KU SYAFIQ KU FOZI

MENURUT dokumen Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 yang dihasilkan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN), 84 peratus rakyat Malaysia mengakui mereka menyimpan tetapi terpaksa mengeluarkan semua simpanan pada hujung bulan untuk menampung keperluan harian. Malah, kira-kira 20 peratus orang dewasa yang bekerja di Malaysia tidak membuat simpanan dalam tempoh enam bulan sebelumnya. Ini hanya sebahagian daripada bukti krisis kecelikan kewangan di negara ini. Orang yang tidak celik kewangan akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan peribadi, seterusnya menjerumuskan mereka dalam pelbagai masalah kewangan seawal usia muda. Sehubungan itu, usaha untuk mencelikkan rakyat Malaysia tentang pengurusan kewangan peribadi perlu diteruskan dan disambut pihak-pihak berkepentingan.…

Read More

KITA akui realiti, bukan semua orang mampu mendapatkan peralatan terbaik untuk fotografi hidupan liar, terutamanya pada usia muda. Namun, jangan risau. Menurut jurugambar hidupan liar, Izereen Mukri dan Hafiz Yazid, peralatan bukanlah segala-galanya. Malah, anda tidak perlu terus masuk ke hutan untuk mendapatkan gambar. “Hidupan liar ada di sekeliling kita. Paling mudah, lalat. Lalat ada bermacam-macam warna, dari mata sampai tubuhnya. Begitu juga nyamuk, belalang, mulakan dengan itu. Kamera telefon pun dah ada banyak fungsi. “Mulakan dengan yang kecil-kecil. Selepas itu boleh ambil gambar rama-rama dan sebagainya, selepas itu baru masuk ke hutan,” kata Izereen.  ARTIKEL BERKAITAN: Merakam dan mengenal…

Read More

KITA sedang berada dalam dunia yang sengit persaingannya dan luas jurang kekayaannya. Laporan Oxfam International pada Januari lalu menunjukkan 63 peratus kekayaan dunia yang dicipta sejak Disember 2019 hingga Disember 2021 dimiliki golongan satu peratus paling kaya dalam dunia. Ini meninggalkan hanya 27 peratus kekayaan untuk dikongsi 99 peratus populasi dunia yang lain. Orang miskin dan sederhana bergaduh sesama sendiri untuk merebut pendapatan yang hanya cukup untuk menampung keperluan asas dan sedikit aktiviti kehendak yang lain. Sebab itu, tekanan kewangan menjadi semakin normal. Baik bagi mereka yang tiada wang untuk makan hari ini, untuk simpanan masa hadapan atau sekadar persepsi…

Read More

BAGI Mohamad Izereen Amat Mukri, 32, kisahnya bermula apabila dia kerap menonton saluran televisyen bertemakan hidupan liar, seperti National Geographic dan Discovery Channel. Dari situ minatnya terhadap hidupan liar tumbuh. Ia dimekarkan lagi dengan majalah-majalah antarabangsa yang dibacanya di sekolah menengah seperti Reader’s Digest. Minatnya terhadap alam sekitar dan hidupan liar menumbuh sehingga dia melanjutkan pelajaran dalam bidang ekologi. Untuk Izereen, minat terhadap hidupan liar yang datang dahulu. Berbeza dengan Muhammad Hafiz Mohd. Yazid, 32, minat terhadap fotografi yang timbul. Puncanya ringkas, sebab kecewa pada gambar yang diambilnya untuk rakan. “Saya suka daki bukit dahulu dan pada awalnya, saya tak…

