KU SYAFIQ KU FOZI

EKONOMI Malaysia berkembang 3.3 peratus pada suku ketiga 2023, meningkat berbanding 2.9 peratus pada suku sebelumnya. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan tersebut disokong permintaan dalam negeri yang berdaya tahan manakala perbelanjaan isi rumah terus disokong oleh pertumbuhan selanjutnya dari segi guna tenaga dan upah. Kata bank pusat itu, aktiviti pelaburan pula disokong kemajuan projek berbilang tahun dan pengembangan kapasiti oleh syarikat. “Eksport lembap berikutan kelemahan permintaan luaran yang berpanjangan. “Walau bagaimanapun, keadaan ini sebahagiannya diimbangi kemasukan pelancong asing yang kembali pulih,” katanya dalam kenyataan pada 17 Oktober. Jelas BNM, dari segi penawaran, sektor perkhidmatan, pembinaan dan pertanian terus menyokong…

Read More

CABANG kepimpinan dan pendidikan Capital A (dahulu dikenali sebagai AirAsia), airasia academy mengumumkan kerjasama dengan MyCreative Ventures bagi membantu penggiat tidak formal dalam industri kreatif meningkatkan kemahiran dan memajukan kerjaya. Inisiatif tersebut dijalankan melalui program Bina Kerjaya yang akan menawarkan peluang latihan khusus kepada tenaga kerja kreatif Malaysia dalam pelbagai bidang, termasuk pemasaran digital, kejuruteraan perisian, infrastruktur awan, keselamatan siber, analisis data dan ekosistem produktiviti Google. Menurut airasia academy, melalui kerjasama dengan MyCreative Ventures, peserta mendapat akses kepada pendidikan komprehensif yang akan meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran. Katanya, MyCreative Ventures akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan program Bina Kerjaya, selain menyokong…

Read More

KERANA kamera kini ada di mana-mana dan manusia berkenalan sesama manusia melalui penampilan fizikal, terutamanya dalam media sosial, kesedaran imej dalam kalangan masyarakat menjadi lebih signifikan. Ini menjadikan imej sebagai faktor penting kehidupan, termasuk dalam soal kesihatan mental. Penampilan fizikal yang dianggap tidak menepati ‘piawaian orang ramai’ boleh mendatangkan tekanan, seterusnya memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang. Pakar perubatan estetik, Dr. Ajay Rana berkata, situasi masyarakat semasa menjadikan perubatan estetik dan kosmetologi menjadi alat penting untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang dan menggalakkan kesejahteraan mental. Cabang perubatan yang menekankan kecantikan wajah dan tubuh kini punya peranan yang lebih besar.  Keyakinan diri…

Read More

SIAPA di sini boleh jamin, dia tidak pernah bertangguh membuat kerja walau sekali seumur hidup? Yang sanggup jamin, keyakinan anda sangat tinggi.  Sebab hampir semua orang pernah bertangguh. Dari kerja rumah, kerja sekolah, tugasan universiti atau tanggungjawab di pejabat; pasti ada salah satu yang pernah kita tangguhkan. Tak ada masalah pun sebenarnya sebab ia normal. Penulis buku Solving the Procrastination Puzzle, Tim Pychyl kata: “ia sepenuhnya visceral, tindak balas emosi terhadap sesuatu yang kita tak mahu buat”. Maknanya, tindakan menangguhkan sesuatu itu semula jadi. Bukan sepanjang masa kita mahu buat sesuatu, maka apabila tidak mahu, kita cenderung menangguhkannya. Yang menjadi…

Read More

BAGI sesetengah orang, kemajuan teknologi perubatan estetik seperti pembedahan plastik ialah keajaiban yang patut diraikan. Secara perubatan, ia membantu mangsa perang, jenayah dan kemalangan. Seperti tokoh pendidikan, Malala Yousafzai yang menjalani pembedahan pembentukan semula tengkorak selepas ditembak di muka atau Richard Lee Norris yang menjalani pembedahan pemindahan muka selepas mengalami kecederaan sama. Secara kosmetik juga, ada yang mendapat manfaat walaupun ia tidak dibenarkan dalam agama tertentu, termasuk Islam. Namun, tidak kurang juga yang menyesal seumur hidup kerana hasil pembedahan tidak seperti yang diangankan atau menderita komplikasi serius. Ramai yang salah faham bahawa pembedahan plastik melibatkan penggunaan plastik untuk mengubah suai…

