Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Misi mustahak kerajaan: Perbaiki agihan gaji

    Misi mustahak kerajaan: Perbaiki agihan gaji

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GAJI permulaan untuk graduan TVET masih rendah. - GAMBAR HIASAN/AFP

    GELOMBANG Arab Spring di negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara bermula dengan kesukaran ekonomi.

    Seorang penjaja jalanan di Tunisia, Mohamed Bouazizi tertekan untuk menyara keluarga apabila jualannya sering dirampas penguasa. Penguasanya korup, pemuda itu dipaksa untuk memberikan rasuah tetapi Bouazizi tak mahu.

    Laporannya tentang salah laku itu pula tidak dipeduli, membuatkan dia mengambil keputusan untuk membakar diri di hadapan pejabat pihak berkuasa tempatan.

    Api kecewa Bouazizi tersebar ke seluruh negara, mencetuskan Revolusi Jasmin seterusnya menamatkan pemerintahan Presiden Zainal Abidin Ali. Ia kemudiannya terus marak sehingga membakar benua, melahirkan siri perjuangan demokrasi terbesar pada dekad 2010-an.

    Ini bukan hasutan. Memetik kawan saya, Ivanatasha, awas! Ini cuma cubaan memaparkan bahaya kesenjangan ekonomi kepada sesebuah negara.

    Antara rencana penting dalam Laporan Ekonomi 2025 adalah berkaitan agihan gaji yang masalahnya dalam pelbagai spektrum. Gaji sebagai sumber pendapatan utama pekerja di Malaysia ada peranan besar.

    Agihan gaji yang tidak saksama dan sekata berkemungkinan besar menatijahkan kesenjangan pendapatan dan kesenjangan pendapatan, memetik Profesor Jayati Ghosh lima tahun lalu, ialah bom jangka yang mengancam demokrasi serta pertumbuhan ekonomi.

    Namun, jalan untuk menambah baik agihan gaji di Malaysia sangat panjang dan berselirat. Banyak faktor struktural yang menyukarkan usaha tersebut (tanpa menolak sikap majikan yang kedekut dan mementingkan kekayaan sendiri sebagai antara punca).

    Pampasan pekerja dan keuntungan pemodal yang tidak seimbang, lemahnya pengaruh kesatuan sekerja, golongan pertengahan yang dihimpit, jurang antara negeri, jurang gaji dan beberapa faktor lain antara yang disebut dalam Laporan Ekonomi 2025.

    Itu tidak termasuk isu penawaran pekerjaan mahir yang sering dibangkitkan institut penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

    Menurut Jabatan Perangkaan, pada 2023, empat bagi setiap 10 siswazah berada dalam pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan.

    Malah, peratus siswazah yang berada dalam sektor tidak formal juga meningkat, daripada 8.6 peratus pada 2013 kepada 15.8 peratus pada 2021.

    Ini, antara lain, adalah kerana jumlah kerja mahir yang dihasilkan dalam negara masih rendah – di bawah paras 25 peratus sejak 2015 hingga 2022.

    Malah, penciptaan kerja mahir baharu juga semakin menurun, daripada 49.8 peratus pada 2016 kepada 29.5 peratus pada 2022.

    Ini menyebabkan para graduan – yang ditekan hutang pendidikan dan kos sara hidup – perlu memulakan kerjaya dengan gaji permulaan yang rendah.

    Gaji permulaan yang rendah akan memberi kesan kepada kemajuan kerjaya mereka. Kadar kenaikan tahunan juga akan rendah dan masa yang diambil untuk mencapai tahap gaji mencukupi lebih panjang.

    Kerajaan membentangkan banyak usaha untuk menambah baik kadar gaji di Malaysia sejak awal mengambil alih pemerintahan. Ia akan mengambil masa, kita faham, namun usaha itu perlu tuntas dan konsisten.

    Menyeimbang pendapatan rakyat itu mustahak dan menambah baik agihan gaji itu boleh jadi langkah kunci untuk mencapainya. – RELEVAN

    Previous ArticleLiterasi kewangan, kemahiran hidup paling penting
    Next Article Bagaimana stres menyerang sistem imun anda

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.