Facebook Twitter
    Trending
    • Cegah penyakit dengan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun
    • Merangkak keluar dari lembah rosot
    • Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar
    • Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang
    • Ajar anak cara congak
    • Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cegah penyakit dengan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun

      December 1, 2023

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023
    • Kewangan

      Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

      November 30, 2023

      Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023
    • Pendidikan

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023
    • Kerjaya

      Merangkak keluar dari lembah rosot

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 lagu untuk Palestin

    5 lagu untuk Palestin

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 3, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 lagu untuk Palestin

    SAYA memang sangat banyak mendengar lagu. Saya juga pernah ralit membaca sajak. Fikiran saya mudah dibentuk oleh dua aliran seni ini.

    Dalam hal kemanusiaan, besar juga impak lagu Wajah oleh Laila’s Lounge kepada pandangan alam saya. Ia mengajar saya berempati, meletakkan diri dalam kedudukan orang yang ditindas dan hidupnya jarang disapa aman.

    Seperti yang dilagukan Hadi Jaafar:

    “Pulangkan milik si anak ini
    Yang kau raguti
    Hapuskan tangisan si ibu ini
    Yang mengalir sepi
    Halaman ini usah kau lacuri
    Ia milik mereka”

    Stanza ini membawa saya memijak tanah Palestin yang berpuluh tahun dalam perang. Di situ, saya dikelilingi runtuhan bangunan, kereta yang rosak dan separuh nafas saya menyedut debu konkrit. Saya membayangkan diri sebagai seorang anak kecil yang keliru dengan persekitarannya. Seorang anak yang hidup mengenal perang sebelum aman.

    Satu lagi lagu kemanusiaan yang tinggal lama dalam memori saya ialah Hey! oleh Joy92. Lagunya ringkas tetapi liriknya sarat makna.

    “Ke mana hilang cahaya?
    Dunia menjadi gelita
    Yang lemah (ber)terusan merana
    Ditindas dibiar melara
    Menangis tiada kata
    Akibat sengketa manusia”

    Bagi saya, ia luahan kekecewaan terhadap situasi dunia yang tidak pernah aman. Pada keganasan mana lagi patut ditujukan kekecewaan ini selain diabolikal Israel terhadap Palestin yang tiada akhir?

    Dalam perkembangan terbaharu kali ini, apabila Israel mula menjarah Sheikh Jarrah, menghalau keluar penduduk Palestin dalam bulan mulia Ramadan kemudian menyerang umat Islam di Masjid Al-Aqsa seperti syaitan tanpa kemanusiaan, kugiran punk Armpunk Sindicate menghadiahkan kita dengan lagu Darah Palestina.

    Keras tanpa sembunyi, mereka mengutuk perilaku songsang Zionis dalam lagu itu. Lebih mendalam, mereka berhujah tentang peristiwa Sabra dan Shatila sebagai bukti kebinatangan Zionis.

    “Sabra dan Shatila
    17 September 1982
    Tak cukuplah buktinya?
    Membunuh sini juga
    Itu saudara kita
    Darah Palestina darah kita juga”

    Betul. Peristiwa Sabra dan Shatila ialah satu dari beribu bukti kekejaman Zionis terhadap Palestin.

    Peristiwa ini tidak pun berlaku di tanah Palestin tetapi sasarannya ialah warga Palestin yang berlindung di Beirut, Lubnan. Dikatakan, sehingga 3,500 orang awam terkorban dalam peristiwa itu melibatkan pelarian Palestin dan warga Syiah Lubnan.

    Bercakap tentang sejarah kekejaman Zionis Israel terhadap Palestin, dunia juga tidak lupa pada wajah ketakutan Jamal Al-Durrah yang melindungi anaknya, Muhammad dari tembakan tentera Israel. Gambar ikonik itu berjaya dirakam jurufoto sambilan France 2, Talal Abu Rahma.

    “Suara duka angin Gaza
    Gegar jantung bumi kita
    Nyawa anak di hujung senjata
    Tangisan bonda hanya sia-sia
    Masirah anak al-Durrah
    Netzarim bermandi darah”

    S. Amin Shahab menukilkan dan M. Nasir melagukan kisah Muhammad yang syahid. Di tangan Muhammad dan Jamal tiada sebarang senjata. Mereka hanya berpegangan sesama sendiri: Jamal memegang erat tubuh anaknya sambil memastikan tubuh mereka terlindung dari tembakan dan Muhammad hanya mampu meraung ketakutan.

    Raungan melawan peluru, mustahil raungan akan menang dalam dunia. Begitulah mengarutnya peperangan di Palestin. Ini bukan perang antara manusia dengan manusia. Palestin sedang berhadapan tentera Iblis.

    “Melontar batu dan kayu berbekal hati cekal
    Berdepan jeneral dan kereta kebal membawa ajal
    Dajjal”

    Bait rap Joe Flizzow dalam lagu Takbir Cinta yang dinyanyikan bersama Yasin dan Amy Search ini bukan retorik. Ia berlaku.

    Di Palestin, pertarungannya antara orang awam dengan tentera bersenjata. Orang awam tiada peluru atau senapang untuk menentang musuhnya. Apa yang ada di sekelilingnya, baik batu atau kayu, akan dilempar demi mempertahankan agama dan negara.

    Dengan lagu-lagu ini, saya hidangkan buat membakar semangat anda mengangkat kemanusiaan ke seluruh petala bumi dan langit.  Doa saya, semoga setiap urat nadi kita dialiri darah kemanusiaan yang membenci kekejaman. Semoga kita rakyat Malaysia tidak duduk diam melihat kejahatan, baik yang berlaku di tanah sendiri mahupun jauh beribu batu di negara orang. – RELEVAN

    *Artikel ini disiarkan di kolum Rondivu, Mingguan Malaysia pada 23 Mei 2021.

    featured kemanusiaan muzik Palestin pendidikan pendidikan muzik
    Artikel Terkini

    Cegah penyakit dengan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun

    December 1, 2023

    Merangkak keluar dari lembah rosot

    November 30, 2023

    Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

    November 30, 2023

    Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

    November 30, 2023

    Ajar anak cara congak

    November 29, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.