Facebook Twitter
    Trending
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa ada yang bersedih di hari raya? 6 lagu raya ini ada jawapannya

    Kenapa ada yang bersedih di hari raya? 6 lagu raya ini ada jawapannya

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 26, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADA yang dirundung kesedihan di hari raya kerana kehilangan insan tersayang, berjauhan dengan keluarga atau mengenangkan saudara seagama yang tidak bernasib baik. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    ADA dua jenis lagu raya: lagu yang sangat menggembirakan dan lagu yang sangat menyedihkan.

    Pernahkah anda terfikir, mengapa lagu raya perlu sedih? Bukankah hari raya itu menggembirakan?

    Yang tertanya tentang perkara ini mungkin bernasib baik kerana hari rayanya selalu menggembirakan.  Namun, perlu kita ingat, ramai juga yang kurang bernasib baik.

    Ada banyak sebab untuk orang bersedih di hari raya. Walaupun ia hari kemenangan buat umat Islam yang berjaya mengharungi Ramadan, kesedihan tetap boleh terjelma atas pelbagai punca.

    Kita ada banyak lagu raya sedih. Jadi, Relevan mahu gunakan lagu-lagu raya ini untuk menjawab soalan, kenapa ada orang yang bersedih di pagi raya?

    • Salam Dunia – M. Nasir

    Di pagi raya, kebanyakan kita akan berkumpul bersama sanak-saudara dan keluarga. Kita beribadah dan bergembira bersama, meraikan hari kemenangan.

    Tapi di satu sudut dunia, ada umat yang kemenangannya tertangguh sekian lama. Ramadan dan Syawal berganti, mereka masih tertindas.

    Bumi Palestin makin galak diserang sepanjang Ramadan. Mungkin kerana syaitan diikat, rejim Zionis semakin bersemangat mahu buktikan bahawa mereka makhluk paling kejam.

    17 April lalu juga mengingatkan kita kepada sambutan Hari Banduan Palestin. Hari ini disambut sebagai tanda sokongan terhadap kebebasan dan hak para banduan yang ditahan oleh rejim Israel.

    Menurut Al Jazeera, kira-kira 4,900 banduan Palestin ditahan di Israel, termasuk 31 wanita dan 160 kanak-kanak. Malah, ada kira-kira 1,000 rakyat Palestin ditahan tanpa bicara oleh Israel.

    Jadi, mungkin ada yang kelihatan sugul di pagi raya nanti kerana memikirkan saudara seagama yang tidak seuntung kita di sini.

    Ramadan mengajar kita untuk berempati dan kita sugul memikirkan “mereka yang dilanda derita, redalah harimu kan tiba”. Semoga kemenangan buat seluruh umat Islam segera tiba.

    • Miskin Kaya – Firdaus

    Terdapat kira-kira 130,000 miskin tegar dalam negara, setakat September tahun lalu. Golongan ini mempunyai pendapatan di bawah RM1,196 sebulan.

    Golongan ini mungkin tidak dapat menyambut hari raya seperti biasa. Orang beli baju baharu, mereka hanya memandang. Kalau ada yang bermurah hati menyumbang, dapatlah mereka merasa serba-sedikit nikmat hari raya itu.

    Aidilfitri pula semakin ditelan konsumerisme sekarang. Bagi sesetengah orang, ia bagaikan pesta belanja.

    Jika baju tak berganti, langsir tidak baharu, orang mula bercakap dan mengata. Kemampuan berbelanja demi Aidilfitri dibanding-banding.

    Janganlah bersikap begitu. Perhatikan komuniti dan kejiranan kita sendiri. Jika ada keluarga yang kurang bernasib baik, kita bantu sedaya mampu. Bukan mengata.

    Mungkin ada dalam kalangan kita yang mengalir air mata di pagi raya memikirkan kebatasan kewangan. Rasakan diri “miskin hina” yang hanya layak “berselubung duka”.

    Pegang tangan mereka dan hulurkan sokongan. Tunjukkan bahawa wang bukan syarat untuk menikmati Aidilfitri.

    • Harapan Ramadan – Raihan dan Man Bai

    Ramadan ialah bulan suci yang penuh ganjaran serta keampunan. Menjelang pagi raya, mungkin ada yang dalam kesedihan kerana terpaksa meninggalkan bulan tersebut.

    Pelbagai ganjaran dan peluang keampunan boleh diperoleh sejak malam pertama Ramadan lagi. Sebab itu, ramai yang menantikan kehadiran bulan ini dan bersemangat menjalaninya.

