

    19 inisiatif Belanjawan 2023 tentang cukai

    By February 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGURANGAN cukai pendapatan untuk M40, peningkatan cukai golongan berpendapatan tinggi dan duti eksais untuk produk vape antara yang menarik perhatian dalam Belanjawan 2023. - GRAFIK OLEH RELEVAN

    ISU berkenaan cukai antara yang banyak mendapat perhatian setiap kali belanjawan tahunan negara dibentangkan.

    Rakyat pastinya mahukan struktur cukai yang lebih progresif serta tidak membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Adakah ia didengari kerajaan?

    Berikut Relevan senaraikan 19 peruntukan berkenaan cukai yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023.

    • Tiada GST

    Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan cukai kepenggunaan yang berasas luas seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST memandangkan rakyat sedang berhadapan cabaran kos sara hidup dan paras gaji yang rendah.

    • Cukai Barangan Mewah

    Kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah. Antara barang mewah yang akan dicukai termasuk jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah.

    • Cukai Keuntungan Modal

    Kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 2024 pada kadar yang rendah. Sebelum ia dimuktamadkan, kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan tersebut.

    • Duti eksais untuk produk vape

    Produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape akan dikenakan duti eksais.

    Sebagai tanda sokongan utnuk ikhtiar Generational Endgame (GEG), kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan separuh daripada hasil duti eksais tersebut kepada Kementerian Kesihatan sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

    • Program pengakuan secara sukarela

    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja (JKDM) akan melaksanakan semula program pengakuan secara sukarela. Melalui program tersebut, pengampunan ke atas penalti 100 peratus akan diberikan bagi pengakuan sukarela mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024.

    • Kadar cukai PMKS

    Kerajaan bersetuju mengurangkan kadar cukai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama daripada 17 peratus kepada 15 peratus. Pengurangan tersebut dapat memberi penjimatan sehingga RM3,000 kepada setiap 150,000 pembayar cukai PMKS.

    • Galakan cukai syarikat pengilangan

    Kerajaan akan melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengilangan yang memindahkan operasi ke Malaysia dan kadar cukai 15 peratus kepada C-Suite sehingga 2024. Ini bagi menarik pelaburan daripada syarikat yang terjejas akibat Covid-19 untuk beroperasi di Malaysia.

    • Insentif cukai pendapatan dan pelaburan bidang aeroangkasa

    Insentif cukai pendapatan serta elaun cukai pelaburan dalam bidang aeroangkasa dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025 bagi menggalakkan pengembangan kapasiti syarikat sedia ada dan menarik pelaburan daripada syarikat baharu.

    • Potongan cukai untuk penyenaraian ACE dan LEAP

    Kerajaan bercadang melanjutkan potongan cukai sehingga RM1.5 ke atas perbelanjaan penyenaraian di pasaran ACE dan LEAP sehingga tahun taksiran 2025. Potongan cukai juga diperluas meliputi kos penyenaraian syarikat berasaskan teknologi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

    • Pengurangan kadar cukai M40

    Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna golongan M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu. Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000.

    Pengurangan itu dijangka dapat memberikan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300 kepada kira-kira 2.4 juta pembayar cukai.

    • Peningkatan kadar cukai golongan berpendapatan tinggi

    Kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi pula dinaikkan antara 0.5 sehingga dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan melebihi RM100,000 hingga RM1 juta.

    Dijangka kurang daripada 150,000 pembayar cukai akan terkesan dengan peningkatan ini. Langkah ini melibatkan pengurangan hasil cukai bersih kerajaan sebanyak RM900 juta.

    • Galakan cukai projek pengeluaran bahan makanan

    Tempoh permohonan galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan dilanjutkan sehingga akhir 2025 dengan skop galakan turut diperluas merangkumi projek pertanian moden berasaskan Pertanian Persekitaran Terkawal.

    • Program pembangunan sukan akar umbi

    Kerajaan bersetuju memberikan potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat kepada individu atau syarikat yang menyumbang kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan yang melaksanakan program pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

    • Bekas atlet negara

    Potongan cukai akan diberikan kepada majikan yang menggaji bekas atlet negara.

    • Sumbangan untuk filem

    Kerajaan bercadang agar sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah FINAS akan diberi potongan cukai. Duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran juga akan dikecualikan.

    • Hospital kebajikan

    Hospital kebajikan yang berdaftar sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan akan diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan amaun perbelanjaan kebajikannya. Para penderma juga akan mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus.

    • Perbelanjaan rawatan perubatan

    Mulai tahun taksiran 2023, had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan akan dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000. Sebagai tambahan, skop pelepasan ini juga diluaskan meliputi kos pemulihan gangguan perkembangan saraf seperti autisme, sindrom Down dan ketidakupayaan pembelajaran spesifik.

    • Pemilikan rumah pertama

    Kerajaan akan meneruskan pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama dengan pengecualian sepenuhnya duti setem bagi rumah bernilai RM500,000 ke bawah dan pengecualian duti setem 75 peratus untuk rumah bernilai  RM500,000 hingga RM1 juta.

    • Premium insurans nyawa dan caruman takaful hayat

    Kerajaan bercadang meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga RM3,000. – RELEVAN

    Belanjawan 2023 cukai featured kewangan KU SYAFIQ KU FOZI
    Artikel Terkini

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.