KU SYAFIQ KU FOZI

ADA kawan saya membandingkan amalan ekonomi Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dengan idea sosialisme utopia yang diperkenal Robert Owen. Owen merupakan pemikir, pemilik kilang dan pejuang hak pekerja dari Wales yang dikenali kerana fahaman kemasyarakatannya yang bersifat utopia. Dia mengimpikan sebuah masyarakat yang harmoni dan komunal. Sebuah eksperimen dijalankan di Indiana, Amerika Syarikat (AS) pada 1825 di atas tanah seluas 30,000 ekar yang diberi nama New Harmony. Di situ, penduduknya hidup secara komunal – kerja dibuat bersama, hasil kerja juga dinikmati bersama. Pendidikan percuma dan kanak-kanak dibesarkan oleh komuniti. Bagi Owen, itu cara terbaik untuk menyusun…

Read More

KONTROVERSI melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) mengangkat kembali kisah lama tentang pertubuhan al-Arqam.  Al-Arqam merupakan pertubuhan dakwah yang diketuai Ashaari Muhammad, ditubuhkan pada 1968 dengan nama Kumpulan Rumah Putih. Pertubuhan itu diisytiharkan sesat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 11 Ogos 1994. Ashaari ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira sebulan selepas itu, sebelum dibebaskan pada Oktober 2004. Walaupun diisytihar sesat pada 1994, kontroversi al-Arqam bermula sejak dekad 1980-an. Al-Arqam yang bergerak sebagai yayasan pada dekad itu mula mendapat perhatian media perdana apabila Timbalan Ketuanya, Mokhtar Yaakob keluar daripada pertubuhan tersebut. Antara akhbar…

Read More

BANYAK hal dalam kewangan boleh dikaitkan dengan psikologi manusia. Malah, antara cabang ilmu kewangan yang terkenal ialah kewangan tingkah laku, yang memerhati tindak-tanduk manusia berkaitan kewangan melalui lensa ilmu psikologi. Selain tujuan kajian, pemahaman tentang psikologi juga boleh dimanfaatkan untuk membina tabiat baik tentang kewangan. Antara asas kewangan yang perlu dipupuk semua ialah menyimpan. Bacalah semua petua kewangan yang ada dalam internet, hampir semua menggalakkan tabiat menyimpan. Simpanan boleh menyelamatkan kita daripada kecemasan kewangan yang tak diduga. Simpanan juga yang menjamin kehidupan sejahtera di usia tua, selepas bersara. Walaupun tak semua orang mampu menyimpan, sebagai persediaan, kita boleh cuba membina…

Read More

SINDROM pascadenggi (PDS) merupakan keadaan kesihatan apabila pesakit denggi terus mengalami simptom selama berbulan-bulan selepas dijangkiti. Antara simptom yang dialami termasuk keletihan melampau, sakit otot dan sendi serta lemah daya tumpuan dan pening. Sindrom tersebut agak terpencil dan tidak lazim, namun penghidapnya mengalami kesukaran untuk meneruskan hidup seperti biasa kerana kesakitan yang berpanjangan. Malah, PDS boleh memberi kesan kekal kepada tubuh dan mental. Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Penjagaan Intensif, Dr. Shanthi Ratnam, PDS boleh memberi kesan buruk kepada kualiti kehidupan seseorang, seterusnya menyebabkan kemurungan. “Contohnya, orang muda yang aktif mungkin mendapati ia melemahkan kerana sentiasa penat, pening atau berasa…

Read More

BAHWANEE MUTHUSAMY menyifatkannya sebagai pengalaman yang dahsyat. Selama lebih enam bulan, aktiviti sehariannya terganggu kerana sindrom pascadenggi (PDS). Kita biasa dengar tentang denggi. Selama puluhan tahun kerajaan mempromosikan langkah pencegahan denggi yang boleh ditonton di televisyen, didengar di radio dan dilihat di kain rentang seluruh pekan. Pengalaman denggi juga dahsyat. Cuma, bayangkan yang dahsyat itu berlarutan sehingga berbulan-bulan. Itulah PDS. Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Penjagaan Intensif, Dr. Shanthi Ratnam, penghidap sindrom tersebut cenderung mengalami keletihan dari tahap ringan hingga sangat melesukan. Pesakit juga mengalami simptom rangka otot seperti sakit otot dan sendi atau sendi bengkak (artritis reaktif) selain simptom…

