KU SYAFIQ KU FOZI

KADAR pengangguran negara terus mencatatkan penurunan kepada 3.9 peratus pada 2022, kadar terendah sejak negara dilanda pandemik Covid-19 bermula 2020. Penurunan tersebut adalah sebanyak 0.7 mata peratusan berbanding 4.6 peratus pada 2021. Pada 2020, kadar pengangguran adalah pada 4.5 peratus. Dari segi bilangan, terdapat kira-kira 630,400 orang penganggur pada 2022, berkurang sebanyak 14 peratus berbanding kira-kira 733,000 orang pada 2021. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, persekitaran ekonomi yang positif sepanjang 2022 membawa kepada situasi tenaga buruh yang menggalakkan pada tahun tersebut, susulan lebih banyak peluang pekerjaan dari pelbagai industri telah diwujudkan. Kata beliau, pemulihan daripada kemelesetan…

Read More

POPULASI penduduk di Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta orang, meningkat 2.1 peratus berbanding 32.7 juta pada 2022. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk bukan warganegara yang meningkat daripada 2.4 juta pada 2022 kepada 3.0 juta pada 2023. Kata beliau, penduduk warganegara meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil, iaitu 0.7 peratus. “Tiga negeri, iaitu Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Selangor telah melepasi kadar pertumbuhan nasional 2.1 peratus, masing-masing dengan 5.1 peratus, 2.6 peratus dan 2.2 peratus. “Tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk…

Read More

HAD pendapatan untuk golongan B40, M40 dan T20 dikemas kini melalui Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan. Menurut laporan tersebut, terdapat peningkatan untuk had pendapatan ketiga-tiga kategori isi rumah pada 2022 berbanding 2019. Sebagai contoh, had pendapatan untuk kategori isi rumah B40 meningkat kepada RM5,249 pada 2022 berbanding RM4,849 pada 2019. Begitu juga dengan had pendapatan M40 (2022: RM11,819, 2019: RM10,969) dan T20 (2022: RM11,820 ke atas, 2019: RM10,970 ke atas). Pecahan kategori isi rumah pada 2022 juga menunjukkan terdapat 3.16 juta isi rumah dalam kategori B40, 3.16 juta kategori M40 dan 1.58 juta…

Read More

DUA Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pendapatan kasar isi rumah tertinggi di Malaysia pada 2022 manakala Kelantan dan Kedah merekodkan pendapatan terendah. Menurut Jabatan Perangkaan, warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai penengah pendapatan kasar isi rumah sebanyak RM10,234 dan purata RM13,325 manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan penengah RM10,056 dan purata RM13,473. Pendapatan kasar isi rumah ketiga tertinggi pula merupakan Selangor dengan penengah RM9,983 dan purata RM12,233. Rakyat Kelantan pula mencatatkan pendapatan kasar isi rumah terendah dengan penengah RM3,614 dan purata RM4,885 diikuti Kedah (penengah: RM4,402, purata: RM5,550) serta Perak (penengah: RM4,494, purata: RM5,779). Penengah pendapatan kasar isi rumah…

Read More

SUMBANGAN komponen pampasan pekerja (PP) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) merosot kepada 32.4 peratus pada 2022, berbanding 35.1 peratus pada tahun sebelumnya.  Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, KDNK Malaysia dari segi nominal pada 2022 mencatatkan nilai sebanyak RM1,791.4 bilion, meningkat 15.7 peratus daripada 9.2 peratus pada tahun sebelumnya. Kata beliau, pertumbuhan tersebut didorong oleh prestasi Lebihan Kendalian Kasar (LKK) yang lebih tinggi daripada PP.  “LKK berkembang 23.9 peratus sementara PP meningkat 6.5 peratus. Oleh itu, sumbangan PP terhadap KDNK menurun kepada 32.4 peratus manakala LKK mengukuh kepada 67 peratus. “Komponen selebihnya disumbangkan oleh cukai bersih,…

