Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Idea-idea utopia dalam ekonomi

    Idea-idea utopia dalam ekonomi

    By September 27, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADA yang samakan amalan ekonomi Global Ikhwan dengan idea sosialisme utopia Robert Owen. - GRAFIK OLEH RELEVAN

    ADA kawan saya membandingkan amalan ekonomi Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dengan idea sosialisme utopia yang diperkenal Robert Owen.

    Owen merupakan pemikir, pemilik kilang dan pejuang hak pekerja dari Wales yang dikenali kerana fahaman kemasyarakatannya yang bersifat utopia.

    Dia mengimpikan sebuah masyarakat yang harmoni dan komunal. Sebuah eksperimen dijalankan di Indiana, Amerika Syarikat (AS) pada 1825 di atas tanah seluas 30,000 ekar yang diberi nama New Harmony.

    Di situ, penduduknya hidup secara komunal – kerja dibuat bersama, hasil kerja juga dinikmati bersama. Pendidikan percuma dan kanak-kanak dibesarkan oleh komuniti.

    Bagi Owen, itu cara terbaik untuk menyusun semula masyarakat. Namun, eksperimennya tidak berjaya dan komuniti sosialis di New Harmony hanya bertahan selama dua tahun.

    Luar kotak lazim

    Ada persamaan antara GISBH dengan sosialisme utopia Owen. Cuma yang berbeza: Owen membangunkan komuniti secara sekular dan tidak mengeksploitasi mana-mana kumpulan, terutamanya kanak-kanak.

    Idealisme Owen juga tidak menjadi kultus, walaupun ramai yang merujuk pemikirannya sebagai Owenisme. 

    Perkaitan antara GISBH dengan Owenisme itu menarik. Kita tak perlu bersetuju dengan kedua-duanya tetapi ada hal yang boleh difikir mendalam.

    200 tahun selepas eksperimen Owen di New Harmony, saya tertanya-tanya jika ada idea utopia lain yang menjadi ikutan orang. Kalau bukan utopia pun, yang eksperimental dan di luar kebiasaan.

    Tak lama dulu, saya pernah menulis tentang Rutger Bregman dan Eldar Shafir yang membawa  idea pendapatan asas sejagat (UBI). UBI ada sifat utopia kerana ia mencadangkan wang percuma untuk orang miskin.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jaminan pendapatan asas dan orang kaya yang selalu anggap orang miskin bodoh

    Memang banyak bantuan tunai diberikan kepada orang miskin tetapi jumlahnya tak banyak. UBI cadang beri jumlah setara gaji bulanan. 

    Malah, program rintis di Jarrow dan Finchley Timur, England mahu beri sehingga RM9,000 sebulan, jauh lebih tinggi daripada garis pendapatan minimum.

    Mencabar logik

    Baru-baru ini juga, isu bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali berkumandang. 

    Di serata dunia, desakan penghapusan hutang pelajaran sudah disuarakan lama. Ini juga ada sifat utopia. Kita pinjam, gunakan wang sampai habis, kemudian kerajaan bantu dengan hapuskan hutang.

    Itu baru hutang pelajaran. Pakar ekonomi AS, Michael Hudson mencadangkan jubli hutang – penghapusan rekod hutang secara besar-besaran semasa negara itu berdepan ancaman kemelesetan akibat pandemik Covid-19.

    Secara peribadi, saya melihat ekonomi sebagai bidang ilmu yang sangat luas dan sentiasa berkembang. Di sebalik teori-teori perdana yang sering didengar, ada banyak idea radikal dan eksperimental pernah dibincang.

    Sebab itu, mereka yang arif tentang ekonomi tidak mudah meloncat apabila idea-idea yang pelik tentang ekonomi diutarakan. Tentang cetak wang, hapus hutang, amalan ekonomi yang komunal – mereka mungkin tidak setuju tetapi jarang idea sebegitu direndah-rendahkan secara melulu.

    Bagi saya yang tiada pendidikan formal tentang ekonomi, idea-idea pelik dan radikal itu menarik. Biarlah ada orang kata tak masuk akal, saya mahu dengar hujah-hujah yang menyokong dan membantahnya.

    Hal utopia jarang dibincangkan. Ramai yang memilih realistik. Tapi dunia akan kontang dan bosan jika semua orang mahu jadi realistik. Apa salahnya hiburkan hati dengan cerita dan idea utopia. – RELEVAN

    ekonomi featured GISBH kewangan Robert Owen sosialisme
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.