Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Panduan memahami komponen perbelanjaan dalam Belanjawan 2025

    Panduan memahami komponen perbelanjaan dalam Belanjawan 2025

    By October 20, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERAJAAN menetapkan unjuran perbelanjaan berjumlah RM421 bilion dalam Belanjawan 2025. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SEPERTI yang dijelaskan dalam artikel sebelum ini, belanjawan negara ada dua komponen: pendapatan dan perbelanjaan.

    Dalam dokumen belanjawan, komponen perbelanjaan menjelaskan ke mana wang kerajaan akan dibelanjakan. 

    Seperti seorang manusia, ada wang yang dibelanjakan untuk pengurusan hidup: bayar bil, belanja makan, tabungan kecemasan dan sebagainya. Ada pula untuk pembangunan hidup: yuran kelas peningkatan kemahiran, pembelian gajet dan simpanan percutian.

    Belanjawan negara juga mengkategorikan dua jenis perbelanjaan, iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

    Untuk Belanjawan 2025, jumlah wang yang dibelanjakan diunjur sebanyak RM421 bilion. Berikut merupakan perincian perbelanjaan untuk kedua-dua komponen – mengurus dan pembangunan.

    Maklumat dalam artikel ini diperolehi daripada laporan Tinjauan Fiskal 2025 yang diterbitkan Kementerian Kewangan.

    Perbelanjaan mengurus

    Pada 2025, perbelanjaan mengurus dianggar berjumlah RM335 bilion, meningkat 4.2 peratus berbanding peruntukan 2024 yang disemak semula.

    Peningkatan tersebut terutamanya disebabkan peruntukan yang tinggi untuk emolumen, bayaran persaraan dan bayaran khidmat hutang. Malah, peruntukan perkhidmatan dan bekalan juga dijangka meningkat bagi memenuhi permintaan terhadap penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan.

    Perbelanjaan mengurus negara dibahagikan kepada tujuh komponen, iaitu emolumen, bayaran khidmat hutang, perkhidmatan dan bekalan, bayaran persaraan, pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri, subsidi dan bantuan sosial serta lain-lain.

    Emolumen

    Emolumen kekal sebagai komponen terbesar perbelanjaan mengurus yang menyumbang 31.6 peratus dan diunjur berkembang kepada RM105.9 bilion.

    Peningkatan tersebut, antara lain, disebabkan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula Disember ini yang melibatkan kenaikan gaji hakiki antara tujuh hingga 15 peratus secara berperingkat.

    Bayaran persaraan

    Bayaran persaraan yang menyumbang 12.1 peratus kepada perbelanjaan mengurus dijangka meningkat sebanyak 17.7 peratus kepada RM40.6 bilion.

    Daripada jumlah tersebut, RM30.3 bilion atau 74.6 peratus adalah untuk bayaran pencen manakala selebihnya untuk bayaran ganjaran dan gantian cuti rehat.

    Bayaran khidmat hutang

    Sebanyak RM54.7 bilion akan dibelanjakan untuk bayaran khidmat hutang yang mewakili 16.3 peratus daripada perbelanjaan mengurus.

    Daripada jumlah tersebut, 98.5 peratus atau RM53.9 bilion adalah untuk pinjaman domestik manakala bakinya untuk pinjaman luar pesisir.

    Subsidi dan bantuan sosial

    Sebanyak 15.7 peratus daripada perbelanjaan mengurus disediakan untuk subsidi dan bantuan sosial. Jumlah itu berkurang 14.4 peratus kepada RM52.6 bilion pada 2025.

    Pengurangan itu selaras dengan pelaksanaan program rasionalisasi subsidi elektrik dan bahan api bersasar.

    Daripada jumlah keseluruhan, 45.5 peratus disediakan untuk pelbagai bentuk bantuan sosial dan insentif bagi menyokong kumpulan rentan.

    Perkhidmatan dan bekalan

    Peruntukan perkhidmatan dan bekalan pada 2025 dianggar meningkat 3.7 peratus kepada RM40.7 bilion, meliputi 12.2 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus.

    Sebanyak 86.6 peratus daripada peruntukan itu adalah untuk bekalan bahan, perkhidmatan pembersihan dan keselamatan, pembaikan dan penyelenggaraan, perhubungan dan utiliti serta perkhidmatan lain.

    Penerima peruntukan tertinggi untuk perkhidmatan dan bekalan ialah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, terutamanya bagi operasi hospital dan sekolah.

    Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri

    Sebanyak 2.8 peratus atau RM9.3 bilion daripada perbelanjaan mengurus disediakan sebagai pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri.

    Daripada jumlah tersebut, RM7.2 bilion merupakan pemberian seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Peruntukan terbesar disediakan untuk penyelenggaraan jalan negeri. Bagi pemberian geran khas, Sabah dan Sarawak merupakan penerima utama dengan peningkatan daripada RM300 juta kepada RM600 juta.

    Perbelanjaan pembangunan

    Kategori perbelanjaan kedua ialah perbelanjaan pembangunan. Sebanyak RM86 bilion diperuntukkan pada 2025, jumlah sama seperti peruntukan 2024 yang disemak semula.

    Peruntukan tersebut dibahagikan kepada empat komponen mengikut sektor, iaitu sektor ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran am.

    Ekonomi

    Sektor ekonomi merupakan penerima perbelanjaan pembangunan terbesar dengan jumlah RM40 bilion atau 46.5 peratus.

    Ia bertujuan meningkatkan daya saing negara melalui penyediaan infrastruktur dan sokongan penting kepada pelaburan.

    Subsektor utama yang menerima peruntukan tertinggi ialah pengangkutan (RM17.6 bilion, 43.9 peratus), alam sekitar (RM3.2 bilion, 8.0 peratus) serta perdagangan dan perindustrian (RM3.1 bilion, 7.8 peratus).

    Kerajaan juga memperuntukkan RM7.1 bilion untuk memenuhi komitmen kewangan terutamanya bagi pengangkutan awam dan pembangunan hartanah.

    Sosial

    Sektor sosial menerima peruntukan sebanyak RM29.9 bilion, meningkat enam peratus berbanding 2024.

    Subsektor pendidikan dan latihan menerima peruntukan terbesar sebanyak RM15 bilion atau 50.2 peratus, diikuti subsektor kesihatan (RM6.9 bilion, 23.1 peratus) dan subsektor perumahan (RM2.3 bilion, 7.7 peratus).

    Keselamatan

    Sektor keselamatan merupakan penerima perbelanjaan pembangunan ketiga tertinggi dengan peruntukan sebanyak RM12.3 bilion.

    Daripada jumlah itu, RM8.2 bilion atau 66.7 peratus akan disalurkan untuk subsektor pertahanan manakala RM4.1 bilion atau 33.3 peratus lagi untuk subsektor keselamatan dalam negeri.

    Selain itu, kerajaan turut menyalurkan peruntukan untuk membaik pulih pusat latihan untuk menyokong pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

    Pentadbiran awam

    Baki RM3.8 bilion dalam perbelanjaan pembangunan akan disediakan untuk sektor pentadbiran awam, selaras dengan usaha berterusan kerajaan meningkatkan penyampaian perkhidmatan sektor awam.

    Peruntukan tersebut akan menyokong penambahbaikan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merentasi semua jabatan kerajaan, di samping membaik pulih dan menyelenggara bangunan serta kemudahan kerajaan. – RELEVAN

    belanjawan Belanjawan 2025 ekonomi featured kerajaan kewangan
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.