Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 pembedahan plastik paling berisiko, berbahaya dan mengundang penyesalan

    4 pembedahan plastik paling berisiko, berbahaya dan mengundang penyesalan

    By November 12, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEMBEDAHAN plastik perlu dijalankan oleh pakar supaya risiko komplikasi dapat diminimumkan. - GAMBAR HIASAN/PIRON GUILLAUME

    BAGI sesetengah orang, kemajuan teknologi perubatan estetik seperti pembedahan plastik ialah keajaiban yang patut diraikan.

    Secara perubatan, ia membantu mangsa perang, jenayah dan kemalangan. Seperti tokoh pendidikan, Malala Yousafzai yang menjalani pembedahan pembentukan semula tengkorak selepas ditembak di muka atau Richard Lee Norris yang menjalani pembedahan pemindahan muka selepas mengalami kecederaan sama.

    Secara kosmetik juga, ada yang mendapat manfaat walaupun ia tidak dibenarkan dalam agama tertentu, termasuk Islam.

    Namun, tidak kurang juga yang menyesal seumur hidup kerana hasil pembedahan tidak seperti yang diangankan atau menderita komplikasi serius.

    Ramai yang salah faham bahawa pembedahan plastik melibatkan penggunaan plastik untuk mengubah suai tubuh seseorang.

    Sebenarnya, perkataan plastik yang digunakan dalam frasa tersebut bukan bermaksud bahan plastik, sebaliknya berasal daripada perkataan Yunani iaitu plastikos, yang bermaksud membentuk sesuatu.

    Maka, apa-apa pembedahan yang bertujuan membentuk tubuh seseorang ialah pembedahan plastik.

    Relevan kongsikan kepada anda empat jenis pembedahan plastik yang paling berisiko dan membawa kemungkinan komplikasi serius.

    • Membesarkan punggung

    Pembedahan pembesaran punggung atau dipanggil Brazilian butt lifts (BBL) adalah antara pembedahan plastik paling popular. 

    Menurut pakar bedah plastik Amerika Syarikat (AS), Dr. T.Y. Steven Ip, kebiasaannya pembedahan dibuat dengan mengambil lemak dari bahagian tubuh lain untuk disuntik ke bahagian punggung.

    “Namun, jika individu tersebut terlalu kurus, mereka akan menggunakan pengisi (filler) atau implan,” katanya.

    Kata beliau, penggunaan pengisi seperti silikon adalah berbahaya kerana bahan tersebut boleh berpindah dan melarut resap ke anggota badan yang lain.

    Tambahan lagi, prosedur BBL banyak dilakukan individu tanpa kelayakan dan bahan pengisi juga banyak yang palsu. Kata Dr. Ip, sama ada menggunakan lemak atau silikon, risiko terbesar prosedur BBL ialah cara suntikan dilakukan.

    “Terdapat pembuluh darah utama yang terletak dalam di kawasan berotot punggung dan jika bahagian itu yang mahu disuntik serta dibesarkan, sering kali suntikan boleh masuk terlalu dalam lalu merosakkan urat,” katanya.

    Kesannya, lemak atau pengisi boleh masuk ke dalam aliran darah dan sistem peredaran darah, berpotensi menyebabkan embolisme pulmonari yang boleh membawa maut.

    • Mengempiskan perut

    Pembedahan mengempiskan perut atau abdominoplasty kelihatan ringkas tetapi sebenarnya membawa risiko darah beku.

    Menurut Dr. Ip, dalam proses pemulihan daripada prosedur mengempiskan perut, pesakit tidak boleh banyak bergerak.

    “Anda tidak mahu bangun dan bergerak terlalu kerap, maka darah tidak beredar (dan membeku). Apabila ia mula beredar, darah beku boleh masuk ke paru-paru,” katanya.

    Kata Dr. Ip, risiko prosedur yang juga dikenali sebagai tummy tuck itu lebih besar pada pesakit yang lebih tua, mengambil hormon, mempunyai sejarah kanser, pernah menjalani pembedahan dan mempunyai berat badan berlebihan.

    • Buang lemak

    Prosedur membuang lemak sangat berkesan untuk individu yang mahu mengurangkan berat badan secara drastik tetapi ia juga datang dengan risikonya tersendiri.

    Jelas Dr. Ip, prosedur liposuction boleh menyebabkan perubahan cecair dalam badan, seterusnya mengakibatkan dehidrasi dan kemungkinan renjatan hipovolemia (renjatan pada badan akibat kekurangan darah yang beredar).

    Malah, bergantung kepada kaedah prosedur itu dijalankan, ia juga membawa risiko kehilangan darah.

    “Apabila digabungkan dengan prosedur lain, seperti pengubahsuaian muka (facelift) dan mengempiskan perut, ia berbahaya kerana jumlah masa (pesakit menjalani prosedur),” jelasnya.

    • Suntikan silikon pada muka

    Menurut pakar bedah dari New York, Dr. David Shafer, prosedur suntikan cecair silikon pada muka banyak dijalankan individu bukan pakar bedah plastik, malah mereka yang tidak mempunyai latihan perubatan langsung.

    Pembedahan tersebut sangat berisiko, sehingga boleh menyebabkan kecacatan kekal. Jika berlaku komplikasi, proses membuang cecair silikon juga memerlukan pembedahan lain, yang turut membawa risiko tersendiri.

    “Cecair silikon boleh menyebabkan tindak balas tubuh yang asing, gumpalan dan jangkitan,” katanya. – RELEVAN

    artikel pilihan featured kesihatan pembedahan plastik perubatan estetik
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.