Read More

SAKIT pada mana-mana bahagian kaki memang menyeksakan. Kita guna kaki untuk hampir semua pergerakan, kalau sakit banyak hal tergendala. Antara bahagian yang menyeksakan apabila sakit ialah tumit. Kulit tumit memang keras dan tebal tetapi ia tidak menjamin bahagian itu kalis dari sebarang sakit. Biasanya, sakit tumit berlaku pada bahagian bawah atau belakang tumit. Sakit tumit biasa dialami mereka yang aktif, seperti pelari jarak jauh atau mereka dengan pekerjaan yang banyak berjalan. Ini kerana setiap kali berjalan, kita meletakkan tekanan yang besar pada tumit. Berikut Relevan kongsikan lima punca lazim sakit tumit, menurut pakar perubatan podiatrik (penyakit berkaitan kaki) dan pakar…

Read More

ADA hal meloyakan yang berlaku apabila kita membaca atau menonton laporan media Barat tentang penghapusan bangsa oleh Israel terhadap Palestin. Media-media Barat simpati kepada Israel kerana dua perkara: pertama, mereka tidak mahu mencari keadilan, mereka mahu menegakkan agenda songsang Zionis dan kedua, mereka dungu membaca sejarah. Demi simpati terhadap sebuah negara pengganas bernama Israel, laporan-laporan media Barat kebanyakannya dibingkai untuk menunjukkan, dalam kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin, Israel sebenarnya mangsa. Pembingkaian itu akan dimulakan dengan penegasan, secara langsung atau tidak langsung, bahawa kejahatan yang berlangsung di bumi Gaza bermula disebabkan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023. Falasi…

Read More

PEKERJAAN  sebagai ahli politik adalah yang paling kurang dipercayai di seluruh dunia, menurut tinjauan yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan pasaran, Ipsos. Tinjauan bertajuk Kepercayaan Terhadap Pekerjaan itu mendapati, pekerjaan sebagai ahli politik secara am hanya mendapat 20 peratus kepercayaan di Malaysia dan 14 peratus di seluruh dunia. Ini menjadikan pekerjaan sebagai ahli politik menduduki tempat yang lebih rendah berbanding eksekutif pengiklanan dan menteri kerajaan yang turut berada dalam tiga tangga terbawah. Sementara itu, doktor merupakan pekerjaan yang paling dipercayai di Malaysia dan dunia, masing-masing dengan mata 58 peratus. Di peringkat dunia, saintis menduduki tempat kedua dengan 57 peratus manakala di Malaysia…

Read More

SAYA memang sangat banyak mendengar lagu. Saya juga pernah ralit membaca sajak. Fikiran saya mudah dibentuk oleh dua aliran seni ini. Dalam hal kemanusiaan, besar juga impak lagu Wajah oleh Laila’s Lounge kepada pandangan alam saya. Ia mengajar saya berempati, meletakkan diri dalam kedudukan orang yang ditindas dan hidupnya jarang disapa aman. Seperti yang dilagukan Hadi Jaafar: https://www.youtube.com/watch?v=ZOL1Crc3RNk “Pulangkan milik si anak ini Yang kau raguti Hapuskan tangisan si ibu ini Yang mengalir sepi Halaman ini usah kau lacuri Ia milik mereka” Stanza ini membawa saya memijak tanah Palestin yang berpuluh tahun dalam perang. Di situ, saya dikelilingi runtuhan bangunan,…

Read More

TOPIK kewangan, terutamanya yang negatif seperti kekurangan wang, hutang yang tinggi dan belanja yang melulu, jarang dibualkan dengan jujur sesama ahli keluarga. Ada perisai ego dipasang. Tahap tabu isu kewangan setaraf isu seksual. Ia hal peribadi yang tidak patut dicampur orang, termasuk ahli keluarga sendiri. Kadang-kadang, sikap ahli keluarga juga mendorong kita menyembunyikan masalah kewangan yang ada. Ia jadi sensitif kerana perkongsian masalah kewangan sering datang dengan pengadilan prejudis. Sebab berkongsi kita dimarahi, dihukum, dinasihat berjela dan lebih buruk lagi, diumpat sesama saudara. Lebih baik tidak berkongsi. Jurulatih kewangan, Tammy Lally belajar tentang hal itu melalui tragedi.  Abangnya menelefon untuk meminjam…

Read More