Facebook Twitter
    Trending
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kering mulut, kuat merokok antara tanda stres, pakar kongsi cara atasi

    Kering mulut, kuat merokok antara tanda stres, pakar kongsi cara atasi

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TANDA-tanda stres boleh dilihat dalam aspek fizikal, mental dan tingkah laku. - GAMBAR HIASAN/GERD ALTMANN (Pexels)

    BAGI sesetengah orang, stres itu normal. Malah, ada yang menganggap stres dapat membantu mereka menjadi lebih objektif dan produktif dalam pekerjaan.

    Sebenarnya, ramai yang keliru antara stres dengan tekanan. Tekanan memang akan dihadapi setiap hari tetapi stres lebih serius, ia merujuk kepada keadaan tekanan yang intensif dan kadang kala berpanjangan. Stres boleh meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan mental.

    Oleh itu, jangan lagi kita memandang ringan akan stres. Ia perlu dikesan awal dan diuruskan sebaiknya supaya mental kita kekal sihat dan ia tidak melarat kepada masalah yang lebih serius seperti kemurungan.

    Tiga tanda

    Pakar Psikiatri di Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, Dr. Kartini Abdullah berkata, tanda-tanda stres boleh dikesan dalam tiga aspek, iaitu fizikal, mental dan tingkah laku.

    Contoh tanda dalam aspek fizikal ialah kering mulut, sakit kepala, susah tidur, jantung berdebar-debar, mudah penat dan sakit perut.

    Menurut Dr. Kartini, dari segi psikologi pula, mereka yang mengalami tahap stres yang tinggi akan menunjukkan tanda seperti mudah lupa, cepat marah, rasa gelisah serta bimbang dan kurang daya tumpuan.

    Malah, katanya, tanda-tanda stres tinggi juga boleh dilihat dari segi tingkah laku termasuk mereka yang merokok secara berlebihan, menyalah guna alkohol dan dadah, menghadapi masalah tabiat makan serta menunjukkan tingkah laku agresif, buli dan vandalisme.

    “Tanda-tanda seperti yang saya kongsikan perlu dipandang serius sebelum ia bertambah teruk dan mengakibatkan gangguan emosi, masalah tingkah laku serta perubahan personaliti,” katanya.

    Langkah mengatasi

    Dr. Kartini membahagikan langkah untuk mengatasi stres kepada dua, iaitu langkah jangka pendek dan langkah jangka panjang.

    Untuk jangka pendek, kaedah yang boleh digunakan dikenali sebagai 10B. Ia merangkumi 10 perkara yang boleh dilakukan oleh mereka yang berhadapan stres bagi meredakan simptomnya, termasuk degupan jantung laju, mara, gelisah, gementar dan sakit kepala.

    Berikut merupakan teknik-teknik yang ada dalam kaedah 10B:

    • Bertenang
    • Bernafas dengan dalam
    • Berbicara dengan diri sendiri atau refleksi diri
    • Beribadat
    • Bercakap dengan seseorang
    • Berurut
    • Berehat dan mendengar muzik
    • Beriadah
    • Bersenam
    • Berfikiran positif

    Bagi jangka panjang pula, mereka yang berhadapan stres boleh mengamalkan konsep IDEAL. Lima langkah tersebut merujuk kepada:

    • Identify – kenal pasti masalah sebenar
    • Describe – cari cadangan penyelesaian yang ada
    • Evaluate – buat penilaian atas setiap cadangan
    • Act – bertindak berdasarkan pilihan yang ada atau terbaik
    • Learn – belajar dari pengalaman, sama ada yang berjaya atau tidak

    Jelas Dr. Kartini, sokongan dan perhatian daripada ahli keluarga atau rakan-rakan juga dapat membantu mereka yang berhadapan stres.

    “Jika anda perasan ada ahli keluarga yang menunjukkan tingkah laku yang tidak normal, sila ambil tindakan segera dengan membawanya berjumpa pakar perubatan.

    “Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya. – RELEVAN

    *Artikel ini diubah suai dari rencana “Tanda-tanda anda mengalami stres” yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 29 Januari 2023.

    Previous Article4 cara melangsaikan hutang rumah dengan lebih cepat
    Next Article Bahana anak muda tolak pelajaran

    Artikel berkaitan

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.