Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Manfaat perubatan estetik terhadap kesihatan mental

    Manfaat perubatan estetik terhadap kesihatan mental

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 16, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAWATAN perubatan estetik membantu individu meningkatkan keyakinan diri dan kesejahteraan mental. - GAMBAR HIASAN/SORA SHIMAZAKI (Pexels)

    KERANA kamera kini ada di mana-mana dan manusia berkenalan sesama manusia melalui penampilan fizikal, terutamanya dalam media sosial, kesedaran imej dalam kalangan masyarakat menjadi lebih signifikan.

    Ini menjadikan imej sebagai faktor penting kehidupan, termasuk dalam soal kesihatan mental. Penampilan fizikal yang dianggap tidak menepati ‘piawaian orang ramai’ boleh mendatangkan tekanan, seterusnya memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang.

    Pakar perubatan estetik, Dr. Ajay Rana berkata, situasi masyarakat semasa menjadikan perubatan estetik dan kosmetologi menjadi alat penting untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang dan menggalakkan kesejahteraan mental.

    Cabang perubatan yang menekankan kecantikan wajah dan tubuh kini punya peranan yang lebih besar. 

    • Keyakinan diri

    Kata Dr. Rana, teknik kosmetologi seperti penjagaan rambut dan prosedur penjagaan kulit boleh membuatkan seseorang berasa segar dan yakin diri.

    Sekecil-kecil kelemahan seperti jerawat, kedut kulit dan rambut gugur sudah boleh menjatuhkan keyakinan seseorang dan penyelesaiannya ada pada perubatan estetik. Transformasi fizikal melalui perubatan estetik memperbaharui kepercayaan diri yang seterusnya membantu mengelakkan tekanan berkaitan imej diri.

    • Kesejahteraan emosi

    Selalunya, apabila tertekan, kita mahu manjakan diri. Rawatan estetik seperti spa membolehkan seseorang mengutamakan keperluan sendiri, lari dari tekanan harian dan memberi tumpuan kepada penambahbaikan kendiri.

    Aktiviti penjagaan diri sebegini meningkatkan keyakinan, mengurangkan kebimbangan dan memupuk pemikiran positif. Malah, ia berupaya menghilangkan tekanan, kebimbangan, kemurungan dan rasa sunyi melalui pelepasan endorfin dan oksitosin.

    • Pemerkasaan diri

    Kosmetologi dan perubatan estetik membolehkan individu bereksperimen dengan imej, gaya dan trend yang berbeza. Ini merupakan platform untuk ekspresi diri dan pemerkasaan peribadi.

    Melalui proses kreatif mengubah penampilan, individu mempunyai kawalan terhadap imej sendiri dan mencipta hubungan yang lebih kukuh dengan dirinya sendiri.

    • Manfaat terapeutik dan keterhubungan

    Selain terapi mental yang ditawarkan pakar psikologi, perubatan estetik juga boleh menawarkan manfaat sama melalui interaksi dengan pakar kosmetologi. Ia mewujudkan rasa kebersamaan dan keterhubungan.

    Pakar kosmetologi dan perubatan estetik boleh menawarkan nasihat, penenteraman dan penggalakan, membuatkan individu rasa dihargai dan difahami. 

    • Bina kekuatan

    Pengalaman menjalani rawatan estetik merupakan kembara untuk menambah baik dan mengatasi kelemahan diri. Melalui rawatan pakar, teknik kosmetik dan penyelesaian prostetik, seseorang dapat mengawal penampilan sendiri, menyesuaikan diri dengan perubahan dan membina kekuatan menghadapi kehidupan.

    Kuasa perubahan yang ditawarkan perubatan estetik menyumbang kepada pemikiran yang positif, membolehkan individu menghadapi cabaran hidup dengan yakin. – RELEVAN

    Previous Article5 cara untuk menjadi lebih bijak
    Next Article Kehendak vs keperluan, setiap orang tidak sama

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.