Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tanpa etika dan tanggungjawab, kebebasan media tiada makna

    Tanpa etika dan tanggungjawab, kebebasan media tiada makna

    By May 5, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MALAYSIA mencapai kedudukan tinggi dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 apabila melonjak ke tempat ke-73 berbanding 133 tahun lalu.

    Lonjakan 40 anak tangga itu juga meletakkan Malaysia sebagai negara terbaik di Asia Tenggara meninggalkan Thailand di tangga ke-106, Indonesia (108), Singapura (129), Filipina (132), Brunei (142), Kemboja (147), Laos (160), Myanmar (173) dan Vietnam (178).

    Organisasi yang menerbitkan indeks tersebut, Reporters Without Borders (RSF)  mentakrifkan kebebasan media sebagai “kemampuan wartawan sebagai individu dan kolektif untuk memilih, menghasilkan dan menyebarkan berita demi kepentingan awam tanpa campur tangan politik, ekonomi, undang-undang dan sosial serta tanpa ancaman terhadap keselamatan fizikal dan mental mereka”.

    Berdasarkan definisi tersebut, lima kategori atau indikator dijadikan asas bagi menentukan mata yang diperoleh dalam indeks itu, iaitu konteks politik, rangka undang-undang, konteks ekonomi, konteks sosiobudaya dan keselamatan.

    Namun, persoalan yang lebih penting untuk difikirkan, apa kesan kebebasan media yang diukur dalam indeks itu kepada pengamal utamanya, iaitu wartawan?

    Bagi menjawab persoalan ini, Relevan menghubungi bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain bagi mendapatkan pandangannya.

    Tanggung dan jawab

    Di Malaysia, ada perubahan yang besar dalam dunia kewartawanan apabila kerajaan ditumbangkan buat pertama kali melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ada perubahan pada corak laporan, terutamanya dalam hal politik. Media dikatakan ‘lebih bebas’.

    Namun, di mata Ku Seman, keperluan untuk kebebasan tidak setinggi kepentingan wartawan yang bertanggungjawab.

    MEDIA mengecap lebih kebebasan selepas PRU14 namun penekanan utama tetap kepada etika dan tanggungjawab media. – GAMBAR HIASAN/BERNAMA

    “Selepas PRU14, dengan tewasnya Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan, media dilihat mendapat kebebasan yang luas. Tetapi, kebebasan yang bagaimana?

    “Saya melihat pasca-PRU14, media terutamanya yang bukan arus utama memang bebas mencuit tunggak yang selama ini tidak diusik – institusi raja-raja Melayu, kedudukan agama Islam dan keistimewaan orang Melayu.

    “Kebebasan media dirayakan dengan memberikan pandangan atau pendapat yang menyentuh tiga perkara teras berkenaan. Apabila ada perlakuan yang bertentangan dengan tiga perkara itu, ada sahaja media yang menyambut dengan hujah-hujah yang seolah-olah mahu menulis semula persetujuan bersama mengenai tiga teras itu,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tunggak keempat, wartawan makan hati dan neo-journalism: kewartawanan dari lensa Ku Seman

    Bagi Ku Seman, kedudukan tinggi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media oleh RSF tidak begitu mengujakan.

    “Indeks itu sebenarnya bukanlah tanda aras kebebasan media yang sebenar, sekalipun RSF mendakwa sebagai badan bebas dan berkecuali.

    “Kalau diteliti antara era kerajaan BN kemudian PH, Perikatan Nasional (PN) dan PH bersama BN, yang memberi manfaat kepada rakyat bukan kebebasan media, tetapi kewartawanan yang bertanggungjawab,” katanya.

    Gelak orang lama

    Ku Seman lebih senang melihat kebebasan media sebagai luasnya ruang tugas untuk wartawan. Jika media disekat dan dibelenggu, ruang tugas wartawan menjadi lebih sempit. Hanya sebahagian laporan dibenarkan, yang lain dilarang dan dihambat.

    Ruang tugas yang luas diperlukan untuk persekitaran media yang sihat, lebih-lebih lagi dalam konteks media sebagai tunggak keempat (fourth estate) negara. Namun, ia tidak bermakna kita perlu menuntut kebebasan yang mutlak.

    “Wartawan Melayu zaman penjajah dulu berdepan sekatan yang begitu ketat tetapi masih boleh menjalankan peranan membentuk pemikiran melawan penjajah. Sekalipun tidak ada kebebasan, mereka mendukung tanggungjawab dan menjalankan tugas dengan penuh etika.

    “Wartawan zaman penjajah dulu tentu akan gelak melihat wartawan sekarang berjuang untuk kebebasan tetapi kurang tanggungjawab,” kongsinya yang menekankan bahawa kebebasan media perlu dimanfaat untuk wartawan lebih bekerja untuk rakyat.

    Bagaimana wartawan mahu lebih bekerja untuk rakyat? Manfaatkan kebebasan dengan laporan komprehensif dan tidak menjadi lidah mana-mana pihak, termasuk kerajaan.

    WALAUPUN berhadapan pemimpin kerajaan, wartawan perlu ada pendirian sendiri. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    Penulis risalah

    Satu hal yang perlu difahami pengamal media dan masyarakat: mana-mana kerajaan tidak ada hak untuk menentukan cara wartawan bekerja dan membentuk pandangan rakyat.

    “Bagaimanapun, agak malang apabila ada media lebih berperanan sebagai buletin kerajaan. 

    “Memang benar media perlu melaporkan tentang dasar-dasar kerajaan untuk rakyat. Namun, janganlah menurunkan taraf wartawan sebagai penulis risalah.

    “Biarlah apa pun pemimpin kerajaan atau pembangkang hendak kata, wartawan mesti ada pendirian sendiri,” jelas Ku Seman.

    ARTIKEL BERKAITAN: Laluan pendidikan untuk kerjaya dalam bidang komunikasi dan media (Diploma)

    Yang ditekankan beliau ialah hak rakyat untuk mendapat maklumat yang benar. Tanpa maklumat, tiada demokrasi.

    Wartawan bukan bekerja untuk kerajaan, katanya. Namun, wartawan perlu bersama-sama kerajaan membangunkan rakyat. 

    Wartawan mesti memihak

    Ku Seman berpendapat, kita tidak perlu terloncat terlalu tinggi dengan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2023. Keraiannya tidak perlu terlalu besar sehingga menenggelamkan teras kewartawanan, iaitu etika.

    “Perlu diingat bahawa media atau wartawan mesti memihak, yakni memihak kepada kebenaran. Kalau terus bersekongkol dengan kepalsuan, tidak beretika namanya.

    “Wartawan tidak boleh hendak berlakon baik dan mengaku sebagai neutral. Tidak ada wartawan yang neutral. Yang neutral hanya tukang lapor dan penulis risalah.

    “Wartawan mesti berpihak kepada kebenaran. Kalau tidak melakukan itu tandanya tidak beretika. Biarlah seluas lautan sekalipun kebebasan yang diberi, nilainya kosong,” tegasnya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.