Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kesetiaan media kepada pemerintah dalam filem The Post

    Kesetiaan media kepada pemerintah dalam filem The Post

    By September 17, 2024Updated:September 18, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FILEM The Post arahan Steven Spielberg diterbitkan pada 2017. - GAMBAR IMDB

    MEG GREENFIELD, pengarang di The Washington Post berdiri dengan telefon di telinga. Dia menyebut semula alasan kehakiman oleh Hakim Hugo Black dalam kes New York Times vs Sullivan.

    “Media berkhidmat untuk rakyat, bukan pemerintah.”

     

    Peleraian yang sempurna untuk sebuah filem berentak laju berdasarkan kisah benar. Kisah benar sekumpulan manusia media – dari presiden akhbar sampai intern – berjuang menegakkan kedudukan media sebagai tunggak keempat demokrasi.

    Filem The Post yang terbit pada 2017 membawa cerita genting pembongkaran penipuan kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkenaan perang di Vietnam oleh akhbar The Washington Post.

    Ia membawa penonton masuk ke bilik berita, menyusuri proses pembuatan keputusan akhbar tersebut untuk menyiarkan dapatan daripada dokumen Kertas Pentagon yang sulit.

    Idea besar filem itu adalah tentang peranan dan kebebasan media. Idea tersebut dikendong cemerlang oleh lakon layar Liz Hannah dan Josh Singer, pengarahan Steven Spielberg serta lakonan Tom Hanks, Meryl Streep, Bob Odenkirk dan lain-lain.

    Yang utama

    Ada beberapa kritikan besar terhadap filem tersebut, terutamanya tentang kebenaran di sebalik kisah yang diadaptasi.

    Antara yang menyerlah ialah pilihan untuk mengangkat The Washington Post lebih tinggi daripada New York Times. Sebab New York Times yang pertama mendedahkan dokumen Kertas Pentagon.

    Boleh dibahas tetapi ramai berpendapat peranan New York Times lebih besar dalam kes Kertas Pentagon. Kes mahkamah yang berlangsung juga antara akhbar itu dengan kerajaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Dunia media, generasi baharu dan juadah raya yang bakal dirindu

    Kedua, watak Katharine Graham yang dibingkai sebagai wira utama dalam filem itu. Babak dia dalam baju kelawar memutuskan untuk menyiar berita Kertas Pentagon memang menginspirasikan tetapi adakah dia wira sebenar kisah tersebut?

    Bagaimana dengan para wartawan yang bertungkus lumus membaca 4,000 muka surat dokumen sulit lalu menulis berita yang sangat sensitif dalam masa 10 jam?

    ANTARA babak kesibukan bilik berita dalam The Post.

    Ben Bagdikian yang punya naluri tepat menghubungi Dan Ellsberg, mengembara dari Washington ke Boston membawa dokumen sulit kerajaan, dia bukan wira?

    Namun, kritikan-kritikan tersebut tidak pun mencacatkan penyampaian idea yang lebih mustahak untuk dibincang dalam ulasan ini — peranan dan kebebasan media.

    Tentang kesetiaan

    Dalam The Post, bukan hanya kesetiaan kepada pemerintah yang dicabar, malah kesetiaan kepada kawan.

    Graham yang memiliki The Washington Post mempunyai hubungan peribadi yang rapat dengan Robert McNamara, bekas Setiausaha Pertahanan AS yang menulis laporan dalam Kertas Pentagon. 

    Disebabkan imej McNamara boleh tercalar akibat pembongkaran tersebut, Graham dalam dilema. Namun, dia tegas.

    Katanya kepada McNamara: 

    “Perasaan saya tentang (hubungan kita) itu dan tentang kamu tidak boleh ada dalam keputusan ini, untuk terbit atau tidak”.

     

    Pada malam sebelumnya, ketua pengarang The Washington Post, Ben Bradlee datang ke rumah Graham, memaklumkan yang dokumen Kertas Pentagon akan sampai ke tangannya esok pagi.

