Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Buat baik wajib berpada, baru jasa ada harga

    Buat baik wajib berpada, baru jasa ada harga

    By October 23, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BERSEDERHANA dalam semua hal, termasuk dalam berbuat baik. - GAMBAR HIASAN/MATIN HOSSEINI (Unsplash)

    JAMAL kerja bawa bas. Selain itu, dia juga jual jajan untuk anak-anak sekolah.

    Anak perempuannya degil dan lantang. Suka menjawab. Setiap hari anaknya akan ambil segenggam jajan untuk diberi percuma kepada kawan-kawan.

    Jamal marah. Dia kata, jangan diajar membagi kepada kawan-kawan.

    Anaknya betah. Dia percaya bahawa “tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima”. Dia mahu terus memberi sebab mahu jadi orang yang lebih baik.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hidup untuk tumbuh atau cukup?

    Dia menolak pesan Jamal. Setiap hari tangannya penuh dengan jajan untuk dikongsi dengan kawan-kawan.

    Sampai masa jajan dah tak ada, tangannya kosong. Kawan-kawan di sekolah yang menunggu jajan percuma jadi menyampah dan akhirnya menjauh.

    Tangan mana lebih baik?

    Cerita di atas bukan rekaan. 13 tahun lalu, Fynn Jamal kongsi kisah itu di blognya. Tajuknya ringkas — “bagi”.

    Pesan bapanya buat Fynn sedar bahawa tangan yang memberi tak sepenuhnya baik, lebih-lebih lagi apabila tangan kiri tahu apa yang tangan kanan beri.

    Pesan bapa Fynn supaya jangan memberi kepada kawan-kawan mungkin untuk melindungi anak perempuannya yang masih mentah memahami dunia.

    Namun, lebih penting lagi, ia juga boleh melindungi kawan-kawan di sekeliling Fynn agar tidak menjadi penerima yang bergantung harap hidupnya pada orang.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mencari nikmat yang paling padat

    Fikirkan begini: perbuatan memberi dan menerima melibatkan dua pihak. Memberi menjadikan kita manusia yang lebih baik tetapi bukankah perbuatan itu, secara automatik, membuatkan satu pihak lagi menjadi penerima; menjadi manusia yang kurang baik?

    Tetapi itu tidak bererti kita perlu berhenti menjadi pemberi – mencurahkan manfaat buat manusia lain – cuma dalam memberi perlulah berpada. Macam pesan orang tua, buat baik berpada-pada.

    Sempadan rasa

    Tiba-tiba orang bercerita tentang filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck sebab pelakon yang memeran watak Hayati, Pevita Pearce berkahwin baru-baru ini.

    Tapi ingatkah kita pada watak Zainuddin? Lelaki hopeless romantic yang wajahnya sering sugul dalam kebanyakan babak filem tersebut.

    Zainuddin terduduk menerima berita Hayati telah berkahwin sebab seluruh hatinya dilabur untuk gadis itu. Apabila Hayati berkahwin, hatinya hancur dan kosong, tiada sisa.

    Tapi datang Bang Muluk melemparkan kata-kata semangat untuk Zainuddin kembali berdiri dan memenuhi potensi.

    Dia mahu membaiki jalan fikiran. Dari Kota Padang, kelananya sampai ke Batavia (Jakarta). Di situ kerjayanya sebagai penulis berkembang mekar.

    ZAINUDDIN dan Hayati dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

    Apa yang dibuat Zainuddin ialah meletakkan sempadan emosi. Dia tak mahu lagi melabur rasa sepenuh raga pada mana-mana wanita atau perkara.

    Emosinya diletak batas supaya kecewa yang teramat boleh dielak. Tumpuan dialih kepada diri sendiri — memajukan diri agar potensi diri diisi. 

    Zainuddin akhirnya berjaya melupakan Hayati, malah menolak cinta wanita itu selepas diceraikan suami. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Tentang sunyi yang takkan hilang walau kau tak seorang

    Dalam babak popular – “kau regas segenap pucuk pengharapanku” – Zainuddin malah berani berterus terang tentang kecewanya kepada Hayati. 

