Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    • Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin
    • 7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sindrom pascadenggi: Kesengsaraan berbulan selepas dijangkiti denggi

    Sindrom pascadenggi: Kesengsaraan berbulan selepas dijangkiti denggi

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 19, 2024Updated:September 19, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WALAUPUN pelbagai langkah pencegahan diambil, denggi masih menjadi ancaman di Malaysia. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BAHWANEE MUTHUSAMY menyifatkannya sebagai pengalaman yang dahsyat. Selama lebih enam bulan, aktiviti sehariannya terganggu kerana sindrom pascadenggi (PDS).

    Kita biasa dengar tentang denggi. Selama puluhan tahun kerajaan mempromosikan langkah pencegahan denggi yang boleh ditonton di televisyen, didengar di radio dan dilihat di kain rentang seluruh pekan.

    Pengalaman denggi juga dahsyat. Cuma, bayangkan yang dahsyat itu berlarutan sehingga berbulan-bulan.

    Itulah PDS. Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Penjagaan Intensif, Dr. Shanthi Ratnam, penghidap sindrom tersebut cenderung mengalami keletihan dari tahap ringan hingga sangat melesukan.

    Pesakit juga mengalami simptom rangka otot seperti sakit otot dan sendi atau sendi bengkak (artritis reaktif) selain simptom berkaitan saraf seperti lemah daya tumpuan dan pening.

    Namun, katanya, belum ada ujian khusus untuk mengenal pasti simptom tersebut sebagai PDS secara muktamad.

    Simptom dan punca lain

    Dr. Shanti menjelaskan, PDS merupakan manifestasi klinikal demam denggi yang berlarutan melebihi enam minggu selepas fasa akut tamat.

    Fasa akut merujuk kepada tempoh kira-kira seminggu selepas simptom bermula. 

    “Kita masih tidak tahu berapa lazim keadaan ini berlaku tetapi oleh kerana ia semakin dikenali, sesetengah kajian menganggarkan kelazimannya adalah antara 18 hingga 50 peratus,” kata Dr. Shanti.

    Menurut beliau, kes PDS lebih berkemungkinan dikesan oleh doktor klinikal (atau dikenali sebagai klinisian).

    “Ini kerana denggi sering didiagnosis oleh pengamal perubatan am manakala klinisian biasanya memberikan penjagaan susulan dan mempunyai kebolehan yang lebih baik untuk memerhatikan simptom-simptom berlarutan.

    “Kami menjalankan rawatan susulan mingguan untuk pesakit selama empat minggu, yang mana dalam tempoh ini kebanyakannya pulih sepenuhnya. 

    “Kami juga menemui pesakit yang mengalami simptom selama enam minggu dan lebih, bagaimanapun ia jarang berlaku,” jelasnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin denggi kini tersedia di Malaysia

    Tidak mudah untuk mengesahkan PDS. Doktor perlu mengambil kira banyak faktor, termasuk sejarah perubatan pesakit dan menyiasat punca-punca lain yang boleh menimbulkan simptom berkenaan.

    Ini kerana simptom tersebut mungkin disebabkan perkara lain. Contohnya, jangkitan sekunder sering terjadi apabila sistem imun pesakit terjejas manakala sendi bengkak boleh disebabkan oleh gout.

    “Untuk membantu mengetepikan kemungkinan punca lain, pesakit mungkin disyorkan menjalani ujian darah atau pengimejan. Hanya selepas semua penyebab lain dikeluarkan dari senarai, barulah doktor boleh membuat kesimpulan bahawa pesakit mengalami PDS,” jelas Dr. Shanti.

    Pengalaman dahsyat

    Bagi Bahwanee, pengalaman dijangkiti sahaja sudah menyakitkan, apatah lagi berhadapan simptom berterusan sehingga enam bulan.

    “Ini kali kedua saya mendapat demam denggi. Kali pertama kira-kira lima tahun lalu.Pada mulanya saya cuma demam ringan dan ujian yang dijalankan di klinik tidak mengesan denggi. Saya diberitahu ia hanyalah demam akibat jangkitan virus.

    “Bagaimanapun, keesokan harinya, saya mengalami sakit kepala yang teruk, disertai muntah dan cirit-birit. Kiraan platelet saya menurun kepada 40.

    “Malah, saya rasa sangat sakit sampai tak ingat saya dibawa ke hospital. Abang bawa saya ke jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) dan dia diberitahu saya dalam keadaan kritikal. Pada waktu itu, hati saya sudah terjejas.

    “Saya menjadi sangat lemah sehingga tidak boleh berjalan dan tidak boleh makan selama lima hari,” katanya.

    BAHWANEE (gambar pertama dan kedua dari kiri) dan Dr. Shanti. – GAMBAR IHSAN IN.DEED COMMUNICATIONS

    Jangkitan denggi memaksa Bahwanee bercuti panjang. Dia dirawat di hospital selama dua minggu, disusuli cuti sakit selama dua bulan. 

    Dalam tempoh itu, dia bukan saja tidak boleh memandu, malah tidak mampu duduk lama kerana saraf di pinggangnya termampat.

    Sehingga kini, Bahwanee menghidap PDS selama lebih enam bulan. Lebih teruk, belum ada tanda ia akan berakhir.

    “Ini pengalaman yang dahsyat. Ia menjejaskan setiap perkara yang saya lakukan. Perkara mudah seperti naik tangga kini menuntut banyak tenaga dan saya tidak boleh bekerja seperti dulu kerana rasa cepat penat.

    “Saya juga dilanda masalah hormon dan tidak datang haid sejak jatuh sakit. Satu lagi tamparan hebat bagi saya ialah keguguran rambut, seolah-olah saya menjalani kemoterapi. Saya terpaksa berambut pendek.

    “Sistem imun yang terjejas teruk menyebabkan saya mudah jatuh sakit, malah antibiotik juga tidak berkesan. Tidak cukup dengan itu, asma yang saya hadapi juga semakin kerap menyerang,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous ArticleCara mudah untuk ubah sikap atau hentikan tabiat buruk
    Next Article Sindrom pascadenggi: Pencegahan dan inisiatif untuk pulih

    Artikel berkaitan

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.