Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sindrom pascadenggi: Pencegahan dan inisiatif untuk pulih

    Sindrom pascadenggi: Pencegahan dan inisiatif untuk pulih

    By September 20, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AKTIVITI gotong-royong membersihkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes boleh mencegah penyakit demam denggi dan sindrom pascadenggi. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SINDROM pascadenggi (PDS) merupakan keadaan kesihatan apabila pesakit denggi terus mengalami simptom selama berbulan-bulan selepas dijangkiti.

    Antara simptom yang dialami termasuk keletihan melampau, sakit otot dan sendi serta lemah daya tumpuan dan pening.

    Sindrom tersebut agak terpencil dan tidak lazim, namun penghidapnya mengalami kesukaran untuk meneruskan hidup seperti biasa kerana kesakitan yang berpanjangan. Malah, PDS boleh memberi kesan kekal kepada tubuh dan mental.

    Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Penjagaan Intensif, Dr. Shanthi Ratnam, PDS boleh memberi kesan buruk kepada kualiti kehidupan seseorang, seterusnya menyebabkan kemurungan.

    “Contohnya, orang muda yang aktif mungkin mendapati ia melemahkan kerana sentiasa penat, pening atau berasa sakit, kurang selera makan dan tidak boleh meneruskan aktiviti normal selama berminggu atau berbulan.

    “Pada masa itu, mereka akan kehilangan jisim otot dan mengalami kesan lain akibat penyakit berlarutan ini. 

    “Bahkan, sesetengah pesakit mungkin tidak dapat menerima hakikat yang mereka mengalami simptom-simptom ini kerana tidak pernah mendengar tentang PDS,” katanya.

    Tsunami denggi

    Dr. Shanti menggunakan analogi tsunami bagi menjelaskan kesan PDS. Tsunami datang pada waktu tertentu tetapi kesannya berpanjangan kepada kawasan yang terjejas.

    Begitu juga PDS. Walaupun serangannya tamat, kemusnahan telah berlaku, meninggalkan keradangan kronik dan menyebabkan sistem imun menjadi sangat aktif.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sindrom pascadenggi: Kesengsaraan berbulan selepas dijangkiti denggi

    Kesannya juga lebih teruk kerana pesakit pernah menghidap demam denggi. Dengan empat strain virus denggi yang berbeza, seseorang boleh dijangkiti sehingga empat kali dan jangkitan kedua mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk menjadi denggi yang teruk.

    “Pesakit tua dan golongan komorbid (penghidap lebih daripada satu penyakit) seperti pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi, penyakit jantung iskemia, obesiti dan penyakit autoimun lebih cenderung mengalami denggi yang teruk, yang meningkatkan kebarangkalian berhadapan PDS.

    “Antara kelompok ini, orang tua lebih berkemungkinan memerlukan penjagaan kebergantungan tinggi atau rawatan rapi kerana kesihatan mereka boleh merosot dengan lebih cepat. Simptomnya pula berlarutan dalam tempoh lebih lama,” kata Dr. Shanti.

    Langkah selepas pulih denggi

    Buat mereka yang sedang pulih dari demam denggi, Dr. Shanti menasihatkan supaya mendapatkan rehat secukupnya, tidur selama lapan hingga 10 jam setiap malam dan mengambil makanan seimbang.

    Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Untuk penjaga pesakit denggi, boleh lakukan perkara berikut:

    • Kanak-kanak: Walaupun kanak-kanak cenderung pulih lebih cepat, dinasihatkan supaya pesakit berehat di rumah dan tidak pergi ke sekolah selama seminggu. Selepas itu, benarkan mereka beransur-ansur meneruskan aktiviti lazim.
    • Orang tua: Galakkan supaya pesakit berusia kerap tidur siang dan berehat secukupnya pada waktu malam kerana tubuh memerlukan rehat untuk menjalankan proses pemulihan kendiri. Pesakit berusia mengambil masa lebih panjang untuk pulih.
    • Penghidap kencing manis dan darah tinggi: Pesakit cenderung mengalami tekanan darah yang sangat rendah selepas keluar dari hospital. Mereka mungkin tidak perlu menyambung pengambilan ubat dengan segera atau mungkin perlu penyelarasan dos buat sementara waktu. Penting untuk bincangkan hal itu dengan doktor bagi memastikan pemantauan dan rawatan susulan yang rapi.
    • Mereka yang berisiko tinggi mengalami pendarahan seperti ulser perlu dipantau untuk memerhatikan tanda-tanda amaran, contohnya najis yang berwarna gelap dan melekit.

    Vaksin sebagai pertimbangan

    Mencegah PDS bererti mencegah denggi. Tanpa jangkitan awal, seseorang tidak akan mengalami PDS.

    Denggi merupakan endemik di Malaysia. Pakar mencadangkan pendekatan pencegahan pelbagai dimensi kerana tiada satu kaedah kawalan yang berkesan sepenuhnya.

    Bagi Dr. Shanti, rakyat Malaysia perlu kembali kepada asas pencegahan denggi, iaitu menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti kawasan air bertakung, bekas terbuang dan palung air hujan.

    Malah, beliau turut menyentuh keperluan untuk meneroka strategi pencegahan inovatif seperti vaksin denggi yang diluluskan Kementerian Kesihatan pada Februari lalu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin denggi kini tersedia di Malaysia

    “Kumpulan berisiko tinggi seharusnya mempertimbangkan pengambilan vaksin denggi. Ini termasuk warga tua yang ada masalah kesihatan komorbid kerana memerlukan penjagaan rapi,” katanya.

    Dr. Shanti turut menggalakkan golongan obesiti, penghidap penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung iskemia dan autoimun serta pengguna ubat yang mempengaruhi sistem imun seperti steroid untuk mempertimbangkan pengambilan vaksin denggi.

    Vaksin denggi kini boleh didapati di klinik dan hospital swasta. Mereka yang pernah mengalami demam denggi juga boleh mengambil vaksin selepas enam bulan untuk melindungi diri daripada jangkitan dari strain denggi yang lain.

    “Vaksin denggi akan membantu dalam banyak aspek, terutamanya untuk mengurangkan kemasukan ke hospital kerajaan dan swasta, komplikasi serta kematian,” katanya. – RELEVAN

    demam denggi featured kesihatan sindrom pascadenggi vaksin denggi
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.