Read More

OTAK, seperti otot, perlu selalu dilatih tubi dan digerakkan untuk mengekalkan keaktifan dan kecerdasannya.  Kalau demi otot kekar kita sanggup bersenam dan angkat besi, untuk otak segar kita perlu rajin berfikir dan berimaginasi. Salah satu latih tubi yang baik untuk otak ialah mencongak – membuat perkiraan matematik yang asas, seperti tambah, tolak atau darab, dengan fikiran semata-mata tanpa menulis di kertas atau menggunakan kalkulator. Relevan mahu kongsikan beberapa petua mencongak yang boleh diamalkan para pelajar. Congak nombor pendaftaran kenderaan Ramai tak sedar, siri nombor yang paling kerap kita lihat dalam kehidupan seharian ialah nombor pendaftaran kenderaan. Di mana-mana kita boleh…

Read More

MEG GREENFIELD, pengarang di The Washington Post berdiri dengan telefon di telinga. Dia menyebut semula alasan kehakiman oleh Hakim Hugo Black dalam kes New York Times vs Sullivan. “Media berkhidmat untuk rakyat, bukan pemerintah.” Peleraian yang sempurna untuk sebuah filem berentak laju berdasarkan kisah benar. Kisah benar sekumpulan manusia media – dari presiden akhbar sampai intern – berjuang menegakkan kedudukan media sebagai tunggak keempat demokrasi. Filem The Post yang terbit pada 2017 membawa cerita genting pembongkaran penipuan kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkenaan perang di Vietnam oleh akhbar The Washington Post. Ia membawa penonton masuk ke bilik berita, menyusuri proses…

Read More

TIDAK ramai orang menghargai kepetahan bercakap. Saya selalu kagum melihat mereka yang boleh bercakap dengan terang, jelas dan berkesan. Kemahiran itu selalu ada pada pengucap awam, baik pengacara, penyampai radio atau pemidato. Bukan sahaja kelancaran bercakap. Pemilihan perkataan yang tepat, penggunaan nada yang bersesuaian – ini semua kemahiran yang dibina dengan latihan intensif dan kerap, jika anda tiada bakat semula jadi. Dalam kalangan rakan-rakan, Mohd Fakhrul Akmal Mohamed Yusof atau Bob yang jelas ada kemahiran tersebut. Dia petah bercakap dalam konti, depan kamera mahupun ketika melepak bersama rakan-rakan. Sebab itu, apabila berpeluang menemu bual Bob tentang kerjayanya sebagai penyampai radio,…

Read More

MOHD Fakhrul Akmal Mohamed Yusof memulakan kerjaya dalam industri radio ketika media tersebut berdepan cabaran perubahan zaman. Platform penstriman mula menguasai dunia muzik. Tak lama kemudian, orang ramai mula tertarik kepada kaedah baharu mendengar program bual, iaitu podsiar (podcast). Seperti media perintis lain – surat khabar, televisyen – radio semakin hilang pengaruh dan ia menuntut evolusi.  Fakhrul Akmal atau yang ramai kenal sebagai Bob berada dalam zaman radio bukan hanya didengari, malah dilihat. “Kalau dalam dunia sekarang, ada istilah watch radio. Bukan lagi dengar radio, dengar dan tonton radio kami. “Jadi, radio juga akan muncul dalam bahagian yang boleh ditonton,…

Read More

BELUM sedekad menjadi penyampai radio tetapi Mohd Fakhrul Akmal Mohamed Yusof sudah ada pencapaian tersendiri. Tidak begitu popular, tidak juga pernah tercalon dalam mana-mana anugerah utama. Dia yang selesa dipanggil Bob faham kedudukannya dalam lapangan radio tempatan. Namun, pengalamannya menjadi wajah hadapan radio Rakita selama beberapa tahun ini ada nilai besar. Tanpa limpahan lampu glamor, Bob dapat meneroka lorong sunyi pelbagai lapangan alternatif seni dan budaya negara. “Memang aturan Tuhan agaknya, radio jadi saya punya jalan,” kata Bob, mengenang fasa awal dia bergelar penyampai radio. Sebagai pelajar bidang komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM), dia memang didedahkan dengan penerbitan rancangan…

Read More