Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana Taylor Swift memuatkan 19 rujukan sastera era Romantik Inggeris dalam satu lagu

    Bagaimana Taylor Swift memuatkan 19 rujukan sastera era Romantik Inggeris dalam satu lagu

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 3, 2023Updated:May 3, 20237 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAYLOR SWIFT meletakkan banyak rujukan tentang penyajak era Romantik Inggeris seperti William Wordsworth dan John Keats dalam lirik tulisannya. - GAMBAR RELEVAN

    SEORANG profesor sastera yang berkepakaran dalam kajian tentang William Shakespeare dengan berani membandingkan penyanyi pop/country, Taylor Swift dengan legenda sastera dunia itu.

    Sir Jonathan Bate mula mengenali Swift melalui lagu Love Story dalam album Fearless (2008). Pada detik pertama mendengar lagu itu, dia sudah perasan rujukan terhadap Shakespeare dalam lirik Swift. Ia jelas: beberapa kali disebutkan nama Romeo dan Juliet dalam lagu itu.

    Hujahnya untuk mengangkat Swift sebagai ‘gergasi sastera’ sangat panjang. Relevan akan cuba memudahkannya untuk anda nanti.

    Cuma untuk kali ini, Relevan mahu berkongsi analisis Bate tentang lagu yang dimuatkan dalam album folklore (2020) versi deluxe, iaitu the lakes.

    Menurut Bate, lagu ini kaya dengan rujukan terhadap penyajak era Romantik, William Wordsworth. Dalam lagu the lakes sendiri, perkataan “words worth” digunakan. Ia merupakan permainan kata yang digunakan untuk merujuk penyajak tersebut (selain makna asalnya juga relevan) kerana dalam video lirik rasminya, ia ditulis sebagai “Wordsworth”.

    Berikut merupakan lirik penuh the lakes:

    Is it romantic how all my elegies eulogize me?
    I'm not cut out for all these cynical clones
    These hunters with cell phones
    
    Take me to the lakes where all the poets went to die
    I don't belong, and my beloved, neither do you
    Those Windermere peaks look like a perfect place to cry
    I'm setting off, but not without my muse
    
    What should be over burrowed under my skin
    In heart-stopping waves of hurt
    I've come too far to watch some name dropping sleaze
    Tell me what are my words worth
    
    Take me to the lakes where all the poets went to die
    I don't belong, and my beloved, neither do you
    Those Windermere peaks look like a perfect place to cry
    I'm setting off, but not without my muse
    
    I want auroras and sad prose
    I want to watch wisteria grow right over my bare feet
    'Cause I haven't moved in years
    And I want you right here
    A red rose grew up out of ice frozen ground
    With no one around to tweet it
    While I bathe in cliffside pools
    With my calamitous love and insurmountable grief
    
    Take me to the lakes where all the poets went to die
    I don't belong, and my beloved, neither do you
    Those Windermere peaks look like a perfect place to cry
    I'm setting off, but not without my muse
    No, not without you

    ARTIKEL BERKAITAN: Belajar dari lirik 10 lagu yang tak menang AJL 

    Berikut pula merupakan 19 analisis Bate terhadap lirik ini. Bate menjelaskan perkataan atau frasa penting dalam lagu tersebut yang pada pandangan beliau, membawa makna tersendiri.

    • romantic (baris 1, rangkap 1)

    Ia merujuk kepada gerakan Romantik pada 1780 hingga 1830, yang mana William Wordsworth bersama penyajak lain mencipta idea bahawa: “semua sajak yang bagus merupakan limpahan spontan perasaan yang kuat: ia berasal dari emosi yang terkumpul dalam ketenteraman”.

    • elegies (baris 1, rangkap 1)

    Elegi merupakan sajak tentang kehilangan. Ia mengenang kematian atau kehilangan cinta dari orang yang disayangi. Sajak Lucy oleh Wordsworth adalah antara elegi pendek terbaik yang pernah ditulis.

    • eulogise me (baris 1, rangkap 1)

    Eulogi merupakan sajak yang memuji seseorang. Dan Wordsworth pakar dalam menulis eulogi untuk dirinya sendiri. Rakannya, Samuel Taylor Coleridge menyifatkan sajak The Prelude oleh Wordsworth sebagai menyuarakan “the dread watchtower of man’s absolute self”.

    • hunters with cell phones (baris 3, rangkap 1)

    Banyak penyajak terdahulu menggunakan pemburuan sebagai metafora untuk keinginan, seperti yang dilakukan Shakespeare dalam Twelfth Night, ketika Orsino berkata, “My desires, like fell and cruel hounds, e’er since pursue me”.

    ARTIKEL BERKAITAN: Keistimewaan lirik dan peribadi Loloq

    • the Lakes (baris 1, rangkap 2)

    Ia merujuk kepada Taman Negara Lake District di Cumbria, England. Wordsworth adalah orang pertama yang mencadangkan pergunungan dan tasik di tanah kelahirannya, Cumbria patut menjadi “semacam harta negara” yang setiap orang “ada hak untuk menikmatinya”.

