KU SYAFIQ KU FOZI

GELOMBANG Arab Spring di negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara bermula dengan kesukaran ekonomi. Seorang penjaja jalanan di Tunisia, Mohamed Bouazizi tertekan untuk menyara keluarga apabila jualannya sering dirampas penguasa. Penguasanya korup, pemuda itu dipaksa untuk memberikan rasuah tetapi Bouazizi tak mahu. Laporannya tentang salah laku itu pula tidak dipeduli, membuatkan dia mengambil keputusan untuk membakar diri di hadapan pejabat pihak berkuasa tempatan. Api kecewa Bouazizi tersebar ke seluruh negara, mencetuskan Revolusi Jasmin seterusnya menamatkan pemerintahan Presiden Zainal Abidin Ali. Ia kemudiannya terus marak sehingga membakar benua, melahirkan siri perjuangan demokrasi terbesar pada dekad 2010-an. Ini bukan hasutan. Memetik kawan…

Read More

MENULIS merupakan kerja yang relevan sepanjang zaman.  Selama ribuan tahun, manusia menulis untuk menyampaikan maklumat, idea dan merakam sejarah. Kini, pelbagai kerjaya dikhususkan untuk mereka yang menulis. Kerjaya sebagai penulis boleh menjanjikan kestabilan kerana permintaan terhadap penulisan sentiasa wujud. Baik sebagai wartawan, penulis karya kreatif mahupun penulis kandungan, jika anda menulis dengan baik, akan ada rezeki yang hadir untuk setiap kata yang ditulis. Persoalannya, bagaimana mahu menulis dengan baik? Seorang Bapak bernama Samad Abdul Samad Muhammad Said lahir di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka pada 9 April 1935. Lebih dikenali sebagai A. Samad Said, beliau menerima Anugerah Sastera Negara…

Read More

RIMA dalam, rima luar. Ini teknik lazim dalam sastera. Tapi rima Salleh: “Daraku darahku debar diriku dengan bahasa tak bersopan santun aku sahkan deras darah degilmu” Tak kisah luar atau dalam, asal maknanya tepat dan bunyinya sedap. Begitulah istimewanya Salleh Ben Joned dalam penulisan sajak. Pasti ada penyajak lain yang boleh menghasilkan baris sesedap di atas – malah mungkin lebih – tetapi Salleh istimewa pada ketelusan katanya, yang kalau diselak boleh bertemu kejujuran kasih, marah atau berahinya. Tak ramai yang boleh menulis begitu, malah lebih tak ramai yang berani menulis begitu. Perasaan dirakam lalu disebar dalam bentuk kata. Kudus…

Read More

PENULIS Relevan memilih untuk menulis tentang kesihatan mental, maka saya sambut dalam anekdot ini. Tapi, saya cuba ambik rujukan jalanan; bukan pakar atau profesor, sebaliknya manusia biasa yang mencatat kembara jiwanya. Bukan menolak kepakaran, cuma mahu cari jalan berbeza. Lagipun, catatan jalanan yang tidak dikongkong sijil akademik lebih mentah dan telus. Saya suka. Tak semua pakar pernah merasa jiwa terbeban dengan gumpalan hitam yang menjengkelkan. Antara manusia yang konsisten buat mata saya mencerlang kagum ketika berbual ialah arwah Meor Yusof Aziddin. Orang kenal dia dengan nama Meor Pesta Jiwa atau Meor Busker (ingat dulu ada lelaki yang busking di stesen…

Read More

LIMA tahun lalu, kajian oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan bahawa Malaysia menghadap dua beban dari sudut kesihatan, iaitu kebantutan dan obesiti kanak-kanak. Data ketika itu, 20.7 peratus kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah mengalami kebantutan dan 12.7 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 19 tahun tergolong dalam kategori obesiti. Dapatan UNICEF, keadaan itu berlaku disebabkan kanak-kanak di Malaysia tidak makan atau tidak cukup makan makanan yang betul. Istilahnya tepatnya: malnutrisi. Malah, masalah malnutrisi dan pemakanan bukan hanya melibatkan kanak-kanak di Malaysia. Orang dewasa juga berhadapan masalah sama sehingga Malaysia menjadi antara negara paling ramai penghidap obesiti di Asia…

