Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Peluang penggiat industri kreatif bina kerjaya bersama airasia academy

    Peluang penggiat industri kreatif bina kerjaya bersama airasia academy

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 16, 2023Updated:November 16, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ZAINARIAH Johari (kiri) bersama Aireen Omar ketika majlis tanda tangan perkongsian strategik antara airasia academy dengan MyCreative Ventures. - GAMBAR IHSAN CAPITAL A

    CABANG kepimpinan dan pendidikan Capital A (dahulu dikenali sebagai AirAsia), airasia academy mengumumkan kerjasama dengan MyCreative Ventures bagi membantu penggiat tidak formal dalam industri kreatif meningkatkan kemahiran dan memajukan kerjaya.

    Inisiatif tersebut dijalankan melalui program Bina Kerjaya yang akan menawarkan peluang latihan khusus kepada tenaga kerja kreatif Malaysia dalam pelbagai bidang, termasuk pemasaran digital, kejuruteraan perisian, infrastruktur awan, keselamatan siber, analisis data dan ekosistem produktiviti Google.

    Menurut airasia academy, melalui kerjasama dengan MyCreative Ventures, peserta mendapat akses kepada pendidikan komprehensif yang akan meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran.

    Katanya, MyCreative Ventures akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan program Bina Kerjaya, selain menyokong usaha pemasaran dalam menjayakan program tersebut.

    Presiden (Pelaburan dan Usaha Niaga) Capital A, Aireen Omar berkata, sejak penubuhannya, airasia academy telah memainkan peranan membawa perubahan dalam sektor pendidikan konvensional dengan menawarkan pilihan yang lebih mudah untuk kursus yang mempunyai permintaan tinggi.

    “Kami berhasrat untuk menyumbang lebih banyak, terutamanya melalui perkongsian strategik bersama MyCreative Ventures, dalam memastikan bakat kreatif Malaysia memperoleh kebolehpasaran yang tinggi,” katanya dalam majlis tanda tangan perkongsian strategik yang diadakan di airasia academy pada 16 November.

    Jelas Aireen, pihaknya juga berharap dapat membantu bakat kreatif Malaysia meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran teknologi, selaras dengan perkembangan medium kreatif kini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures, Zainariah Johari pula berkata, pihaknya memahami kepentingan untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang relevan demi melahirkan tenaga kerja kreatif yang lebih pelbagai dan mampan.

    Kata beliau, industri kreatif Malaysia dipenuhi dengan bakat serta potensi yang besar dan menjadi tanggungjawab pihaknya untuk memupuk dan menyokong generasi kreatif profesional masa hadapan.

    “Kerjasama dengan airasia academy ini membolehkan kami memanfaatkan kekuatan kedua-dua organisasi dalam memperkasakan rakyat Malaysia.

    “Kami mengalu-alukan impak positif yang akan dibawa kerjasama ini pada masa hadapan,” katanya.

    Untuk program Bina Kerjaya, airasia academy merupakan penyedia latihan yang bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk menawarkan tempat dan latihan program profesional untuk kategori Sektor Tidak Formal: Pekerja Gig dan Orang Bekerja Sendiri dengan tahap pendidikan SPM ke bawah.

    Program yang ditawarkan adalah selama lima hingga 10 hari, merangkumi kursus seperti pertolongan cemas, pemasaran digital, perkhidmatan pelanggan dan analisis data.

    Antara syarat yang dikenakan untuk program Bina Kerjaya tersebut termasuk bekerja dalam sektor tidak formal, berumur antara 16 hingga 40 tahun, memiliki sijil SPM dan kebawah serta tidak mempunyai caruman Perkeso.

    Pendaftaran untuk program Bina Kerjaya airasia academy dibuka sehingga 15 Disember ini. Maklumat lanjut dan pendaftaran ada di sini. – RELEVAN

    airasia academy Bina Kerjaya Capital A featured kerjaya MyCreative Ventures Perkeso
    Artikel Terkini

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.