Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 cara atasi sikap suka bertangguh

    5 cara atasi sikap suka bertangguh

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 14, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JANGAN terlalu dilayan sikap suka bertangguh, cari jalan untuk atasi. - GAMBAR HIASAN/NUBELSON FERNANDES (Unsplash)

    SIAPA di sini boleh jamin, dia tidak pernah bertangguh membuat kerja walau sekali seumur hidup?

    Yang sanggup jamin, keyakinan anda sangat tinggi. 

    Sebab hampir semua orang pernah bertangguh. Dari kerja rumah, kerja sekolah, tugasan universiti atau tanggungjawab di pejabat; pasti ada salah satu yang pernah kita tangguhkan.

    Tak ada masalah pun sebenarnya sebab ia normal. Penulis buku Solving the Procrastination Puzzle, Tim Pychyl kata: “ia sepenuhnya visceral, tindak balas emosi terhadap sesuatu yang kita tak mahu buat”.

    Maknanya, tindakan menangguhkan sesuatu itu semula jadi. Bukan sepanjang masa kita mahu buat sesuatu, maka apabila tidak mahu, kita cenderung menangguhkannya.

    Yang menjadi masalah, apabila bertangguh menjadi budaya dan sikap. Semua hal kita mahu bertangguh sampai kerja jadi bertimbun, barulah menggelabah nak selesaikan.

    Sikap ini yang perlu diatasi, terutamanya dalam konteks pekerjaan. Pekerja yang suka bertangguh sering membawa masalah kepada syarikat dan orang atasan.

    Bukan sahaja ada potensi kerja tak siap, malah kerja yang dilakukan secara tergesa-gesa pada minit akhir selalu rendah kualiti.

    Maka, dengan merujuk artikel oleh penulis, Chris Bailey dalam Harvard Business Review (HBR), Relevan kongsikan lima cara untuk anda atasi sikap suka bertangguh.

    • Balikkan pemicu 

    Sikap bertangguh mempunyai pemicunya tersendiri. Pychyl berpendapat, terdapat tujuh pemicu bertangguh iaitu bosan, mengecewakan, sukar, kabur, tidak berstruktur, tidak memberi ganjaran dalaman dan kurang makna peribadi.

    Jika tugasan atau kerja anda ada mana-mana pemicu ini, anda cenderung menangguhkannya.

    Maka, untuk mengatasi sikap bertangguh, kenal pasti pemicu yang ada dalam tugasan anda. Selepas kenal pasti, cuba pendekatan yang berbeza terhadap tugasan tersebut.

    Contohnya, jika tugasan itu membosankan, cipta permainan menarik yang boleh buat anda bersemangat mahu selesaikannya. Jika tugasan itu kabur, buat alir kerja yang jelas untuk menyelesaikannya.

    • Ketahui tahap rintangan

    Anda menangguhkan sesuatu tugasan kerana rintangan. Contohnya, anda susah nak mula lipat baju sebab perlu duduk dalam tempoh 30 minit ke atas untuk menyelesaikannya.

    Rintangannya ialah duduk selama 30 minit. Untuk mengatasinya, pendekkan tempoh tersebut. Pecahkan tugasan itu kepada tiga bahagian.

    Lipat baju 10 minit, kemudian buat kerja lain. Selesai kerja lain, sambung semula lipat baju lagi 10 minit. Begitulah seterusnya sehingga baju selesai dilipat.

    Begitu juga untuk kerja di pejabat. Kenal pasti rintangan dan cari jalan untuk mengatasinya.

    • Mula dulu

    Yang paling susah untuk dibuat ialah memulakan satu-satu tugasan. Sebenarnya kerja itu tak susah pun tapi nak mula buat itu yang susah nauzubillah.

    Dalam psikologi, ada keadaan yang dinamakan sebagai kesan Zeigarnik. Menurut kesan itu, apa-apa tugasan yang tidak diselesaikan lebih mudah diingati berbanding tugasan yang sudah selesai.

    Dalam mengaitkannya dengan sikap bertangguh, Bailey memberi analogi seperti lagu yang sedap didengar. Kalau anda dengar lagu itu separuh sahaja, ia akan mengganggu fikiran sampai ke sudah.

    Begitu juga dengan tugasan. Kalau anda dah mula buat tapi tak berjaya habiskan, ia akan mengganggu fikiran dan menimbulkan desakan untuk diselesaikan.

    Oleh itu, kalau mahu paksa diri selesaikan apa-apa tugasan, buat sahaja apa-apa benda untuk mulakannya, walaupun anda tahu tak akan selesai cepat. Selepas itu, biar kesan Zeigarnik datang merasuk dan memaksa anda menyelesaikannya.

    • Senarai balasan

    Kadang-kadang, kita ambil ringan kesan menangguhkan sesuatu tugasan. Berbeza kalau semua kesan dan balasan akibat penangguhan itu dibentang di depan mata.

    Maka, untuk melawan sikap suka bertangguh, senaraikan semua kesan yang perlu dihadapi jika anda menangguhkan sesuatu tugasan.

    Dimarahi bos, dibenci rakan sekerja, kerja akan berlonggok: letak semuanya dalam satu senarai balasan yang menggerunkan hati. Biar jiwa menggigil, saraf bergetar melihatnya. Waktu itu baru otak laju merangka strategi menyelesaikan tugas.

    • Putuskan gangguan

    Dalam dunia serba canggih hari ini, banyak gangguan yang ada. Ya, saya bercakap tentang telefon bimbit di tangan anda.

    Waktu nak buat kerjalah kita sibuk menatal kisah penyanyi nak jual banglo, pempengaruh kononnya terkena penyakit ain dan video lawak selebriti transgender. Buat kerja 10 minit, tatal telefon sejam. Bila kerja nak selesai?

    Maka, tindakan paling drastik yang boleh diambil ialah memutuskan hubungan intim anda bersama telefon serta-merta. Karang ucapan perpisahan, kurung telefon dalam bilik sebelah.

    Bukanlah bermakna anda tak boleh guna telefon dah, cuma jauhi gangguan itu sementara nak siapkan semua kerja. – RELEVAN

    Previous Article7 rawatan jeragat, boleh juga guna bahan semula jadi
    Next Article Merungkai mitos diabetes dan salah faham masyarakat

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.