Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Soal keintiman, tanggungjawab dan penerokaan penyampai radio

    Soal keintiman, tanggungjawab dan penerokaan penyampai radio

    By September 13, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BOB AKMAL YUSOF - GAMBAR FAUZI BAHARUDIN/RELEVAN

    BELUM sedekad menjadi penyampai radio tetapi Mohd Fakhrul Akmal Mohamed Yusof sudah ada pencapaian tersendiri.

    Tidak begitu popular, tidak juga pernah tercalon dalam mana-mana anugerah utama. Dia yang selesa dipanggil Bob faham kedudukannya dalam lapangan radio tempatan.

    Namun, pengalamannya menjadi wajah hadapan radio Rakita selama beberapa tahun ini ada nilai besar. Tanpa limpahan lampu glamor, Bob dapat meneroka lorong sunyi pelbagai lapangan alternatif seni dan budaya negara.

    “Memang aturan Tuhan agaknya, radio jadi saya punya jalan,” kata Bob, mengenang fasa awal dia bergelar penyampai radio.

    Sebagai pelajar bidang komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM), dia memang didedahkan dengan penerbitan rancangan radio. Namun, itu bukanlah subjek terbaiknya.

    “Ironinya, keputusan subjek radio saya teruk. Hampir gagal, tak silap.

    “Tugasan akhirnya, kami perlu buat rancangan radio. Saya buat radio itu macam radio saya. Macam mana saya di Rakita, macam itulah yang saya buat.

    “Mungkin pensyarah waktu itu memandang dari sudut berbeza, mereka tak mahu rancangan yang terlalu komersial. Dari situ saya belajar, ada masa sesuai gaya begini, ada masa gaya lain,” katanya.

    BOB melihat industri radio sebagai laluan kerjaya yang sudah ditetapkan Tuhan. – GAMBAR FAUZI BAHARUDIN/RELEVAN

    Bob bekerja di Rakita (sebelum ini dikenali sebagai IM4U FM) sejak latihan industri. Pengalamannya berbeza dengan rakan sepengajian lain kerana dalam tempoh latihan tersebut, dia berpindah ke pelbagai bahagian.

    “Saya bermula dengan kerja media sosial – rakam, sunting video. Kemudian masuk ke laman web, jadi penulis artikel, buat ulasan acara dan lain-lain.

    “Satu hari, ada acara di sini dan saya waktu itu tengah ‘main’ wayar. Bolehlah nak baiki pendawaian secara asas, boleh nak baiki lampu tapi saya tak ada sijil formal. Waktu itu, ketua bahagian kejuruteraan nampak, jadi dia bawa saya masuk ke bahagian kejuruteraan pula.

    “Dari digital, ke penulisan sampai kejuruteraan, semua saya dah sentuh waktu latihan. Ilmu-ilmu itu memudahkan saya buat kerja. Walaupun sebagai penyampai, kalau ada masalah – tiba-tiba suara tak dengar – saya tahu nak buat apa,” kongsinya.

    ARTIKEL BERKAITAN: RabakLitFM: Penghubung dunia buku dengan radio

    Diam-diam radio berbunyi

    Yang kenal Bob secara peribadi akan tahu personalitinya. Selalu ceria dan gemilang, jarang-jarang tiada gelak terkakah apabila berjumpa.

    Melihat personalitinya, kita tahu Bob memang sesuai jadi penyampai radio. Dia boleh bersembang berjam-jam tanpa henti. Dia pandai menghidupkan perbualan. Dia juga mesra dengan semua orang.

    Namun, adakah manusia berpersonaliti seperti Bob sahaja yang boleh jadi penyampai radio? Bagaimana dengan mereka yang pendiam dan pemalu?

    “Sebenarnya, ramai penyampai radio hebat yang ada ciri introvert. Sebab dalam studio, kita berseorangan. Tak semestinya perlu temu bual orang.

    “Dulu kami ada seorang penyampai, ketika bertugas dia akan kunci pintu (studio). Kerja dia okay, boleh bercakap. Tapi depan orang dia diam.

    “Cuma era hari ini, dah berbeza sikit sebab penyampai radio juga kena keluar. Jumpa orang atau muncul dalam media sosial. Mungkin mencabar sikit (untuk mereka yang pendiam),” kata Bob.

    Pandangan Bob tentang penyampai radio yang pendiam membawa kami berborak soal keintiman radio sebagai sebuah media.

    Bandingkan dengan platform media lain seperti akhbar atau televisyen, radio lebih dianggap sebagai teman kepada pendengar.

    “Sebab kami bersama pendengar setiap hari,” kata Bob. “Di radio, kami tak bercakap macam dalam acara, perasan tak? Di radio memang perlu intim. Sebab mikrofon dekat, kena bayangkan orang ada di sebelah”.

    BAGI Bob, menjadi teman kepada pendengar sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya. – GAMBAR FAUZI BAHARUDIN/RELEVAN

    Jelas Bob, setiap penyampai radio akan dilatih, bukan sahaja untuk mewujudkan keintiman dengan pendengar, malah mengendali keintiman tersebut.

    “Dalam latihan sebelum menjadi penyampai radio, kami dah didedahkan dengan semua ini.

    “Pertama, orang memang akan datang untuk mengadu hal peribadi. Kedua, orang akan hantar barang – hadiah, makanan atau apa saja.

    “Kami diajar, kalau dapat makanan, jangan makan,” kongsinya.

    Tanggungjawab bertuang udara

    Keterbukaan radio untuk menerima aduan pendengar sebenarnya sebuah cabaran. Apabila memasuki ruang intim dan peribadi, cara mengendalikannya lebih halus dan menuntut kepekaan tinggi.

    Bob mengalami hal sama, bukan sahaja di dalam konti, malah di luar.

    “Mungkin sebab kami dah dilatih untuk wujudkan suasana selamat di radio untuk pendengar bercerita apa-apa sahaja. Di luar, saya masih bawa karakter itu, jadi orang datang untuk luahkan masalah.

    “Mereka selesa untuk bercerita, jadi saya dengar. Beri pendapat sepatah dua tapi saya lebih kepada mendengar. Bagi saya, terapi terbaik untuk orang yang ada masalah ialah bercerita, mereka hanya mahu kita mendengar,” jelasnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tetuang maklumat buku alternatif

    Bagi Bob, menjadi teman kepada pendengar sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya. Begitu juga tanggungjawabnya sebagai penyebar berita, pelapor khabar dan pembawa warta.

    “Apabila menjadi penyampai radio, kami dah bermain dengan elemen kewartawanan juga, sebagai media. 

    “Sebab tanggungjawab di radio bukan sekadar menghibur. Semua yang kita cakap, terutamanya yang melibatkan pengetahuan dan isu semasa, perlu betul dan tepat.

    “Buka saja mikrofon, kami dah kena kawal sikit percakapan sebab dah mula bermain dengan lapangan umum,” katanya.

    Bob menganggap kerja bercakap di radio sebagai sebuah seni. Sebagaimana wajarnya dalam setiap perkara berkaitan seni, pengendaliannya perlu teliti dan halus. Dari ketepatan fakta, penggunaan nada dan laras sehingga pemilihan perkataan, semuanya perlu diperhalus sebaik mungkin. – RELEVAN

    featured Ikon Relevan kerjaya penyampai radio radio
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.