Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    By Umi FatehahFebruary 13, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius. - GAMBAR HIASAN EDWARD JENNER/PEXELS

    JUMLAH kes tuberkulosis (tibi) di Malaysia menunjukkan peningkatan pada awal tahun ini. Setakat 7 Februari 2026, sebanyak 2,571 kes telah direkodkan dengan kadar insiden 7.5 bagi setiap 100,000 penduduk. Angka ini meningkat hampir 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Peningkatan kes ini menimbulkan persoalan penting. Apakah sebenarnya simptom Tibi dan bagaimana ia menyerang tubuh?

    Apa itu batuk tibi?

    Menurut Mayo Clinic, tuberkulosis (TB) ialah penyakit serius yang lazimnya menyerang paru-paru namun ia juga boleh merebak ke bahagian tubuh lain. Walaupun boleh dirawat dengan antibiotik, sesetengah rangkaian bakteria kini menunjukkan rintangan terhadap ubat tertentu, menjadikan rawatan lebih mencabar.

    Tibi lebih mudah merebak di kawasan padat dan dalam kalangan individu yang sistem imunnya lemah, termasuk pesakit HIV atau mereka yang menghidap penyakit kronik.

    Tiga peringkat jangkitan tibi

    Jangkitan tibi tidak berlaku dalam satu bentuk sahaja. Ia melalui beberapa peringkat dan setiap satunya mempunyai ciri berbeza.

    1. Jangkitan primer (Primary TB infection)

    Ini adalah peringkat awal apabila bakteria mula memasuki paru-paru. Sistem imun akan cuba melawan dan menangkap bakteria tersebut.

    Kebanyakan individu tidak menunjukkan simptom pada tahap ini. Namun, ada yang mengalami gejala ringan seperti:

    • Demam ringan
    • Keletihan
    • Batuk ringan
    • Selesema

    Disebabkan gejalanya tidak spesifik, ramai tidak menyedari mereka telah dijangkiti.

    1. Tibi laten (Latent TB infection)

    Selepas jangkitan awal, bakteria mungkin masih hidup tetapi dikawal oleh sistem imun. Pada tahap ini:

    • Tiada simptom
    • Tidak berjangkit
    • Individu kelihatan sihat

    Namun bakteria masih berada dalam tubuh dan boleh menjadi aktif sekiranya sistem imun menjadi lemah pada masa hadapan.

    1. Tibi aktif (Active TB disease)

    Inilah tahap yang paling membimbangkan. Ia berlaku apabila sistem imun gagal mengawal bakteria dan penyakit mula menyerang paru-paru atau organ lain.

    Simptom biasanya muncul secara beransur-ansur dan semakin teruk dalam beberapa minggu.

    • Batuk berpanjangan
    • Batuk berdarah atau kahak bercampur darah
    • Sakit dada
    • Sakit ketika bernafas atau batuk
    • Demam
    • Menggigil
    • Berpeluh malam
    • Penurunan berat badan
    • Hilang selera makan
    • Keletihan berpanjangan
    • Rasa tidak sihat secara umum

    Batuk yang berlarutan lebih daripada dua minggu terutama jika disertai penurunan berat badan dan peluh malam tidak wajar diabaikan.

    Tibi di luar paru-paru (Extapulmonary TB)

    Tibi bukan hanya penyakit paru-paru. Bakteria boleh merebak ke:

    • Buah pinggang
    • Hati
    • Otak dan saraf tunjang
    • Otot jantung
    • Alat sulit
    • Kelenjar limfa
    • Tulang dan sendi
    • Kulit
    • Peti suara

    Simptom bergantung kepada bahagian tubuh yang terlibat tetapi gejala umum seperti demam, berpeluh malam, susut berat badan dan keletihan masih kerap berlaku.

    Sebagai contoh, jika melibatkan kelenjar limfa, pesakit mungkin mengalami bengkak pada leher. Jika melibatkan otak, ia boleh menyebabkan sakit kepala teruk atau gangguan kesedaran.

    Simptom tibi dalam kalangan kanak-kanak

    Tanda tibi pada kanak-kanak boleh berbeza mengikut usia:

    • Remaja: Simptom hampir sama seperti orang dewasa.
    • Kanak-kanak 1-12 tahun: Demam berpanjangan dan penurunan berat badan.
    • Bayi: Tidak membesar seperti sepatutnya, kurang aktif, muntah, kurang menyusu dan dalam kes serius, tanda tekanan pada otak seperti ubun-ubun membonjol.

    Simptom pada bayi selalunya lebih sukar dikesan kerana tidak spesifik.

    Ramai menganggap batuk hanyalah masalah biasa. Sedangkan, dalam sesetengah kes ia boleh menjadi petanda jangkitan serius. Kesedaran tentang simptom adalah langkah pertama untuk melindungi diri dan orang sekeliling.

    Jika anda atau ahli keluarga mengalami gejala yang mencurigakan, jangan tunggu sehingga ia menjadi lebih teruk. Pemeriksaan awal bukan sahaja menyelamatkan nyawa tetapi juga membantu memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti.

    Lebih awal tibi dikesan, lebih tinggi peluang untuk sembuh sepenuhnya dan mengelakkan komplikasi serius. – RELEVAN

    Previous Article10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    Next Article Elak makanan ini jika sedang haus

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.