Read More

GAYA hidup sedentari bermaksud gaya hidup yang tidak aktif dan tidak melibatkan banyak pergerakan fizikal. Ini antara musuh kesihatan terbaharu buat manusia kerana ia bukan saja melibatkan aktiviti masa lapang yang tidak aktif (seperti menghabiskan masa berjam-jam menonton televisyen setiap hari), malah sudah memasuki ruang kerja. Cuba tanya datuk nenek kita yang masih sihat pada usia tua, apa kerja yang mereka buat sewaktu muda dahulu? Besar kemungkinan, kerja mereka melibatkan aktiviti fizikal yang berat. Mungkin pesawah atau buruh kasar. Di Amerika Syarikat (AS), kurang 20 peratus pekerjaan yang ada merupakan pekerjaan dengan pergerakan fizikal yang aktif. Selebihnya pekerjaan yang memerlukan kita…

Read More

SERAMAI 236 pakar ekonomi terkemuka dunia, termasuk dari Malaysia, menandatangani surat untuk mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia bertindak atas jurang kekayaan dunia yang semakin melebar. Surat yang diterajui pemenang Anugerah Nobel Sains Ekonomi, Joseph E. Stiglitz dan pakar ekonomi pembangunan, Jayati Ghosh itu antara lain membangkitkan isu jurang kekayaan yang melebar dalam tempoh beberapa dekad ini. Kata mereka, kekayaan dan kemiskinan melampau telah meningkat secara serentak dan mendadak buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun. Jelasnya, antara 2019 hingga 2020, ketidaksaksamaan dunia meningkat lebih pantas berbanding mana-mana tempoh sejak Perang Dunia Kedua. ARTIKEL BERKAITAN: 63% kekayaan dunia…

Read More

PENGUMUMAN kerajaan untuk untuk mengikuti Model Gaji Progresif (PWM) yang dilaksanakan di Singapura adalah satu langkah positif, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Namun, kata pertubuhan itu, kerajaan tidak perlu meninggalkan sistem gaji minimum yang sedia ada. Pengerusinya, Norsyahrin Hamidon berkata, PWM terbukti berkesan dalam meningkatkan gaji dan membaiki keadaan kerja pekerja bergaji rendah di beberapa sektor di Singapura. Namun, di Singapura, ia hanya dilaksanakan dalam empat sektor, iaitu pembersihan, keselamatan, landskap dan peruncitan. “Dalam sektor ini, peraturan gaji meliputi bukan sahaja pekerjaan bergaji rendah tetapi juga pekerjaan yang mempunyai kedudukan lebih tinggi seperti penyelia dan pengurus. “PWM berfungsi dengan…

Read More

BAHASA kita kaya dengan kepelbagaian kata dan makna. Ada kalanya, kalau kita kurang mendalami ilmu bahasa, makna sesetengah perkataan boleh mengelirukan. Ada perkataan yang banyak digunakan dalam nama makanan, binatang atau benda tetapi tidak ramai yang tahu makna sebenarnya. Apatah lagi, ia sering dikelirukan dengan nama tempat atau negara. Sebagai contoh, perkataan “bandung” dalam nama makanan mi bandung dan minuman sirap bandung. Ramai fikir, ia merujuk kepada nama tempat, Bandung di Indonesia. Begitu juga dengan nama buah, durian belanda. Adakah ia merujuk kepada negara Belanda? Relevan mahu kongsikan dengan anda maksud sebenar kedua-dua perkataan ini. Semoga maklumat ini memberi manfaat dan…

Read More

KITA jarang bercakap soal kematian di pejabat.  Mati, selain aroma gelap dan udara kesedihannya, membawa bersama tabu-tabu yang jarang dibincangkan, lebih-lebih lagi dalam ruang kerja. Sedangkan kita tahu, semua orang akan melalui pengalaman kehilangan orang tersayang. Dalam lembar polisi syarikat dan akta, hal-hal seperti cuti ihsan buat yang kehilangan keluarga dan pampasan untuk pekerja yang meninggal dunia ada dicatatkan tetapi bagaimana dengan ruang yang tidak rasmi? Apabila ada pekerja bawahan yang kehilangan keluarga, apa respons yang baik boleh diberikan oleh seorang pengurus? Bagaimana sepatutnya rakan-rakan sekerja bereaksi? Hal-hal sebegini biasanya kita belajar dari pengalaman tetapi panduannya tetap boleh dicari. Pada…

Read More