Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pantang larang selepas cabut gigi

    Pantang larang selepas cabut gigi

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 16, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pantang larang selepas cabut gigi. - GAMBAR HIASAN CANVA

    RAWATAN mencabut gigi adalah prosedur berkesan bagi mengelakkan rasa sakit berpanjangan atau jangkitan pada gigi yang telah rosak. 

    Menurut MediConnexions Consulting, penjagaan selepas rawatan memainkan peranan penting bagi memastikan proses penyembuhan berjalan lancar dan mengurangkan risiko pada kawasan luka. Berikut merupakan panduan yang boleh diamalkan selepas rawatan cabut gigi.

    1. Rehat secukupnya 

    Selepas prosedur, tubuh badan memerlukan masa untuk pulih. Elak lakukan aktiviti lasak atau senaman berat dalam tempoh 48 jam pertama. 

    Gunakan masa tersebut untuk berehat dan biarkan badan memberi fokus kepada proses penyembuhan.

    1. Pilih makanan lembut

    Dalam beberapa hari awal, amalkan makanan lembut seperti bubur, sup, yogurt atau kentang lenyek. Elakkan makanan keras yang memerlukan kunyahan kuat kerana ia boleh mengganggu kawasan luka.

    Selain itu, jangan minum menggunakan penyedut minuman atau straw. Ini kerana tekanan sedutan boleh menanggalkan darah beku dan melambatkan penyembuhan pada kawasan luka.

    1. Kawal bengkak dan rasa sakit 

    Bengkak dan rasa tidak selesa adalah perkara normal selepas mencabut gigi. Kebiasaannya, doktor akan memberikan ubat tahan sakit untuk diambil selama beberapa hari. 

    Alternatif lain untuk mengurangkan bengkak adalah dengan meletakkan pek ais atau kain lembap yang sejuk pada bahagian pipi selama 10 minit.

    1. Jaga kebersihan mulut

    Tunggu sehingga keesokan hari sebelum membersihkan kawasan luka. Cara lebih efektif adalah dengan berkumur secara perlahan dengan air garam bagi membantu proses penyembuhan. 

    Teruskan memberus gigi seperti biasa namun perlulah berhati-hati agar tidak terkena di kawasan sensitif iaitu sekitar tempat luka.

    1. Elakkan perkara yang boleh mengganggu luka 

    Dalam tempoh 24 jam pertama, pastikan anda tidak melakukan perkara yang boleh mengganggu luka seperti berikut:

    • Merokok
    • Berkumur
    • Meludah berulang kali
    • Minum menggunakan penyedut minuman. 

    Tindakan tersebut boleh mengganggu darah beku yang terbentuk dan meningkatkan risiko jangkitan pada kawasan luka.

    1. Tidur dalam posisi sesuai 

    Semasa tidur, gunakan bantal tambahan untuk keselesaan bahagian kepala. Ini membantu mengurangkan bengkak dan pendarahan ringan. 

    Penjagaan yang betul selepas cabut gigi boleh mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan rasa sakit berpanjangan. 

    Jika anda mengalami pendarahan berlebihan atau tanda jangkitan seperti demam, segera dapatkan rawatan untuk pemeriksaan lanjut. – RELEVAN

    Previous ArticleElak makanan ini jika sedang haus
    Next Article Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.