Facebook Twitter
    Trending
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Panduan memahami komponen pendapatan dan hasil dalam Belanjawan 2025

    Panduan memahami komponen pendapatan dan hasil dalam Belanjawan 2025

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 19, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERAJAAN mengunjurkan pendapatan sebanyak RM421 bilion dalam Belanjawan 2025. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KEWANGAN negara tidak sepatutnya dilihat seperti kewangan peribadi seorang manusia, ia berpotensi mewujudkan salah faham.

    Namun, demi memudahkan kefahaman anda yang asing dengan ilmu ekonomi atau kewangan, kita ambil seorang manusia sebagai analogi kepada negara yang baru selesai membentangkan belanjawannya.

    Untuk menghasilkan sebuah belanjawan tahunan, seseorang perlu membuat anggaran pendapatannya sepanjang tahun dan bagaimana mahu membelanjakan hasil pendapatan tersebut. 

    Begitu juga negara. Belanjawan, secara asasnya, dibentuk oleh dua komponen utama, iaitu pendapatan dan perbelanjaan.

    Sebab itu dalam laporan-laporan tentang belanjawan, biasanya akan ada dua carta pai besar. Seperti contoh laporan Utusan Malaysia di bawah, ada komponen “dari mana datangnya” dan “ke mana dibelanjakan”.

    INFOGRAFIK OLEH UTUSAN MALAYSIA

    Yang pertama merujuk kepada pendapatan, yang kedua perbelanjaan. 

    Dalam Belanjawan 2025 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober, kerajaan ada pendapatan sebanyak RM421 bilion untuk dipecahkan menjadi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

    Untuk artikel ini, kita fahami dahulu komponen pendapatan dan hasil, seperti yang ada dalam Belanjawan 2025. 

    Maklumat dalam artikel ini diperolehi daripada laporan Tinjauan Fiskal 2025 yang diterbitkan Kementerian Kewangan.

    Pendapatan dan hasil

    Pendapatan kerajaan datang dari pelbagai sumber. Kebiasaannya, belanjawan negara akan memecahkannya kepada lima sumber utama, iaitu cukai pendapatan, cukai langsung lain, cukai tidak langsung, hasil bukan cukai serta pinjaman dan penggunaan aset kerajaan.

    Terdapat perbezaan antara pendapatan dengan hasil. Sumber terakhir, iaitu pinjaman dan penggunaan aset kerajaan tidak termasuk dalam pengiraan hasil negara.

    Sehubungan itu, hasil hanya melibatkan sumber cukai pendapatan, cukai langsung lain, cukai tidak langsung dan hasil bukan cukai.

    Menurut laporan Tinjauan Fiskal 2025 yang diterbitkan Kementerian Kewangan, gabungan empat sumber tersebut membentuk anggaran hasil kerajaan sebanyak RM339.7 bilion pada 2025, meningkat 5.5 peratus berbanding unjuran hasil yang disemak semula pada 2024.

    Sumbangan terbesar untuk jumlah tersebut datang daripada hasil cukai, iaitu sebanyak RM259 bilion atau 76.3 peratus daripada hasil keseluruhan.

    Cukai pendapatan

    Komponen pertama hasil cukai, iaitu cukai pendapatan diunjur meningkat kepada RM175.9 bilion pada 2025, dengan cukai pendapatan syarikat (CITA) menjadi penyumbang tertinggi, dianggarkan sebanyak RM106.5 bilion.

    Ini diikuti cukai individu sebanyak RM44 bilion dan cukai pendapatan petroleum (PITA) sebanyak RM20.7 bilion.

    Cukai langsung lain

    Komponen cukai langsung lain pula dijangka menyumbang RM13.1 bilion. Ini termasuk sumbangan daripada duti setem sebanyak RM10.1 bilion dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) sebanyak RM1.8 bilion.

    Cukai tidak langsung

    Komponen seterusnya, cukai tidak langsung pula dianggarkan menyumbang RM70.2 bilion dengan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mengisi bahagian tertinggi, iaitu sebanyak RM46.7 bilion.

    Kutipan duti eksais pula diunjur meningkat kepada RM13.8 bilion, selaras dengan jangkaan peningkatan pengeluaran kenderaan bermotor pada 2025.

    Hasil bukan cukai

    Walau bagaimanapun, hasil bukan cukai dijangka akan berkurang kepada RM80.7 bilion pada 2025. Ia terutamanya disebabkan hasil yang lebih rendah daripada pendapatan pelaburan.

    Sementara itu, dividen daripada Petronas dijangka kekal sebanyak RM32 bilion, diikuti Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM4 bilion dan Khazanah Nasional Berhad sebanyak RM2 bilion.

    Sebanyak RM4 bilion juga dijangka diterima daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) untuk membiayai sebahagian bayaran persaraan.

    Hasil bukan cukai lain pula melibatkan kutipan daripada lesen dan permit (RM16.7 bilion) yang diunjur meningkat disebabkan hasil yang lebih tinggi daripada levi pekerja asing (RM3.7 bilion) dan lesen kenderaan bermotor (RM3.4 bilion). – RELEVAN

    Previous ArticleAl-Baqarah, Confucius dan Rendra dalam Belanjawan 2025
    Next Article Belanjawan 2025: Gaji progresif, gaji minimum dan perlindungan sosial untuk rakyat

    Artikel berkaitan

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026
    Artikel Terkini

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.