    • all the poets went to die (baris 1, rangkap 2)

    Tidaklah semua penyajak mati di tasik Lake District tetapi ada dua yang menghembus nafas terakhir berdekatan tasik itu: Wordsworth dan rakan penyajak Romantiknya, Robert Southey. 

    • Windermere peaks (baris 3, rangkap 2)

    Windermere merupakan tasik terbesar dalam kumpulan tasik-tasik di Lake District. Ia dikelilingi oleh gunung-ganang. Windermere menjadi latar dalam banyak sajak Wordsworth seperti sebuah elegi tentang budak lelaki pada waktu senja yang meniru bunyi burung hantu. Tulis Wordsworth: “There was a boy, ye knew him well, ye cliffs / And islands of Winander”. Winander merupakan nama lama untuk Windermere.

    • muse (baris 4, rangkap 2)

    Muse biasa merujuk kepada imej sesuatu yang menginspirasikan puisi. Jika penyajaknya lelaki, lazimnya muse-nya perempuan. Mungkin muse dalam baris ini merujuk kepada sesuatu yang abstrak. Mungkin juga ia bekas kekasihnya, Joe Alwyn yang membawanya ke tasik-tasik itu pada ulang tahun ketiga mereka sebagai pasangan.

    • name dropping sleaze (baris 3, rangkap 3)

    Sajak-sajak Romantik banyak memasukkan rujukan dan kenangan yang sangat peribadi. Swift nampaknya meletakkan rujukan kepada pertikaian undang-undang berkenaan nilai pita induk (master tape) enam album pertamanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 keajaiban bahasa dalam lirik lagu Malique

    • my words worth (baris 4, rangkap 3)

    Permainan kata ini yang menjadi kunci dalam lagu ini. Swift dengan bijak menggabungkan aspek komersial dana industri kreatif (nilai tunai liriknya) dengan idea inspirasi daripada tradisi persuratan. Dalam video lirik rasmi, ia ditulis sebagai “Wordsworth” (merujuk Willian Wordsworth), bukan “words worth” (yang juga sesuai dengan konteks lirik).

    • auroras (baris 1, rangkap 5)

    Aurora merupakan ungkapan puitis untuk waktu subuh. Imej cahaya subuh sering digunakan dalam sastera, mungkin yang paling popular dalam baris ucapan Romeo kepada Juliet: “But soft, what light through yonder window breaks? / It is the East, and Juliet is the sun.”

    • sad prose (baris 1, rangkap 5)

    Swift mungkin merujuk kepada kenyataan bahawa gerakan Romantik bukan sekadar menghasilkan puisi yang hebat, malah juga fiksyen prosa yang agung. Mungkin yang paling jelas ialah novel-novel oleh adik-beradik Bronte yang turut dirujuk Swift dalam lagu lain.

    • wisteria (baris 2, rangkap 5)

    Mungkin ketika di tasik Lake District, Swift menziarahi rumah Wordsworth dari 1813 hingga 1850 di Rydal Mount. Pintu masuknya dipenuhi dengan wisteria (bunga fuji) yang menakjubkan.

    • my bare feet (baris 2, rangkap 5)

    Penyajak Romantik seperti Wordsworth, John Keats dan William Blake banyak menggalakkan hubungan intim dengan alam sekitar, disimbolkan melalui kegembiraan anak kecil berkaki ayam dalam latar yang indah.

    • red rose (baris 5, rangkap 5)

    Pastinya ros merah itu imej tradisional untuk cinta, seperti dalam baris paling terkenal penyajak Romantik Scotland, Robert Burns: “My love is like a red, red rose.”

    • ice frozen ground (baris 5, rangkap 5)

    Air di tasik Lake District ada kalanya membeku. Antara babak terbaik dalam sajak epik autobiografi Wordsworth, The Prelude menggambarkan seorang budak lelaki meluncur di atas tasik yang beku.

    • tweet (baris 6, rangkap 5)

    Mungkinkah “tweet” merupakan ungkapan moden untuk merujuk kerapnya ciapan burung muncul dalam karya sajak-sajak era Romantik, seperti dalam Ode to a Nightingale oleh John Keats dan To a Skylark oleh Percy Bysshe Shelley?

    • I bathe in cliffside pools (baris 7, rangkap 5)

    Kita tak tahu jika Swift betul-betul berendam dalam tasik sejuk di Lake District tetapi memori terawal Wordsworth yang dikenang dalam The Prelude ialah bagaimana: “many a time have I, a five years’ child, / A naked boy, in one delightful rill … Made one long bathing of a summer’s day”.

    • calamitous love and insurmountable grief (baris 8, rangkap 5)

    Cinta dan kematian ialah dua tema besar dalam puisi Romantik. Tidak pernah ada dalam mana-mana karya sastera “insurmountable grief” digambarkan seperti dalam sonet Wordsworth yang mengingati kematian anak perempuannya, Surprised by Joy. – RELEVAN

    featured pendidikan pendidikan muzik sastera
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.