Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 lagu untuk anda di Hari Pekerja

    10 lagu untuk anda di Hari Pekerja

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 1, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PELBAGAI lagu dihasilkan khas untuk menghargai para pekerja di Malaysia. - GAMBAR RELEVAN

    HARI PEKERJA disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi memperingati peranan dan pengorbanan para pekerja yang membanting tulang menggerakkan ekonomi.

    Bermula dari peristiwa rusuhan di Haymarket Square, Chicago pada 1886 sehingga kini pelbagai kemajuan dalam pengiktirafan hak pekerja dicapai, hari istimewa itu bukan sekadar cuti bagi para pekerja tetapi penghargaan buat penat lelah mereka bekerja.

    Masih banyak yang perlu dibuat untuk meletakkan hak pekerja pada tempatnya, terutamanya di Malaysia. Namun, keraian tetap keraian. 

    Relevan mahu menyambut hari istimewa ini dengan alunan lagu-lagu yang memperingati para pekerja. Tidak kira profesion atau jawatan, kita penuhi hari ini dengan karya seni muzik yang ditujukan khas kepada para pekerja.

    • 8 Ke 4 Suku (Punch Card) – Sudirman

    Sudirman merakam pengenalan teknologi perakam waktu (punch card) di Malaysia melalui lagu 8 Ke 4 Suku (Punch Card) yang dimuatkan dalam album Abadi (1982). 

    Penggunaan kad perakam waktu dikuatkuasakan dalam perkhidmatan pada 1981 melalui Surat Pekeliling Am Bil. 11/1981. Nyanyi Sudirman, “Dulu biasa lewat tapi kini kena cepat, bangun mesti awal takde masa nak berkhayal”. 

    • Senandung Buruh Kasar – Kembara

    Pada tahun-tahun awal pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia dalam proses perindustrian yang pesat. Import-eksport melaju, bangunan tinggi dibina di kota-kota besar. Bagi mereka yang kurang berkelayakan, menjadi buruh kasar di bandar-bandar itu boleh mengubah hidup.

    Maka berpusu-pusu pemuda kampung berhijrah ke bandar. Kerjanya berat, hidupnya sederhana tetapi mereka bangga. Kerana tanpa mereka, tak mungkin terlaksana sebuah kota yang menjadi impian sezaman.

    • Impian Seorang Nelayan – Kembara

    Semakin dunia maju, semakin orang lupa pada jasa nelayan yang setiap hari bertarung dengan ombak lautan. Dahulu kisah mereka banyak dinukil, termasuk dalam lagu Impian Seorang Nelayan oleh Kembara ini.

    Rangkap akhir liriknya berupa pesanan kepada anak-anak nelayan supaya ingat pengorbanan bapa yang merisikokan nyawa setiap kali turun ke laut.

    “Mega mendung, laut pun bergoncang. Nelayan tersentak, biduk sesat haluan. Sang mentari terlindung, pantai tak kelihatan. Tawakal jalan akhirnya.”

    • La La La Kerjalah – Meet Uncle Hussain

    Kita beralih ke irama yang moden sedikit. La La La Kerjalah oleh Meet Uncle Hussain selalu dekat di hati anak muda yang buntu mencari pekerjaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

    Mungkin ramai dalam kalangan kita yang pernah mengalami situasi tiada pekerjaan dan jika ada pun, ia bukan yang sesuai dengan jiwa. Setiap pagi, bangun tidur, kita seret kaki melangkah ke tempat kerja. Rutin menyeksakan tetapi mahu tidak mahu, tetap perlu kerja.

    “Gelisah kugelisah, mengenangkan masa depan.”

    • Pejamkan Mata – Malique dan Dayang Nurfaizah

    Tertekan tiada kerja satu hal, tertekan sebab kerja pun satu hal. Persekitaran toksik di tempat kerja boleh buat kita lelah dan lebih ekstrem, murung.

    ARTIKEL BERKAITAN: Manusia-manusia toksik di tempat kerja

    Pejamkan Mata oleh Malique dan Dayang Nurfaizah menceritakan tekanan perasaan seorang pekerja yang berhadapan kemurungan dan kegelisahan sehingga mindanya menerawang memikirkan nirvana, samsara dan pengembaraan astral.

    Menghabiskan kedana pekerja bukan fitrah gawai, pekerja juga tak perlu dikedana hingga sawai.

    • Seniman Menangis – Jamal Abdillah

    Kita lihat hidup artis itu selalu gembira dan mewah tapi kita tak tahu apa yang berlaku di belakang tabir kesenimanan mereka.

    Itu yang cuba disampaikan dalam lagu Seniman Menangis oleh Jamal Abdillah. Saduran lagu Duniaku (tetapi diubah liriknya kepada kisah seniman) nyanyian S. Ahmad dan The Rythmn Boys itu menceritakan kesunyian para seniman di belakang tabir pentas.

    Seniman juga pekerja dan mereka wajar dilihat sebagai manusia yang tidak sempurna sifatnya. Tanpa limpahan cahaya populariti, lampu-lampu gelap-gelita, mereka keseorangan.

    • Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur – Malek Ridzuan

    Kita kembali ke zaman praindustri Malaysia dan meraikan diaspora pekerja yang ramai pada waktu itu. 

    Ramai anak muda mahu ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Kenderaan mereka bas ekspres, destinasi mereka kota penuh cabaran yang penuh harapan.

    “Setiba di kota raya kugiat bekerja, berlumba-lumba mengejarkan apa yang dicita”.

    • Kolar Biru – Kembara

    Zaman awal industri dahulu, golongan pekerja dibahagi kepada dua: kolar putih dan kolar biru. Yang kolar putih kerja di pejabat, yang kolar biru di bawah terik panas.

    Memang kerja kolar putih itu lebih tenang dan mungkin mewah tetapi ada sahaja yang lebih senang memerah kudrat berbanding akal. Walau apa pilihannya, mereka tetap pekerja yang berjasa.

    “Biar debu dan bahang meresap di kulitku, aku lebih senang menjadi aku.”

    • Cikgu – Monoloque

    “Tak putus mencurahkan ilmu, tanpa penat tanpa jemu.” Begitulah gigihnya cikgu membentuk generasi yang berguna untuk masyarakat dan negara.

    ARTIKEL BERKAITAN: Beban kerja, perubahan budaya antara faktor guru tertekan

    Kita semua ada hutang budi yang tak mampu dibayar terhadap cikgu. Mereka bertungkus lumus memastikan kita lulus. Di kala kita memberontak tanpa tujuan, mereka pulangkan kita ke pangkuan.

    Selamat Hari Pekerja, cikgu!

    • Petani – Senario

    Tahun ini, perarakan Mayday di Kuala Lumpur membawa tema jaminan makanan. Kepada siapa lagi kita mahu berterima kasih atas usaha menjamin makanan negara kalau bukan para petani dan pesawah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Memahami jaminan bekalan makanan dan kedaulatan makanan

    Senario tidak melawak apabila bernyanyi, “kami kotor dek lumpur, kami basah dek peluh, kami tekun bekerja, kami pesawah.” Mereka juga tidak bergurau apabila menyanyikan bait, “berbudi pada bumi, pasti tak akan rugi, sampai ke dinihari, kami petani.”

    Ucapkan terima kasih anda kepada para petani dan pesawah yang tak endah kesibukan kota, yang mencari rezeki saban hari. – RELEVAN

    Previous ArticleSusah nak buang barang di rumah? Anda mungkin mempunyai kecelaruan tabiat mengumpul
    Next Article 3 perkara penting anda perlu tahu sebelum membeli insurans

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.