Facebook Twitter
    Trending
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    • 10 makanan pencetus migrain
    • 1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023

      5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

      September 14, 2023

      Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

      September 14, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan lemas dalam data, urus dan manfaatkannya untuk syarikat

    Jangan lemas dalam data, urus dan manfaatkannya untuk syarikat

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 28, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEMIMPIN syarikat dan perniagaan perlu mencari jalan untuk mengurus aliran data yang diperlukan untuk membuat keputusan penting. - GAMBAR HIASAN/ANNA NEKRASHECIVH (Pexels)

    KITA disuap dengan data setiap hari. Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan media sosial dengan tegar, data dan maklumat berlumba-lumba masuk dalam kepala.

    Dari carian internet, status panjang di Facebook, rajutan berjela di Twitter atau hantaran Instagram yang santai, minda kita sering menerima data yang dalam kebanyakan masa tidak tersusun dan bersepah-sepah.

    Hidup dalam dunia yang penuh dengan maklumat dan data juga ada cabarannya yang tersendiri. Kita lebih berpengetahuan dan berkesedaran tetapi untuk mengurus maklumat dan data itu bukan mudah.

    “Orang ramai sedang lemas dalam data,” kata saintis data dan penulis buku Everybody Lies and Don’t Trust Your Gut, Seth Stephens-Davidowitz.

    Beliau mengulas kajian The Decision Dilemma (https://www.oracle.com/cloud/decision-dilemma/) yang dijalankannya bersama syarikat perkhidmatan teknologi awan, Oracle.

    Kata beliau, kajian tersebut menyerlahkan betapa jumlah input yang sangat banyak sukar diterima ramai orang, kerana maklumat yang diterima adalah lebih daripada yang mampu dikendali oleh otak

    “Ramai yang cenderung untuk tidak mempedulikan data yang mengelirukan dan kadang kala bertentangan, lalu buat sahaja apa yang mereka rasa betul.

    “Tetapi ini boleh jadi kesilapan yang besar. Telah terbukti berkali-kali, naluri kita boleh menyesatkan dan pembuatan keputusan yang terbaik adalah berdasarkan kefahaman yang jelas tentang data yang relevan,” katanya.

    Mungkin ini yang dimaksudkan oleh pepatah Melayu: ikut hati, mati. 

    Data dalam pekerjaan

    Isu ini lebih mustahak apabila diletakkan dalam konteks pekerjaan dan perniagaan. Segala maklumat dan data yang diterima, apabila berlebihan, akan menyukarkan pembuatan keputusan genting yang boleh menentukan nasib syarikat atau perniagaan.

    “Mencari jalan untuk mengendali arus data dengan mudah bagi membantu perniagaan membezakan antara petanda dengan sampah yang mengganggu: ini langkah pertama yang penting,” kata Seth.

    Hal sama turut disuarakan Pengetua Pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif Oracle Red Bull Racing, Christian Horner.

    ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran membuat keputusan dalam kebanjiran data

    Dalam perlumbaan kereta, keputusan perlu dibuat dengan pantas dan tepat. 

    “Strategi perlumbaan yang tepat seperti bila mahu memasuki pit dan tayar apa yang paling sesuai dengan keadaan trek boleh jadi penentu kemenangan atau kekalahan.

    “Dengan Infrastruktur Awan Oracle, pasukan kami boleh memanfaatkan data dengan menjalankan berbilion simulasi strategi perlumbaan semasa hujung minggu Grand Prix.

    “Ia memastikan kami dapat membuat keputusan yang sesuai dengan prestasi kereta, perubahan pada trek dan tindakan pesaing semasa perlumbaan berlangsung,” kata Christian.

    Ini bermakna, data yang berlebihan tetap boleh dimanfaatkan jika ia diurus dengan baik. Sumber data yang banyak perlu ditemani teknologi yang boleh mengurusnya dengan baik. Jalan ke hadapan untuk pemimpin syarikat dan perniagaan bukan untuk mencari data tetapi menguruskan data.

    Daripada data kepada kesedaran

    Pemimpin syarikat dan perniagaan hanya mahu tahu apa keputusan terbaik yang boleh dibuat. Mereka mahukan data yang boleh memandu mereka dalam pembuatan keputusan. Mereka mahu sedar tentang keadaan sekeliling dan maklumat itu yang diperlukan dari data-data yang ada.

    Namun, jumlah data yang banyak boleh menyesakkan fikiran. Kerana tekanan ini, ramai yang menolak data dan buat keputusan mengikut gerak hati.

    “Ketika perniagaan berkembang untuk memberi perkhidmatan dalam cara yang baharu, jumlah input data yang diperlukan untuk mendapat gambaran penuh (situasi) juga berkembang.

    “Tanpa mempedulikan data, pemimpin perniagaan membuat keputusan atas risikonya sendiri,” kata Naib Presiden Kanan Teknologi dan Strategi Pelanggan Oracle Jepun dan Asia Pasifik, Chris Chelliah.

    Menurut beliau, rasa was-was, ketidakpercayaan dan kurangnya kefahaman terhadap data yang ditunjukkan dalam kajian The Decision Dilemma selari dengan maklum balas yang diterima pelanggan mereka. Ramai yang fikirkan semula pendekatan mereka terhadap pembuatan keputusan.

    “Pelanggan kami mencari bantuan untuk menghubungkan data kepada kesedaran, kepada pembuatan keputusan dan kepada tindakan,” jelasnya.

    Mahu tidak mahu, perniagaan perlu mula melabur dalam pengurusan data demi pembuatan keputusan yang lebih tepat.

    “Pemimpin perniagaan di Asia Pasifik semakin sedar tentang peranan data berkualiti dan analitik dalam membongkar pasaran dalam (deep market) dan kesedaran pelanggan, mengganggu perniagaan legasi malah mentransformasikan keseluruhan industri,” kata Naib Presiden Penyelidikan International Data Corporation (IDC), Dr. Chris Marshall.

    Kata beliau, kajian Panduan Perbelanjaan Data Raya dan Analitik (BDA) Seluruh Dunia IDC untuk Asia Pasifik mendapati, perbelanjaan untuk penyelesaian BDA dijangka mencecah AS$70.7 bilion (RM315.36 bilion) pada 2026.

    “Melaksanakan pendekatan berpandukan data, analitik dan kecerdasan buatan (AI) terhadap transformasi digital telah menjadi usaha terkecil yang boleh dibuat pemimpin serantau jika mereka mahu meningkatkan pendapatan dan mencipta keberkesanan kos yang lebih baik dalam iklim ekonomi yang tidak menentu,” katanya. – RELEVAN

    data featured kerjaya perniagaan
    Artikel Terkini

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    September 19, 2023

    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.