Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

    Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

    By Umi FatehahApril 1, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berapa kali sehari kita patut buang air besar? - GAMBAR HIASAN JAN ANTONIN KOLAR/UNSPLASH

    BUANG air besar mungkin topik yang jarang dibincangkan secara terbuka tetapi ia sebenarnya petunjuk penting tahap kesihatan seseorang. Setiap hari, sistem penghadaman kita bekerja memproses makanan dan menyingkirkan sisa melalui najis. 

    Persoalannya, berapa kali sehari perlu buang air besar? 

    Menurut laporan Healthline, kekerapan membuang air besar sebenarnya berbeza antara individu. Apa yang lebih penting bukan sekadar kekerapan tetapi juga konsistensi dan perubahan yang berlaku pada tubuh anda.

    Tiada angka normal yang tetap

    Ramai menyangka kita perlu membuang air besar setiap hari. Hakikatnya, tiada jumlah khusus yang dianggap normal untuk semua orang.

    Menurut Healthline, julat biasa adalah tiga kali sehari hingga tiga kali seminggu masih dianggap normal. Namun, kebanyakan orang mempunyai rutin tetap iaitu pada waktu dan kekerapan yang hampir sama setiap hari.

    Dalam satu tinjauan melibatkan lebih 2,000 responden oleh Healthline:

    • Hampir 50 peratus membuang air besar sekali sehari
    • 28 peratus dua kali sehari
    • Hanya 5.6 peratus sekali atau dua kali seminggu

    Menariknya, majoriti juga melaporkan mereka membuang air besar pada waktu pagi. Ini menunjukkan bahawa konsistensi rutin lebih penting daripada jumlah.

    Konsistensi najis lebih penting daripada kekerapan

    Selain kekerapan, bentuk dan tekstur najis adalah petunjuk kesihatan usus.

    Menurut Healthline, najis yang sihat biasanya lembut dan mudah dikeluarkan. Bentuknya sering menyerupai sosej atau ular, kerana mengikuti bentuk usus.

    Sebaliknya, kalau najis terlalu cair, ia mungkin tanda iritasi sistem penghadaman. Jika najis terlalu keras pula, ia boleh menyebabkan sembelit dan buasir.

    Najis yang terlalu cepat keluar juga boleh menyebabkan badan tidak sempat menyerap nutrien dengan baik.

    Faktor yang mempengaruhi kekerapan membuang

    1. Pemakanan

    Apa yang anda makan sangat mempengaruhi sistem penghadaman. Jadi, buat individu yang mahu melancarkan pembuangan, tingkatkan pengambilan serat daripada bijirin penuh, sayur dan buah.

    Sekiranya kurang pengambilan serat, najis berkurangan dan sukar untuk dibuang. Air mencukupi juga membantu melembutkan najis.

    1. Umur

    Semakin meningkat usia, risiko sembelit juga meningkat. Antara faktornya ialah pergerakan usus menjadi lebih perlahan dan aktiviti fizikal berkurang. Pengambilan ubat tertentu juga boleh menjejaskan sistem penghadaman.

    1. Tahap aktiviti

    Pergerakan usus (peristalsis) membantu menolak najis keluar. Aktiviti seperti berjalan kaki atau senaman ringan lain boleh membantu melancarkan proses pembuangan.

    1. Penyakit

    Beberapa masalah kesihatan boleh mengubah corak buang air besar. Penyakit seperti radang usus (IBD) boleh menyebabkan cirit-birit atau sembelit. Jangkitan seperti stomach flu juga boleh menyebabkan perubahan rutin pembuangan sementara.

    Bila perlu risau?

    Perubahan sekali-sekala adalah normal. Namun, anda perlu lebih berhati-hati jika perubahan berlarutan.

    Dapatkan pemeriksaan jika anda mengalami:

    • Tidak membuang air besar lebih daripada tiga hari
    • Sakit perut yang melampau
    • Najis berdarah (merah atau hitam)
    • Muntah yang kelihatan seperti kopi atau najis

    Memahami corak tubuh sendiri ialah langkah pertama untuk menjaga kesihatan usus. Perkara ini sering dipandang remeh, sedangkan ia memberi kesan besar kepada kesejahteraan keseluruhan. Oleh itu, tabiat membuang air besar tidak seharusnya dipandang ringan. – RELEVAN

    Previous ArticleDah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya
    Next Article Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.