    Kita juga sering berdoa semoga dipertemukan dengan Ramadan yang seterusnya. Umat Islam yang sedar dan yakin dengan agamanya akan membuat persediaan bagi menghadapi bulan penuh dugaan itu.

    Sebab itu, ada yang bersedih setelah berlalunya Ramadan. Peluang memperoleh pahala dan ganjaran sebegitu tidak hadir selalu.

    “Selangkah demi selangkah, setahun sudahpun berlalu. Masa yang pantas berlalu hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadan semula,” nyanyi Man Bai dan Raihan.

    Semoga kita semua dipanjangkan umur dan selalu bersedia mengharungi rahmat dan keberkatan Ramadan yang seterusnya.

    • Sepasang Kurung Biru – Khairil Johari Johar

    Aidilfitri selalu menjadi kenangan indah, terutamanya buat yang meraikannya bersama yang tersayang.

    Namun, apa akan terjadi apabila orang yang dikasihi pergi meninggalkan kita, baik sebab dijemput Ilahi atau hilang tanpa berita?

    “Di hari yang berbahagia ini, hatiku kosong dan sepi sekali,” nyanyi Khairil Johari Johar.

    Begitulah agaknya perasaan mereka yang kehilangan orang tersayang di pagi raya. Walau bagaimana bingit suasana sekeliling, hatinya terus sepi dan sunyi.

    Rindu ialah rejim yang tak pernah boleh dikudeta, kata Ilham Gunawan. Maksudnya, rindu tak akan boleh dibuang dengan paksa. Ia lahir, tumbuh dan kekal dalam hati sehingga sampai masanya untuk pergi.

    Jadi, kalau ada kawan atau keluarga yang sugul mengenang memori indah bersama yang tersayang di pagi raya, fahamilah renjana rindu yang dirasakannya.

    • Ku Pohon Restu Ayah Ibu – Mamat Exist

    Emak saya bercerita, waktu pertama kali abang sulung saya beraya di perantauan dahulu, lagu ini yang dihantar kepadanya.

    Kisahnya klise: perantau yang sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga pada pagi hari raya. Namun, kisah ini terus relevan sehingga sekarang.

    Sejak kecil, kita sentiasa beraya dengan keluarga. Tiba masa kedewasaan menjengah, bahu mula menampung beban mencari rezeki, waktu itu baru kita rasa peritnya beraya tanpa tubuh ibu dan ayah di depan mata.

    Waktu itu segala penyesalan dan keinsafan muncul. Kita bertekad, kalau takdir membawa kita ke kampung pagi raya itu, akan kita sujud di kaki mak ayah. Tangan mereka segera kita capai dan cium, memohon restu dan kemaafan atas kesalahan lampau.

    Kini teknologi mungkin membantu. Walaupun berjauhan, boleh buat panggilan video. Tapi perasaannya tetap berbeza.

    Kita tetap akan rindu pada aroma pagi raya yang bercampur antara rempah rendang, pedas kuah kacang serta lemak santan dari lemang. Kehangatan sesi bermaafan, bau embun waktu kaki menapak menuju masjid dan kedinginan tanah kubur yang diziarahi menghidupkan sejuta memori Aidilfitri.

    Buat para perantau, jangan bersedih. Anda berkorban demi keluarga, pasti ada balasannya nanti.

    • Musafir di Aidilfitri – S. Jibeng

    Segala kesedihan yang dicatat di atas tak akan dapat menandingi kesunyian seorang yang sebatang kara di pagi Aidilfitri.

    Ramai yang memandang ringan peribahasa sebatang kara kerana sukar kita nak jumpa orang yang tiada sanak saudara langsung. Tapi, mereka ada.

    Bayangkan ketika penghujung Ramadan, ada rakan yang berkata, “Aku tak tahu nak balik mana raya nanti”.

    Bukan sebab terlalu banyak destinasi nak dituju tetapi tiada langsung. Nak balik ke kampung, sudah tiada saudara atau kenalan. Nak menumpang kasih keluarga kawan, rasa segan dan menyusahkan.

    Untuk mereka yang bernasib sebegini, Aidilfitri boleh jadi waktu yang memeritkan. Tiada keterujaan sebaliknya penuh gemuruh. 

    “Aidilfitri hari bahagia tapi hamba dilanda derita,” nyanyi S. Jibeng penuh syahdu.

    Semoga mereka yang sebatang kara bertemu kebahagiaan di pagi Aidilfitri, suatu masa nanti. Semoga Tuhan kurniakan anda keluarga yang menyayangi dan baik hati. – RELEVAN

    featured Hari Raya Aidilfitri pendidikan pendidikan muzik
    Artikel Terkini

    4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

    September 21, 2023

    Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

    September 21, 2023

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.