Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Satu dunia kurang percaya pada ahli politik

    Satu dunia kurang percaya pada ahli politik

    By November 3, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AHLI politik merupakan pekerjaan paling kurang dipercayai di seluruh dunia. - GAMBAR HIASAN/ANNIE SPRATT (Unsplash)

    PEKERJAAN  sebagai ahli politik adalah yang paling kurang dipercayai di seluruh dunia, menurut tinjauan yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan pasaran, Ipsos.

    Tinjauan bertajuk Kepercayaan Terhadap Pekerjaan itu mendapati, pekerjaan sebagai ahli politik secara am hanya mendapat 20 peratus kepercayaan di Malaysia dan 14 peratus di seluruh dunia.

    Ini menjadikan pekerjaan sebagai ahli politik menduduki tempat yang lebih rendah berbanding eksekutif pengiklanan dan menteri kerajaan yang turut berada dalam tiga tangga terbawah.

    GRAFIK OLEH IPSOS

    Sementara itu, doktor merupakan pekerjaan yang paling dipercayai di Malaysia dan dunia, masing-masing dengan mata 58 peratus.

    Di peringkat dunia, saintis menduduki tempat kedua dengan 57 peratus manakala di Malaysia kerjaya tersebut berada di tangga ketiga, berkongsi mata 49 peratus dengan angkatan tentera.

    Yang mendapat tempat kedua di Malaysia ialah guru dengan 58 peratus, sementara purata global meletakkan kerjaya itu di tempat ketiga dengan 53 peratus.

    Pengurus Penyelidikan Kanan Hal Ehwal Awam Ipsos, Azamat Ababakirov berkata, golongan doktor di Malaysia terus mendapat tahap kepercayaan yang tinggi dua tahun selepas pandemik Covid-19.

    Kata beliau, pekerjaan guru, saintis dan angkatan tentera juga menerima kepercayaan tinggi dan senarai pekerjaan paling dipercayai di Malaysia kekal tidak berubah dalam tempoh dua tahun.

    “Bagaimanapun, tahap kepercayaan keseluruhan dalam pekerjaan berbeza menurun secara signifikan sejak Oktober 2021, ketika fasa akhir sekatan pergerakan.

    “Tahap kepercayaan yang tinggi pada awal 2021 menunjukkan peningkatan interaksi antara rakyat Malaysia dengan sistem kesihatan dan susunan pembelajaran dalam talian dengan sekolah ketika pandemik,” katanya.

    Penyelidikan Kepercayaan Terhadap Pekerjaan dibuat berdasarkan Indeks Kebolehpercayaan Global 2023 yang melibatkan 22,816 peserta dari 31 buah negara.

    Peserta dari Malaysia adalah seramai 500 orang dan mereka ditemu bual secara dalam talian pada 26 Mei sehingga 9 Jun 2023.

    Menurut Ipsos, sampel dalam talian dari Brazil, Chile, Colombia, Indonesia, Malaysia, Mexico, Peru, Romania, Singapura, Afrika Selatan, Thailand dan Turkiye adalah lebih urban, terpelajar dan/atau mewah daripada populasi am.

    Di samping itu, enam lagi pekerjaan yang menduduki 10 tempat teratas di Malaysia ialah hakim (43 peratus), pegawai bank (41 peratus), polis (37 peratus), pembaca berita televisyen (37 peratus), peninjau pendapat awam (37 peratus) dan lelaki/perempuan biasa (36 peratus).

    GRAFIK OLEH IPSOS

    Pekerjaan yang paling tidak dipercayai di Malaysia selepas ahli politik, eksekutif pengiklanan dan menteri kerajaan pula ialah wartawan (27 peratus), agamawan (29 peratus), penjawat awam (30 peratus), pemimpin perniagaan (31 peratus) dan peguam (36 peratus). – RELEVAN

    featured Ipsos kerjaya pekerjaan penyelidikan
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.