KU SYAFIQ KU FOZI

MALAYSIA mencapai kedudukan tinggi dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 apabila melonjak ke tempat ke-73 berbanding 133 tahun lalu. Lonjakan 40 anak tangga itu juga meletakkan Malaysia sebagai negara terbaik di Asia Tenggara meninggalkan Thailand di tangga ke-106, Indonesia (108), Singapura (129), Filipina (132), Brunei (142), Kemboja (147), Laos (160), Myanmar (173) dan Vietnam (178). Organisasi yang menerbitkan indeks tersebut, Reporters Without Borders (RSF)  mentakrifkan kebebasan media sebagai “kemampuan wartawan sebagai individu dan kolektif untuk memilih, menghasilkan dan menyebarkan berita demi kepentingan awam tanpa campur tangan politik, ekonomi, undang-undang dan sosial serta tanpa ancaman terhadap keselamatan fizikal dan mental mereka”.…

Read More

ADA rakan datang ke rumah, beraya. Sudah lewat malam tapi dia rakan rapat, datang tengah malam pun tetap akan dijamu biskut dengan teh o panas. Bual kami panjang sampai hari berganti. Dari perkembangan baharu, kekasih yang tidak wujud sehingga perancangan-perancangan hidup. Satu soalan terbit dari mulutnya yang berisi mazola: “bila nak beli rumah?” ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum buat keputusan untuk beli rumah, jawab 3 soalan ini dahulu Mungkin tahun ini kami menjengah usia 30-an, maka pencapaian kewangan konvensional sebegini akan dibincangkan. Sebelum menjawab soalannya, ada statistik berlari-lari dalam fikiran. Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), purata harga rumah di Malaysia…

Read More

IJAZAH Doktor Falsafah (PhD) merupakan pencapaian akademik tertinggi yang boleh dicapai seseorang. Menjadi impian mereka yang bergelut dalam bidang akademik untuk mencapai tahap ijazah ini. Namun, jalannya bukan mudah. Untuk menggenggam ijazah itu, calonnya perlu kuat iltizam, bijak mengurus masa dan kerja serta perlu sedia mengorbankan sebahagian aspek kehidupannya. Calon PhD perlu luang banyak masa demi penyelidikannya. Untuk memperoleh ijazah itu secepat mungkin, peluang memperoleh pendapatan sendiri pada usia muda perlu dikorbankan. Usia awal dewasanya penuh dengan buku, jurnal dan penyelidikan. Namun, adakah pengorbanannya kelak akan mendapat balasan setimpal apabila mereka melangkah masuk ke pasaran pekerjaan dengan regalia PhD? Persoalan…

Read More

SEORANG profesor sastera yang berkepakaran dalam kajian tentang William Shakespeare dengan berani membandingkan penyanyi pop/country, Taylor Swift dengan legenda sastera dunia itu. Sir Jonathan Bate mula mengenali Swift melalui lagu Love Story dalam album Fearless (2008). Pada detik pertama mendengar lagu itu, dia sudah perasan rujukan terhadap Shakespeare dalam lirik Swift. Ia jelas: beberapa kali disebutkan nama Romeo dan Juliet dalam lagu itu. Hujahnya untuk mengangkat Swift sebagai ‘gergasi sastera’ sangat panjang. Relevan akan cuba memudahkannya untuk anda nanti. Cuma untuk kali ini, Relevan mahu berkongsi analisis Bate tentang lagu yang dimuatkan dalam album folklore (2020) versi deluxe, iaitu the lakes.…

Read More

HARI PEKERJA disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi memperingati peranan dan pengorbanan para pekerja yang membanting tulang menggerakkan ekonomi. Bermula dari peristiwa rusuhan di Haymarket Square, Chicago pada 1886 sehingga kini pelbagai kemajuan dalam pengiktirafan hak pekerja dicapai, hari istimewa itu bukan sekadar cuti bagi para pekerja tetapi penghargaan buat penat lelah mereka bekerja. Masih banyak yang perlu dibuat untuk meletakkan hak pekerja pada tempatnya, terutamanya di Malaysia. Namun, keraian tetap keraian.  Relevan mahu menyambut hari istimewa ini dengan alunan lagu-lagu yang memperingati para pekerja. Tidak kira profesion atau jawatan, kita penuhi hari ini dengan karya seni muzik yang ditujukan…

