Facebook Twitter
    Trending
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cabaran membuat keputusan dalam kebanjiran data

    Cabaran membuat keputusan dalam kebanjiran data

    By April 27, 2023Updated:May 16, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DATA yang semakin banyak tidak memudahkan, malah merumitkan proses pembuatan keputusan. - GAMBAR HIASAN/FAUXELS (Pexels)

    KALAU ditanya kepada para majikan, pemilik perniagaan dan ketua jabatan, apa perkara paling sukar yang perlu mereka lakukan dalam kerjaya, hampir pasti jawapannya ialah membuat keputusan.

    Pembuatan keputusan ialah tugas paling genting untuk para bos. Apa-apa keputusan yang mereka buat akan memberi kesan kepada ramai pihak. Sebab itu gaji mereka tinggi.

    Begitu juga dalam kehidupan kita setiap hari. Keputusan-keputusan yang perlu dibuat, walaupun sekecil-kecil mahu makan mana atau mahu tonton filem apa, adalah beban yang perlu digalas setiap hari.

    Disebabkan itu, syarikat perkhidmatan awan, Oracle dan saintis data, Seth Stephens-Davidowitz bekerjasama menghasilkan sebuah kajian bertajuk The Decision Dilemma.

    Kajian berskala global tersebut meneroka peranan data dalam pembuatan keputusan, baik secara peribadi atau profesional melalui tinjauan melibatkan lebih 14,000 pekerja dan pemimpin perniagaan di 17 buah negara.

    Seramai 4,500 daripada responden kajian tersebut adalah dari rantau Asia Pasifik dan Jepun (JAPAC). Dengan jumlah tersebut, kita mendapat gambaran yang lebih jelas tentang peranan data dalam pembuatan keputusan di rantau ini.

    Relevan menyenaraikan tiga dapatan utama dalam kajian tersebut. Buat pekerja, majikan dan sesiapa sahaja, perhatikan dapatan ini. Ia mungkin berguna untuk anda.

    • Jumlah keputusan bertambah dan data yang banyak tidak membantu

    Jumlah data yang banyak tak semestinya membantu kita membuat keputusan. Menurut kajian tersebut, warga JAPAC sukar menerima jumlah data yang terlalu banyak dan ia merosakkan kepercayaan, menjadikan pembuatan keputusan semakin rumit dan memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka.

    Sebanyak 74 peratus responden berkata, jumlah keputusan yang perlu dibuat setiap hari bertambah 10 kali ganda berbanding tiga tahun lampau. Ketika mereka bergelut membuat keputusan pula, 75 peratus responden berkata mereka menerima lebih banyak data dari lebih banyak sumber berbanding sebelum ini.

    86 peratus responden pula berpendapat, jumlah data yang diterima merumitkan pembuatan keputusan mereka, baik secara peribadi atau profesional. 61 peratus lagi mengakui mereka berhadapan “dilema keputusan” lebih dari sekali dalam sehari.

    Ini bermakna, setiap hari, mereka tidak tahu keputusan apa yang patut dibuat lebih daripada sekali.

    Berkenaan sumber pula, 33 peratus tak tahu sumber mana yang boleh dipercayai dan 71 peratus mengaku kalah, tidak mahu buat keputusan kerana terlalu banyak data yang diterima.

    Apa kesannya? Sebanyak 89 peratus responden berkata ketidakmampuan membuat keputusan memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka.

    37 peratus mengalami peningkatan kebimbangan (anxiety), 37 peratus rasa mereka terlepas peluang yang baik dan 35 peratus merasakan mereka berbelanja bukan pada barang keperluan kerana kesukaran membuat keputusan.

    Kesannya, 92 peratus responden mengubah cara mereka membuat keputusan dalam tempoh tiga tahun ini. 41 peratus hanya dengar sumber yang mereka percaya dan 31 peratus lagi ikut kata hati.

    • “Tekanan keputusan” dalam kalangan pemimpin perniagaan

    Dari sudut profesional, pembuatan keputusan lebih menekan. Kebanyakan pemimpin perniagaan di JAPAC mahukan bantuan data dan sedar kepentingan data dalam kejayaan organisasi. 

    Namun, mereka tidak yakin bahawa mereka mempunyai ‘alat’ yang sesuai untuk berjaya. Ini mengikis keyakinan dan kemampuan mereka untuk buat keputusan yang tepat.

    Sebanyak 87 peratus pemimpin perniagaan mengalami “tekanan keputusan”. Mereka menyesal, rasa bersalah dan mempersoalkan keputusan-keputusan lampau yang mereka buat. 90 peratus pula percaya, kecerdasan membuat keputusan adalah penentu kejayaan organisasi masing-masing.

    Seramai 96 peratus responden mahukan bantuan data. Dalam dunia yang ideal, mereka mahu data membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik, mengurangkan risiko, membuat keputusan yang lebih cepat, meraih keuntungan yang lebih tinggi dan merancang sesuatu yang tak dijangka.

    Namun, secara realitinya, 73 peratus mengaku jumlah data yang banyak dan kurangnya kepercayaan terhadap data membuatkan mereka tidak membuat keputusan langsung. 92 peratus pula percaya jumlah sumber yang semakin banyak membataskan kejayaan organisasi mereka.

    Pendapat mereka, untuk mengumpul semua data dari sumber yang berbeza, mereka perlukan sumber tambahan lain. Ia juga memperlahankan pembuatan keputusan strategik dan mewujudkan lebih banyak kemungkinan kesalahan.

    Pendekatan data dan analitik semasa juga tidak membantu. 74 peratus berpandangan papan pemuka (dashboard) dan carta yang diperolehi bukan sentiasa berkaitan keputusan yang mereka perlu buat dan 77 peratus percaya data yang ada hanya membantu para profesional teknologi maklumat dan saintis data.

    Jika hal ini boleh diperbaiki, mereka percaya ia dapat membantu mereka membuat keputusan sumber manusia, kewangan, rantaian bekalan dan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

    ILUSTRASI OLEH RELEVAN
    • Data perlu relevan

    Cabarannya bukan mencari, tetapi mengumpul dan menerjemah data. 73 peratus responden berkata, usaha mengumpul dan menerjemah data terlalu sukar untuk mereka.

    Dalam dunia perniagaan, ia jelas. 75 peratus pemimpin perniagaan berkata, orang selalu buat keputusan dan mencari data hanya untuk justifikasi. 74 peratus pekerja pula berpendapat, syarikat sering mengutamakan pandangan pekerja yang bergaji paling tinggi berbanding data.

    Situasinya sangat sukar sehingga 81 peratus responden (85 peratus daripada responden dalam kalangan pemimpin perniagaan) lebih senang jika keputusan-keputusan itu dibuat oleh robot.

    Walau bagaimanapun, responden kajian tersebut masih percaya bahawa tanpa data, keputusan mereka akan kurang tepat, kurang berjaya dan lebih terdedah kepada kesilapan.

    Mereka juga percaya bahawa organisasi yang membuat keputusan berdasarkan data lebih dipercayai dan akan lebih berjaya. Mereka juga lebih cenderung untuk melabur, bekerjasama dan bekerja dengan organisasi tersebut. – RELEVAN

    Previous ArticleLebih 40,000 pelajar sekolah hisap rokok dan vape, KPM laksana inisiatif pembendungan
    Next Article Pemandu e-hailing gesa agar harga tambang diseragamkan seluruh negara

    Artikel berkaitan

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026
    Artikel Terkini

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.