Read More

DALAM bidang bahasa pun kadang-kadang timbul kontroversi yang menjadi perbahasan orang ramai. Antara kontroversi yang berlanjutan lama adalah tentang peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi”. Ada pihak yang mendakwa, perkataan sebenar dalam peribahasa itu ialah pegar, bukan pagar. Pegar merupakan spesies burung yang lebih dikenali sebagai ayam pegar. Menurut Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, ia merupakan burung bersaiz sederhana yang boleh ditemui berhampiran kawasan sungai di hutan tanah pamah. Burung yang nama saintifiknya Lophura ignita/rufa ini tergolong dalam keluarga Phasianidae. Ia dikategorikan sebagai hampir terancam (NT) dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN). Menurut maklumat yang…

Read More

SERAMAI 144,911 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditawarkan tempat melanjutkan pengajian di universiti awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2023/2024. Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan pada 7 Julai berkata, jumlah tersebut merupakan 60.9 peratus daripada 239,609 permohonan yang diterima melalui UPUOnline. Jumlah permohonan tersebut meningkat sebanyak 2,448 (1.03 peratus) berbanding 237,161 permohonan yang diterima pada sesi sebelumnya. “Sebanyak 500 program pengajian telah ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 143 Sijil, 47 Asasi, 309 Diploma dan satu Ijazah Sarjana Muda,” katanya. Menurut jabatan itu, daripada jumlah keseluruhan yang…

Read More

BANK Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus. Menurut bank pusat itu, pada tahap OPR tersebut, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi. Malah, katanya, MPC juga menilai bahawa risiko ketidaseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad. “MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. “MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya dalam kenyataan pada 6 Jun. Ekonomi berkembang…

Read More

AKTIVITI berjalan cergas (brisk walking) merupakan senaman ringan yang mudah untuk dilakukan, baik dari segi lokasi, masa atau intensiti. Ia cocok untuk mereka yang pekerjaannya tidak melibatkan banyak pergerakan. Untuk mengelakkan gaya hidup sedentari, jadikan berjalan sebagai senaman. Walaupun aktivitinya ringan (boleh juga ditingkatkan menjadi sederhana), banyak manfaat kesihatan yang dapat diperoleh daripada aktiviti ini. Merujuk Healthline, Relevan senaraikan enam manfaat kesihatan aktiviti berjalan cergas. Mengurangkan berat badan Dengan berjalan cergas, anda dapat mengurangkan berat badan berlebihan pada tubuh. Aktiviti ini membantu anda membakar kalori tetapi bukan itu sahaja. Pengurangan kalori (baik melalui pembakaran atau pengurangan pengambilan) juga boleh menyebabkan anda…

Read More

KALAU anda sering kehabisan duit di hujung bulan, ada dua sebab utama ia berlaku: anda punya pendapatan yang rendah atau anda sering terlebih belanja. Hal pendapatan kita bincang di artikel lain tapi dalam artikel ini, Relevan mahu senaraikan punca utama kita sering terlebih belanja. Terlebih belanja ini bahaya. Kadang-kadang pada awal bulan, waktu baki akaun bank ada berangka-angka, kita sering lalai dalam berbelanja. Akhirnya pada hujung bulan, barulah datang rasa menyesal. Jadi, untuk mengelakkan ia sering berlaku, kita ambil tahu dahulu punca-punca utamanya. Selepas tahu punca, baru boleh mula ambil tindakan. Senarai ini seperti yang dikongsi portal Current. Awasi sebab-sebab yang…

Read More

KESIBUKAN hidup sering menjadi penghalang untuk kita menjadi lebih aktif menjaga kesihatan. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja untuk menampung kehidupan, kalau kerja itu tidak melibatkan aktiviti fizikal yang banyak, tubuh memang tidak aktif dan sihat. Gaya hidup sedentari atau tidak aktif boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan. Obesiti, penyakit jantung dan kolesterol tinggi – ini antara bahana yang menanti jika tubuh anda tidak aktif. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengaktifkan tubuh. Jadual yang sibuk bukan alasan jika kita tahu aktiviti ringkas bermanfaat yang boleh dilakukan untuk kesihatan.  Antara yang mudah untuk dilakukan ialah berjalan…

Read More