    Perbualan Graham dengan Bradlee lebih mustahak. Bradlee faham yang Graham tidak berada dalam pasukan editorial, mungkin ada prinsip kewartawanan yang tidak difahami sepenuhnya oleh wanita itu. 

    KATHARINE Graham (berbaju kelawar) ditekan untuk membuat keputusan tentang penerbitan Kertas Pentagon.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa etika dan tanggungjawab, kebebasan media tiada makna

    Bradlee datang untuk beritahu, media seharusnya menjadi pengimbang kuasa kepada pemerintah. Dia juga pernah sangat rapat dengan Presiden AS sebelumnya, John F. Kennedy tetapi perkembangan baharu – bahawa empat Presiden termasuk Kennedy menipu rakyat AS – mengubah segalanya.

    Media perlu menjadi suara rakyat untuk mengimbang kuasa pemerintah. Menjadi tunggak keempat, sebaris dengan pentadbiran, perundangan dan kehakiman.

    Tunggak yang empat

    Pada 1841, Thomas Carlyle memperkenalkan istilah Fourth Estate atau tunggak keempat. Ia merujuk peranan media yang, memetik Carlyle sendiri, “jauh lebih penting daripada yang tiga”. 

    Yang tiga merujuk kepada kuasa pentadbiran (eksekutif), perundangan (legislatif) dan kehakiman (judisiari).

    Bagi Carlyle, para wartawan ada pengaruh untuk mengimbangi kuasa kerajaan, memberi suara kepada rakyat dan menjadi elemen penting dalam sebuah demokrasi.

    “Yang diperlukan ialah dia punya lidah yang akan didengar orang; ini dan tiada apa lagi yang diperlukan.”

    Thomas Carlyle dalam On Heroes and Hero Worship (1841)

     

    Bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Husain dalam ulasannya tentang filem The Post menulis, untuk mengukur demokrasi sesebuah negara, ukurlah luas atau sempit mata pena wartawannya.

    Pandangannya itu menjulang kepentingan wartawan atau media secara keseluruhannya kepada amalan demokrasi. Ini mengingatkan saya pada kata-kata yang pernah ditulis seorang lagi tokoh wartawan penting negara, Fathi Aris Omar.

    Kata Fathi, jika wartawan mati terpasung, pembaca akan mati tergantung. Ini bermakna, apa-apa pasungan (keterikatan) yang membelenggu wartawan menyebabkan masyarakat mendapat maklumat yang tidak habis.

    Mengharapkan media

    Kata-kata itu sangat sesuai diletakkan dalam konteks pembongkaran Kertas Pentagon oleh New York Times dan The Washington Post.

    Selama berpuluh tahun, rakyat AS ditipu pemerintah apabila ucapan-ucapan pemimpin dan wakil kerajaan tidak mendedahkan situasi sebenar perang di Vietnam. Melalui Kertas Pentagon, rakyat mendapat maklumat penuh dan benar.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tunggak keempat, wartawan makan hati dan neo-journalism: kewartawanan dari lensa Ku Seman

    Kertas Pentagon membuka ruang kebebasan media yang lebih luas dan mengancam. Hanya selang beberapa tahun selepas itu, The Washington Post membuat pendedahan yang lebih besar impaknya.

    Skandal Watergate bukan sahaja menggemparkan AS dan dunia, malah memaksa Richard Nixon menamatkan perkhidmatan sebagai presiden.

    Rakyat Malaysia juga boleh faham peranan media membongkarkan salah laku pemimpin. Pendedahan kes salah guna kuasa terbesar negara, 1MDB juga banyak ditopang peranan media, terutamanya media alternatif.

    Mungkin kebebasan media di Malaysia tidak sematang AS atau negara maju lain tetapi dengan kesedaran terkumpul masyarakat, kita boleh menuju ke arah itu.

    Legasi media perdana Malaysia bersempudal kawalan parti politik sejak 1961. Kita sedang perlahan-lahan berubah. 

    Mungkin satu masa nanti, media Malaysia boleh bertindak sebagai tunggak keempat dengan lebih cekap dan berkesan. Siapa tahu? – RELEVAN

    featured filem kerjaya kewartawanan media ulasan filem
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.