Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    By AMAL HAYATI FAUZIJanuary 28, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso. GAMBAR HIASAN BERNAMA

    APABILA mula bekerja, dua nama organisasi ini akan dicatatkan pada slip gaji – KWSP dan Perkeso. Walaupun sering disebut bersama, kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza. Berikut merupakan perkara asas yang wajib anda tahu mengenai dua organisasi yang mempunyai kesan besar terhadap kehidupan kerja anda.

    Apa Itu KWSP?

    KWSP ialah singkatan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Employees Provident Fund (EPF). Ia skim simpanan persaraan wajib bagi pekerja di Malaysia dengan tujuan membantu pekerja mempunyai simpanan kewangan apabila bersara kelak.

    Siapa yang menyumbang?

    Pekerja dan majikan sama-sama menyumbang. Bagaimanapun, majikan akan lakukan perkara berikut:

    • Menolak caruman pekerja daripada gaji bulanan
    • Menambah caruman majikan
    • Membayar jumlah keseluruhan kepada KWSP

    Asas caruman KWSP

    • Caruman dikira berdasarkan gaji bulanan
    • Wang caruman akan diagihkan ke dalam tiga akaun utama iaitu:
    1. Akaun Persaraan : Digunakan terutamanya untuk simpanan hari tua
    2. Akaun Sejahtera : Demi keperluan tertentu seperti perumahan, pendidikan dan kesihatan
    3. Akaun Fleksibel : Boleh dikeluarkan untuk keperluan kewangan jangka pendek tertakluk kepada syarat

    Apa itu Perkeso ?

    Perkeso ialah singkatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial. Tujuan pertubuhan ini wujud adalah untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial dalam bentuk insurans kepada pekerja. Fokus utama Perkeso adalah melindungi pekerja daripada risiko seperti kecacatan atau kecederaan disebabkan kemalangan dan lain-lain.

    Siapa yang perlu mencarum?

    Semua pekerja sektor swasta di bawah kontrak perkhidmatan termasuk:

    • Pekerja sepenuh masa
    • Separuh masa
    • Pekerja kontrak atau sementara

    Pengecualian termasuk:

    • Penjawat awam tetap
    • Pembantu rumah persendirian

    Asas caruman Perkeso

    Kategori pertama (pekerja bawah umur 60 tahun)

    • Skim bencana pekerjaan
    • Skim kecederaan
    • Kadar caruman:

    Majikan: 1.75 peratus

    Pekerja: 0.5 peratus daripada gaji

    Kategori Kedua (pekerja berumur 60 tahun ke atas)

    • Skim Bencana Pekerjaan sahaja
    • Kadar caruman:

    Majikan: 1.25 peratus

    Tiada caruman daripada pekerja

    Perbezaan KWSP dan Perkeso

    KWSP adalah simpanan jangka panjang yang boleh digunakan untuk:

    • Persaraan
    • Pembelian atau pembiayaan rumah
    • Pendidikan
    • Keperluan perubatan tertentu
    • Pengeluaran sebahagian pada umur atau syarat tertentu (contohnya umur 55 dan 60 tahun)

    Perkeso pula menyediakan perlindungan insurans, antaranya:

    • Rawatan perubatan akibat kemalangan ketika bekerja
    • Faedah kecacatan sementara atau kekal
    • Pencen ilat jika hilang kemampuan bekerja
    • Faedah pencen penakat 
    • Program pemulihan dan kembali bekerja
    • Bantuan pendidikan untuk anak (kes tertentu sahaja) – RELEVAN
    Previous ArticleJangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Next Article Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.