Read More

JAMAL kerja bawa bas. Selain itu, dia juga jual jajan untuk anak-anak sekolah. Anak perempuannya degil dan lantang. Suka menjawab. Setiap hari anaknya akan ambil segenggam jajan untuk diberi percuma kepada kawan-kawan. Jamal marah. Dia kata, jangan diajar membagi kepada kawan-kawan. Anaknya betah. Dia percaya bahawa “tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima”. Dia mahu terus memberi sebab mahu jadi orang yang lebih baik. ARTIKEL BERKAITAN: Hidup untuk tumbuh atau cukup? Dia menolak pesan Jamal. Setiap hari tangannya penuh dengan jajan untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Sampai masa jajan dah tak ada, tangannya kosong. Kawan-kawan di sekolah yang menunggu jajan…

Read More

ADA persepsi yang menyelubungi program bantuan tunai kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan pada 2012, ada pihak yang ‘risau’ jika bantuan yang diberikan akan digunakan secara salah oleh orang miskin. Bantuan tunai oleh kerajaan berubah nama banyak kali – BR1M kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan terkini, Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Seiring perubahan namanya, persepsi ‘salah guna’ bantuan tunai pun semakin kurang didengar. Mungkin orang ramai semakin sedar kepentingan bantuan sebegitu untuk golongan sasarannya. Lebih baik lagi, bukti yang menafikan persepsi tersebut juga semakin menyerlah. Dalam…

Read More

SEPERTI yang dijelaskan dalam artikel sebelum ini, belanjawan negara ada dua komponen: pendapatan dan perbelanjaan. Dalam dokumen belanjawan, komponen perbelanjaan menjelaskan ke mana wang kerajaan akan dibelanjakan.  Seperti seorang manusia, ada wang yang dibelanjakan untuk pengurusan hidup: bayar bil, belanja makan, tabungan kecemasan dan sebagainya. Ada pula untuk pembangunan hidup: yuran kelas peningkatan kemahiran, pembelian gajet dan simpanan percutian. Belanjawan negara juga mengkategorikan dua jenis perbelanjaan, iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Untuk Belanjawan 2025, jumlah wang yang dibelanjakan diunjur sebanyak RM421 bilion. Berikut merupakan perincian perbelanjaan untuk kedua-dua komponen – mengurus dan pembangunan. Maklumat dalam artikel ini diperolehi daripada…

Read More

HAKIKAT ini perlu diterima ramai: gaji pekerja di Malaysia adalah rendah dan bermasalah. Apa-apa bacaan dan kajian tentang gaji di Malaysia akan mengarah kepada kesimpulan tersebut. Secara umum, agihan gaji dan upah di Malaysia perlukan banyak pembetulan. Mungkin ada sesetengah pihak yang melihat keadaan dirinya baik sebab gaji yang diterima tinggi serta selesa untuk menjalani kehidupan. Tetapi ia anekdotal – mungkin baik pada dia secara individu tetapi secara keseluruhannya, banyak masalah berlaku. Impak besar gaji Gaji merupakan sumber pendapatan utama pekerja di Malaysia. Tinggi-rendah gaji menentukan kualiti kehidupan dan kualiti kehidupan rakyat akan mempengaruhi pelbagai hal lain, termasuk pembangunan ekonomi…

Read More

KEWANGAN negara tidak sepatutnya dilihat seperti kewangan peribadi seorang manusia, ia berpotensi mewujudkan salah faham. Namun, demi memudahkan kefahaman anda yang asing dengan ilmu ekonomi atau kewangan, kita ambil seorang manusia sebagai analogi kepada negara yang baru selesai membentangkan belanjawannya. Untuk menghasilkan sebuah belanjawan tahunan, seseorang perlu membuat anggaran pendapatannya sepanjang tahun dan bagaimana mahu membelanjakan hasil pendapatan tersebut.  Begitu juga negara. Belanjawan, secara asasnya, dibentuk oleh dua komponen utama, iaitu pendapatan dan perbelanjaan. Sebab itu dalam laporan-laporan tentang belanjawan, biasanya akan ada dua carta pai besar. Seperti contoh laporan Utusan Malaysia di bawah, ada komponen “dari mana datangnya” dan…

Read More