Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    By AMAL HAYATI FAUZIJune 12, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu. - GAMBAR HIASAN UTUSAN MALAYSIA

    NAMA Tun Arshad Ayub cukup sinonim dengan pembangunan pendidikan tinggi Bumiputera di Malaysia. Selain bergelar pentadbir pendidikan, beliau juga tokoh yang mempunyai visi jauh ke hadapan dalam memastikan anak Melayu dan Bumiputera mendapat akses kepada pendidikan berkualiti serta bertaraf dunia.

    PEMBUKA JALAN PENDIDIKAN PERINGKAT ANTARABANGSA

    Anak kelahiran Muar, Johor pada tahun 1928 itu memainkan peranan penting dalam membangunkan Institut Teknologi MARA (ITM), yang kemudiannya berkembang menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ketika dilantik sebagai Pengarah ITM dari tahun 1967 hingga 1975, beliau memperkenalkan pelbagai pembaharuan yang mengubah landskap pendidikan tinggi negara.

    Pada era tersebut, peluang untuk golongan Bumiputera mengikuti pengajian profesional masih terhad. Kebanyakan bidang profesional seperti perakaunan dan undang-undang didominasi oleh kelompok tertentu, manakala akses kepada pendidikan antarabangsa pula tidak mudah dicapai oleh pelajar terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah.

    PERKENALKAN ACCA UNTUK MELAHIRKAN AKAUNTAN PROFESIONAL

    Antara sumbangan terbesar Tun Arshad ialah memperkenalkan program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di ITM. Ketika itu, kelayakan ACCA merupakan antara sijil profesional perakaunan paling berprestij di dunia dan menjadi tiket utama untuk menceburi bidang perakaunan profesional.

    Tun Arshad melihat keperluan mendesak untuk melahirkan lebih ramai akauntan Bumiputera bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara. Melalui pengenalan program tersebut, ramai pelajar Melayu dan Bumiputera berpeluang memperoleh kelayakan profesional bertaraf antarabangsa tanpa perlu melanjutkan pengajian ke luar negara.

    Langkah berani itu sememangnya membuka peluang kerjaya yang lebih luas kepada graduan serta membantu meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor korporat dan kewangan negara.

    PELOPOR PROGRAM UNDANG-UNDANG BERTARAF ANTARABANGSA

    Selain bidang perakaunan, Tun Arshad turut menjadi individu yang memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) di ITM. Pada ketika itu, peluang mengikuti pengajian undang-undang masih terhad dan tidak mudah diakses oleh ramai pelajar Bumiputera.

    Beliau percaya bahawa negara memerlukan lebih ramai peguam, hakim dan pakar perundangan daripada pelbagai latar belakang bagi memastikan pembangunan negara yang lebih seimbang. Melalui usaha tersebut, ramai graduan Bumiputera berjaya melanjutkan kerjaya dalam bidang guaman, kehakiman, perkhidmatan awam dan korporat.

    BAWA KONSEP PROGRAM BERKEMBAR KE MALAYSIA

    Tun Arshad juga merupakan tokoh pendidikan terawal yang memperkenalkan konsep program berkembar dan kerjasama akademik dengan institusi luar negara. Pendekatan ini membolehkan pelajar tempatan mengikuti kurikulum yang diiktiraf antarabangsa tanpa perlu menanggung kos pengajian yang tinggi di luar negara.

    Beliau turut menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dalam kursus profesional. Langkah tersebut dilihat penting bagi memastikan graduan Bumiputera mampu bersaing di peringkat global serta memenuhi kehendak pasaran pekerjaan antarabangsa.

    Visi beliau jauh mendahului zamannya kerana ketika itu masih terdapat perdebatan mengenai kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tempatan. Namun, Tun Arshad percaya bahawa penguasaan bahasa tersebut mampu menjadi jambatan kepada ilmu, teknologi dan peluang pekerjaan yang lebih luas.

    REALISASIKAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU

    Sumbangan Tun Arshad tidak terhad kepada pembangunan institusi pendidikan semata-mata. Beliau juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru (DEB), khususnya dalam melahirkan golongan profesional Bumiputera yang berkemahiran tinggi.

    Melalui pengenalan program-program profesional seperti ACCA, LLB, Pengurusan Perniagaan, Sebaran Am dan Pengurusan Hartanah, beliau berjaya membuka ruang mobiliti sosial kepada ribuan pelajar Melayu dan Bumiputera. Ramai daripada mereka sudah tercapai cita-cita menjadi pemimpin dalam sektor awam, korporat, perbankan, perundangan dan pendidikan.

    LEGASI YANG TERUS HIDUP

    Pemergian Tun Arshad Ayub pada 14 Jun 2022 merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Namun, legasi yang ditinggalkan terus hidup melalui jutaan alumni UiTM dan ribuan profesional Bumiputera yang berjaya menempatkan diri dalam pelbagai bidang hasil dari usaha beliau selama ini.

    Di samping sumbangan beliau membina sebuah institusi pendidikan, beliau juga membina harapan dan masa depan generasi Melayu serta Bumiputera. Keberaniannya memperkenalkan program antarabangsa seperti ACCA dan LLB telah membuka pintu yang sebelum itu sukar ditembusi oleh ramai anak bangsa.

    Previous ArticleDiberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    Artikel berkaitan

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.