Read More

KITA disuap dengan data setiap hari. Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan media sosial dengan tegar, data dan maklumat berlumba-lumba masuk dalam kepala. Dari carian internet, status panjang di Facebook, rajutan berjela di Twitter atau hantaran Instagram yang santai, minda kita sering menerima data yang dalam kebanyakan masa tidak tersusun dan bersepah-sepah. Hidup dalam dunia yang penuh dengan maklumat dan data juga ada cabarannya yang tersendiri. Kita lebih berpengetahuan dan berkesedaran tetapi untuk mengurus maklumat dan data itu bukan mudah. “Orang ramai sedang lemas dalam data,” kata saintis data dan penulis buku Everybody Lies and Don’t Trust Your Gut, Seth Stephens-Davidowitz.…

Read More

KALAU ditanya kepada para majikan, pemilik perniagaan dan ketua jabatan, apa perkara paling sukar yang perlu mereka lakukan dalam kerjaya, hampir pasti jawapannya ialah membuat keputusan. Pembuatan keputusan ialah tugas paling genting untuk para bos. Apa-apa keputusan yang mereka buat akan memberi kesan kepada ramai pihak. Sebab itu gaji mereka tinggi. Begitu juga dalam kehidupan kita setiap hari. Keputusan-keputusan yang perlu dibuat, walaupun sekecil-kecil mahu makan mana atau mahu tonton filem apa, adalah beban yang perlu digalas setiap hari. Disebabkan itu, syarikat perkhidmatan awan, Oracle dan saintis data, Seth Stephens-Davidowitz bekerjasama menghasilkan sebuah kajian bertajuk The Decision Dilemma. Kajian berskala…

Read More

KEMENTERIAN Pendidikan mengambil berat isu penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin serius. Walaupun larangan dan penguatkuasaan telah dilaksanakan sejak 2015, isu tersebut belum menemui jalan penyelesaiannya lagi dengan laporan baru-baru ini menunjukkan lebih 40,000 pelajar sekolah terlibat dengan rokok atau vape. Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, NV Subbarow  baru-baru ini mendedahkan, seramai 43,360 pelajar sekolah didapati menghisap rokok dan vape, berdasarkan saringan program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) yang dijalankan tahun lalu. Menurut Kementerian Pendidikan, pihaknya sentiasa memberi peringatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah berkaitan Surat Siaran…

Read More

KADAR Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang mengukur harga barangan di pintu kilang terus menurun kepada -2.9 peratus pada Mac, berbanding -0.8 peratus pada Februari. IHPR merupakan indikator utama untuk Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur inflasi. Ini bermakna, jika IHPR berterusan menurun, berkemungkinan besar corak sama akan dapat dilihat pada IHP dan inflasi. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, penguncupan IHPR pada Mac disebabkan terutamanya oleh penurunan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023. Kata beliau, indeks buah tandan segar kelapa sawit terus jatuh untuk mencatatkan…

Read More

ADA dua jenis lagu raya: lagu yang sangat menggembirakan dan lagu yang sangat menyedihkan. Pernahkah anda terfikir, mengapa lagu raya perlu sedih? Bukankah hari raya itu menggembirakan? Yang tertanya tentang perkara ini mungkin bernasib baik kerana hari rayanya selalu menggembirakan.  Namun, perlu kita ingat, ramai juga yang kurang bernasib baik. Ada banyak sebab untuk orang bersedih di hari raya. Walaupun ia hari kemenangan buat umat Islam yang berjaya mengharungi Ramadan, kesedihan tetap boleh terjelma atas pelbagai punca. Kita ada banyak lagu raya sedih. Jadi, Relevan mahu gunakan lagu-lagu raya ini untuk menjawab soalan, kenapa ada orang yang bersedih di pagi raya?…

Read More