Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 individu paling kaya di dunia

    10 individu paling kaya di dunia

    By Umi FatehahJanuary 30, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    10 individu paling kaya di dunia

    SETIAP tahun, senarai individu paling kaya di dunia sering berubah mengikut prestasi pasaran saham global, perkembangan teknologi dan kekuatan ekonomi dunia.

    Namun satu perkara yang konsisten ialah dominasi sektor teknologi, e-dagang dan perisian dalam membentuk kekayaan luar biasa.

    Majoriti tokoh dalam senarai ini membina empayar mereka melalui pegangan saham besar dalam syarikat yang mereka asaskan sendiri. Kekayaan mereka bukan sekadar wang tunai tetapi datang daripada nilai pasaran syarikat yang terus melonjak.

    Berikut ialah 10 individu paling kaya di dunia berdasarkan perkongsian Investopedia.

    1. Elon Musk

    Elon MuskKekayaan bersih: AS$619 bilion (kira-kira RM2.43 trilion)

    Elon Musk bukan sekadar CEO Tesla, beliau juga individu di belakang SpaceX, Neuralink dan beberapa syarikat berteknologi tinggi lain.

    Kekayaan besarnya banyak disumbangkan oleh pegangan 12 peratus dalam Tesla (kira-kira RM731 bilion) dan 42 peratus dalam SpaceX (kira-kira RM1.25 trilion).

    Musk dikenali sebagai figura berisiko tinggi yang berani melabur dalam teknologi masa depan seperti kecerdasan buatan, kenderaan elektrik dan penerokaan angkasa lepas. Lonjakan nilai saham Tesla dan SpaceX menjadi pemacu utama kekayaannya.

    2. Larry Page

    Larry Page
    Larry Page

    Kekayaan bersih: AS$269 bilion (kira-kiraRM1.06 trilion)

    Larry Page ialah pengasas bersama Google yang kini berada di bawah syarikat induk Alphabet. Pegangan enam peratus beliau dalam Alphabet bernilai sekitar RM959 bilion.

    Walaupun kini kurang tampil di khalayak ramai, Page kekal sebagai tokoh penting dalam inovasi teknologi enjin carian, pengiklanan digital dan kecerdasan buatan.

    3. Jeff Bezos

    Jeff Bezos

    Kekayaan bersih: AS$253 bilion (kira-kira RM995 bilion)

    Jeff Bezos mengasaskan Amazon daripada sebuah kedai buku dalam talian kecil sehingga menjadi gergasi e-dagang dunia. Pegangan 8.3 peratus beliau dalam Amazon bernilai kira-kira RM802 bilion.

    Selain itu, beliau memiliki syarikat angkasa lepas Blue Origin dan akhbar The Washington Post. Kekayaannya mencerminkan kejayaan model perniagaan e-dagang global.

    4. Sergey Brin

    Sergey Brin

    Kekayaan bersih: AS$250 bilion (kira-kira RM983 bilion)

    Rakan pengasas Google bersama Larry Page, Sergey Brin juga memiliki enam peratus saham Alphabet bernilai sekitar RM883 bilion. Brin banyak terlibat dalam pembangunan projek berasaskan kecerdasan buatan dan teknologi masa depan.

    5. Larry Ellison

    Larry Ellison

    Kekayaan bersih: AS$247 bilion (kira-kira RM971 bilion)

    Pengasas Oracle ini memegang 40 peratus saham syarikat perisian tersebut yang bernilai sekitar RM755 bilion. Oracle merupakan antara peneraju dalam perisian pangkalan data dan sistem korporat global.

    Ellison juga mempunyai pegangan saham Tesla dan pelaburan besar lain yang mengukuhkan kedudukannya dalam senarai ini.

    6. Mark Zuckerberg

    Mark Zuckerberg

    Kekayaan bersih: AS$233 bilion (kira-kira RM915 bilion)

    Pengasas Facebook (kini Meta Platforms), Zuckerberg memegang 13 peratus saham Meta bernilai sekitar RM889 bilion. Meta kini memfokuskan kepada pembangunan realiti maya dan kecerdasan buatan.

    Walaupun berdepan cabaran regulasi dan persaingan media sosial, nilai Meta masih menjadi sumber utama kekayaan beliau.

    7. Bernard Arnault

    Bernard Arnault

    Kekayaan bersih: AS$208 bilion (kira-kira RM818 bilion)

    Berbeza daripada dominasi teknologi, Bernard Arnault membina kekayaannya melalui industri barangan mewah. Sebagai CEO LVMH, beliau menguasai jenama seperti Louis Vuitton, Dior dan Moët.

    Pegangan 48 peratus beliau dalam LVMH bernilai sekitar RM715 bilion, menjadikannya individu paling kaya dari Eropah dalam senarai ini.

    8. Steve Ballmer

    Steve Ballmer

    Kekayaan bersih: AS$168 bilion (kira-kira RM660 bilion)

    Bekas CEO Microsoft ini memiliki kira-kira 4 peratus saham Microsoft, bernilai sekitar RM605 bilion. Walaupun telah meninggalkan jawatan CEO, saham Microsoft yang terus meningkat mengekalkan kekayaan beliau.

    Ballmer juga memiliki pasukan NBA Los Angeles Clippers.

    9. Jensen Huang

    Jensen Huang

    Kekayaan bersih: AS$154 bilion (kira-kira RM605 bilion)

    Sebagai CEO NVIDIA, Huang menjadi antara individu paling mendapat manfaat daripada ledakan industri kecerdasan buatan. NVIDIA kini peneraju dalam cip pemprosesan AI dan grafik.

    Pegangan 3.3 peratus beliau dalam NVIDIA bernilai sekitar RM593 bilion.

    10. Warren Buffett

    Warren Buffett

    Kekayaan bersih: AS$150 bilion (kira-kira RM590 bilion)

    Dikenali sebagai Oracle of Omaha, Buffett ialah CEO Berkshire Hathaway. Pegangan 36.4 peratus beliau dalam syarikat pelaburan itu bernilai sekitar RM586 bilion.

    Berbeza daripada usahawan teknologi lain, kekayaan Buffett dibina melalui pelaburan jangka panjang dalam syarikat kukuh seperti Apple, Coca-Cola dan American Express. – RELEVAN

    Previous ArticleRambutku gugur…
    Next Article Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.