Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    By Umi FatehahFebruary 11, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia? - GAMBAR HIASAN RDNE

    PERANCANGAN persaraan adalah salah satu aspek kewangan yang paling penting tetapi sering diabaikan oleh ramai rakyat Malaysia terutama orang muda yang beranggapan persaraan masih jauh. 

    Namun, realitinya kos hidup semakin tinggi menyebabkan jumlah simpanan yang diperlukan untuk bersara dengan selesa turut meningkat.

    Jadi, berapa sebenarnya duit yang perlu dicapai sebelum bersara di Malaysia?

    1. Garis panduan simpanan KWSP (Framework RIA)

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Retirement Income Adequacy (RIA) Framework untuk membantu pencarum merancang simpanan persaraan mereka. Rangka ini menetapkan tiga tahap simpanan berdasarkan tahap kehidupan selepas bersara yang diinginkan:

    • Simpanan asas

    Sekurang-kurangnya RM390,000 pada umur 60. Cukup untuk menampung keperluan asas selepas bersara.

    • Simpanan mencukupi

    Sasaran simpanan RM650,000. Memberi piawaian kehidupan yang tidak mewah tapi selesa untuk bersara.

    • Simpanan dipertingkat

    Sasaran lebih tinggi iaitu RM1.3 juta untuk kehidupan persaraan yang lebih bebas dan berkualiti tinggi.

    Garis panduan ini mengambil kira anggaran kos hidup semasa seorang warga emas bersara memerlukan kira-kira RM2,690 sebulan untuk hidup selesa.

    Kadar simpanan asas meningkat secara berperingkat dari RM240,000 sebelum ini kepada RM390,000 menjelang 2028.

    1. Berapa perlu disimpan setiap bulan?

    Rangka kerja RIA turut menganggarkan bagaimana jumlah simpanan itu boleh diagihkan sebagai pendapatan bulanan sekiranya ia dikeluarkan secara berperingkat sepanjang 20 tahun tempoh persaraan berdasarkan purata jangka hayat rakyat Malaysia.

    Jadual di bawah menunjukkan anggaran jumlah pengeluaran bulanan (untuk keperluan dan kehendak) pada tahun pertama dan tahun ke-20 persaraan, berdasarkan andaian bahawa simpanan terus menerima dividen sepanjang tempoh tersebut.

    Tahap simpanan

    Anggaran jumlah pengeluaran bulanan pada tahun pertama persaraan Anggaran jumlah pengeluaran bulanan pada tahun ke-20 persaraan

    Simpanan asas (RM390,000)

    RM1,625

    RM4,434

    Simpanan mencukupi (RM650,000)

    RM2,708

    RM7,389

    Simpanan dipertingkat (RM1.3 juta) RM5,417

    RM14,779

     

    1. Faktor yang mempengaruhi keperluan persaraan

    Jumlah yang diperlukan sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor peribadi:

    • Gaya hidup

    Jika anda bercadang untuk hidup selesa dengan percutian, hobi atau menanggung kos anak, simpanan perlu lebih tinggi daripada RM650,000.

    • Lokasi tempat tinggal

    Kos hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru biasanya lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar.

    • Kos kesihatan

    Perbelanjaan perubatan cenderung meningkat apabila usia meningkat. Kebanyakan pakar kewangan menasihatkan menyediakan simpanan khas untuk kos kesihatan di luar KWSP.

    • Umur bersara dan jangka hayat

    Lebih awal anda bersara, lebih besar jumlah simpanan yang diperlukan kerana tempoh persaraan lebih panjang.

    1. Peraturan dua pertiga gaji

    Sebagai panduan umum, ramai pakar kewangan menyarankan supaya pendapatan selepas bersara sekitar dua pertiga (kira-kira 67 peratus) daripada gaji terakhir. Ini bertujuan untuk memastikan gaya hidup selepas bersara masih selesa.

    Contohnya, jika gaji terakhir anda RM7,500 sebulan, sasaran pendapatan selepas bersara ialah kira-kira RM5,000 sebulan (dua pertiga gaji). Daripada sasaran ini, barulah boleh dikira berapa jumlah simpanan keseluruhan yang perlu dikumpulkan sebelum bersara untuk memastikan pendapatan bulanan tersebut dapat dicapai.

    1. Adakah RM1 juta masih relevan?

    Pendapat bahawa RM1 juta cukup untuk bersara semakin dipersoalkan kerana inflasi dan kos hidup yang meningkat. Menurut pakar ekonomi, untuk benar-benar selesa, ramai pencarum kini memerlukan antara RM1.3 juta hingga RM1.5 juta bergantung kepada gaya hidup dan jangka hayat. – RELEVAN

    Previous ArticleAda satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    Next Article Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.