Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » “dO yOu ConDeMN hAmAS?” : Ini jawapan yang patut kita beri

    “dO yOu ConDeMN hAmAS?” : Ini jawapan yang patut kita beri

    By November 7, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PIERS Morgan (kiri) dan Kirsty Wark antara pengamal media Barat yang sering mendesak tetamunya untuk mengecam Hamas.

    ADA hal meloyakan yang berlaku apabila kita membaca atau menonton laporan media Barat tentang penghapusan bangsa oleh Israel terhadap Palestin.

    Media-media Barat simpati kepada Israel kerana dua perkara: pertama, mereka tidak mahu mencari keadilan, mereka mahu menegakkan agenda songsang Zionis dan kedua, mereka dungu membaca sejarah.

    Demi simpati terhadap sebuah negara pengganas bernama Israel, laporan-laporan media Barat kebanyakannya dibingkai untuk menunjukkan, dalam kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin, Israel sebenarnya mangsa.

    Pembingkaian itu akan dimulakan dengan penegasan, secara langsung atau tidak langsung, bahawa kejahatan yang berlangsung di bumi Gaza bermula disebabkan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

    Falasi basi

    Media-media pro-Israel akan cuba menunjukkan bahawa serangan sebulan Israel ke atas Palestin adalah tindak balas (reaction) terhadap serangan sehari Hamas ke atas Israel (action).

    Maka, tegas mereka, ribuan nyawa yang melayang dalam pembunuhan bangsa oleh Israel ketika ini adalah tanggungjawab Hamas. Hamas punca bapa-bapa di Palestin hilang anak.

    Sebab itu, apabila mereka menjemput aktivis pro-Palestin untuk ditemu bual, soalan yang paling popular ialah “do you condemn Hamas?”.

    ARTIKEL BERKAITAN: 75 tahun penderitaan Palestin: Peristiwa awal sehingga Nakba 1948

    Ia sudah jadi seperti sebuah pencontoh (template) untuk semua hos temu bual di Barat. Tujuannya adalah untuk memperbesar peristiwa 7 Oktober 2023 supaya sejak awal, idea bahawa konflik yang berlaku ketika ini bermula pada tarikh itu tertanam kemas dalam kepala penonton.

    Memadam sejarah

    Mengapa pembingkaian itu penting? Sebab itu sahaja naratif yang boleh memenangkan agenda mereka.

    Untuk menonjolkan Israel sebagai mangsa, sebagai perwira yang sedang memperjuangkan hak dan kemanusiaan, semua kejahatan negara rejim itu sejak tertubuh pada 1948 perlu dipadam.

    Itu sahaja naratif yang boleh menjustifikasikan tindakan Israel ke atas Palestin walaupun justifikasi itu semakin lemah dari hari ke hari.

    Kata mereka, Israel sedang mempertahankan diri. Demi keselamatan Israel dan rakyatnya, Hamas perlu diperangi.

    Namun, selepas sebulan, negara dengan kekuatan tentera ke-18 terbaik dunia itu belum dapat menghapuskan Hamas, sebaliknya mengorbankan ribuan nyawa orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

    Negara dengan Amerika Syarikat sebagai sekutu itu masih belum dapat melemahkan kumpulan penentang dari negara yang mereka kawal hampir kesemua sempadannya sejak 1967. Ini logik?

    Berfikir di luar bingkai

    Kita semua boleh sepakat bahawa soalan “do you condemn Hamas?” ini soalan dungu, lemah dan mengarut. Tetapi dalam pertempuran propaganda, soalan bodoh juga perlu dijawab tuntas kerana ia senjata yang berbahaya. Bodohnya boleh berjangkit.

    Maka, bagaimana sepatutnya kita jawab soalan itu?

    Pertama, kerana ia soalan tertutup, jawapannya asasnya ialah tidak.

    Kita tidak perlu jadi diplomatik dalam hal ini dengan memberikan jawapan yang kononnya memihak kemanusiaan.

    Kerana yang berlaku di Palestin sejak Nakba sehingga kini langsung tidak berperikemanusiaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 75 tahun penderitaan Palestin: Perang Enam Hari, Naksa dan Garis Hijau

    Perjanjian Sykes-Picot, surat Hussein-McMahon dan Deklarasi Balfour itu tidak berperikemanusiaan, penubuhan negara Israel di tanah Palestin itu tidak berperikemanusiaan, penguasaan Israel ke atas Gaza dan Tebing Barat selepas Perang Enam Hari itu tidak berperikemanusiaan.

    Maka, kita tidak perlu mengecam Hamas atas peristiwa 7 Oktober kerana hakikatnya, peristiwa itu berlangsung ketika rakyat Gaza masih terperangkap dalam kepungan tentera Israel dan belum mendapat hak asasi yang sewajarnya.

    Jika kita berfikir dari luar bingkai yang cuba diletakkan media-media pro-Israel, kita faham bahawa tindakan Hamas pada 7 Oktober adalah sebenarnya tindak balas atas kekejaman Israel selama berpuluh tahun.

    Dalam konteks itu, bukankah Hamas tidak patut dikecam atas tindak balasnya, sebagaimana media-media pro-Israel tidak pernah mengecam tindakan Israel terhadap Palestin selepas peristiwa 7 Oktober?

    Selagi ditindas

    Tindakan Hamas pada 7 Oktober 2023 perlu dilihat sebagai tindak balas terhadap kekejaman Israel. Itu sudut pandang paling adil dalam isu ini.

    Serangan Hamas tidak berlaku secara tiba-tiba. Israel dan Palestin sentiasa berkonflik dalam tempoh lebih setengah abad, maka serangan antara kedua-dua negara sepatutnya sudah dijangka.

    Seperti mana Israel secara berterusan menyerang Gaza dan Tebing Barat, begitu juga mereka sentiasa berisiko diserang Hamas.

    Tahun lalu sahaja, menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Israel telah membunuh 170 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, termasuk lebih 30 kanak-kanak.

    Tentera Israel juga bertanggungjawab atas kematian wartawan veteran Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh pada tahun lalu. Ini tidak termasuk pelbagai siri serangan, penahanan wewenang dan pembunuhan lain yang berlangsung sepanjang 2022.

    Untuk menilai konflik panjang antara Israel dengan Palestin dan menentukan siapa yang patut kita kecam, pandangan Timbalan Ketua Misi Palestin ke Kesatuan Eropah, Hassan Albalawi adalah jelas dan adil.

    Kata Albalawi ketika ditemu bual Euronews, dia tidak akan mengecam Hamas selagi negara Palestin yang bebas dan berdaulat tidak didirikan.

    “Ya, saya mahu mengecam serangan itu suatu hari nanti. Hari di mana Israel menghormati sempadannya dan hari tertubuhnya negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Hari rakyat Palestin diberikan hak asasi.

    “Jika ada serangan yang dilakukan pada hari itu, saya akan kecam. Tetapi dalam situasi semasa, saya tidak boleh kecam,” katanya.

    Jadi, jika ditanya, “do you condemn Hamas?”, jawablah dengan tegas: “no, I’m not condemning Hamas”.- RELEVAN

    featured Israel luar negara Palestin pendidikan sejarah
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.