    Mungkin ada yang melihat ia sebagai melempias dendam tetapi Zainuddin sebenarnya meletakkan penutup (closure) pada kekecewaan bertahunnya terhadap Hayati.

    Tindakan Zainuddin selepas dimotivasi Bang Muluk boleh dicontohi. Tidak kiralah bagaimana hancur hati dikecewa kekasih, kawan, keluarga atau takdir sekalipun, tetaplah tubuh perlu tegak berdiri meneruskan hidup.

    Di tengah mencari tenteram

    Setahun selepas menulis novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Hamka menerbitkan buku Falsafah Hidup. Secara longgar, ada jiwa Zainuddin dalam buku itu.

    Hamka memperuntukkan lebih 50 muka surat untuk menjelaskan konsep kesederhanaan. Terdapat sembilan subtopik dalam bab itu.

    Jelas Hamka, ada orang yang hidupnya untuk mengikut kehendak syahwat. Dia tiada malu dan takut pada suruhan Tuhan, segalanya ditolak tepi asal nafsu dipenuhi.

    Ada pula orang menolak terus tuntutan syahwat. Dia tidak makan sedap, tidak bergaya dengan pakaian yang cantik, malah tidak mahu berkahwin seusia hidup.

    Ada juga orang yang malas bekerja. Harinya dihabiskan dengan melepak dan berehat tanpa berusaha mencari rezeki.

    Ada orang yang bekerja tak henti sampai lupa untuk tidur, makan dan berehat. Setiap hari dia mengumpul wang, bukan membelanjakan wang.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tiada siapa yang nafsunya akan ternoktah pada satu tahap

    Ada yang terkurang dan ada yang terlebih tetapi yang terbaik, menurut Hamka, ialah mereka yang di tengah-tengah. Itu orang yang sederhana.

    Dia tidak menurut kehendak syahwat tetapi tak juga mengabaikan sepenuhnya. Mana yang diizinkan agama, dia lempiaskan. Dia mencari rezeki tetapi tidaklah seluruh hidup diabadikan untuk wang. Ada masa dia rehat dan menikmati hidup.

    Bagi Hamka, ketenteraman jiwa dapat dicapai jika kita bersederhana – bekerja dengan sederhana, hidup dengan sederhana, bergaul dengan sederhana dan menjauhi hal yang dibenci perasaan sendiri.

    Jangan dibela serigala manja

    Melalui Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Falsafah Hidup, Hamka mengajar kita untuk menjadi adil, yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    Tempat Zainuddin bukan di atas katil menangisi kegagalan cinta. Dia wajar duduk di depan mesin taip untuk menumpahkan pemikirannya dalam bentuk penulisan.

    Syahwat dan kebaikan bukan untuk ditolak penuh. Tempatnya ada di tengah-tengah yang seimbang dan sederhana.

    Begitu juga dalam berbuat baik. Ia tak perlu melulu dan berlebih-lebih sebab – ingat ini – benda yang berlebihan lazim membawa kesan buruk.

    ARTIKEL BERKAITAN: Iffah dan Syaja’ah menuju lazat yang sejati

    Fynn fikir tak mungkin ayahnya marah sebab dia ambil jajan, sedangkan ayahnya selalu berpesan, “kalau fasal makan jangan lokek, jangan berkira”.

    Dia juga fikir, tak mungkin ayahnya marah sebab beri percuma kepada kawan-kawan, sedangkan ayahnya memang suka beri gula-gula percuma kepada kanak-kanak.

    Kuncinya pada apa yang disyarah Hamka – bersederhana dan berpada-pada. Termasuk dalam memberi, jangan berlebih-lebih. Kalau tak, jasa kita tiada harga.

    “Boleh untuk membagi. Tapi jangan diajar orang keliling menjadi penerimanya. Sebab itu dalam agama sebaik-baik hadiah adalah yang tidak diketahui.

    “Sebab manusia itu serigala, sekali kau bagi jiwamu sebagai makannya, sampai bila-bila dinanti-nanti di depan pintu dengan mulut ternganga,” tulis Fynn. – RELEVAN

    featured filem Fynn Jamal Hamka moral pendidikan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.