Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    By Umi FatehahMarch 25, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    RAMADAN bukan hanya mengenai lapar dan dahaga tetapi ia bulan tarbiah. Bulan yang membentuk hati, memperkemas akhlak dan membentuk peribadi mulia.

    Di tengah kesibukan majlis berbuka puasa yang mewah dan penuh juadah, muncul satu suasana yang lebih tenang, lebih mendalam maknanya iaitu Iftar Murabbi. Dalam usaha memupuk nilai kebersamaan dan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah, program Iftar Murabbi dan Iftar Jamae dianjurkan sebagai aktiviti khas sepanjang Ramadan.

    Menurut Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Abd Rashid Zainal Iftar Murabbi menjadi wadah integrasi di antara pihak sekolah, guru, murid serta ibu bapa dalam menyemarakkan Ramadan melalui pengisian yang bersifat kerohanian, kebersamaan dan pendidikan nilai.

    Berdasarkan slogan sekolah Semua Murid Anak Kami Iftar Murabbi adalah majlis berbuka puasa yang diadakan di rumah pengetua mengikut kumpulan dorm.

    Program ini diinspirasikan daripada hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan umat Islam memberi makan kepada orang yang berpuasa. Melalui program ini, pengetua berpeluang mengenali ahli dorm dengan lebih dekat, dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

    Pelajar pula dapat merasai pengalaman berbuka puasa dalam suasana kekeluargaan, sekali gus mengeratkan hubungan antara murabbi dan pelajar.

    “Sejak awal Ramadan kami sudah menyusun jadual berbuka puasa pada setiap hari. Bermula pada 5 Syawal dan berakhir pada 17 Mac ini. Setiap hari akan ada empat dorm yang akan berbuka puasa di rumah saya bersama ibu bapa dan guru.

    “Bagi menyemarakkan majlis turut diadakan tazkirah Ramadan, bacaan al-Quran, dan persembahan murid,” katanya.

    Menurut Abd Rashid pengisian ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut penghayatan rohani malah turut menyokong pembangunan kemahiran insaniah murid seperti keyakinan, komunikasi dan kerja berpasukan.

    Selain Iftar Murabbi, sekolah turut mengadakan majlis Iftar Jamae iaitu majlis berbuka puasa secara berjemaah yang membabitkan semua pelajar, ibu bapa dan warga sekolah.

    Menariknya majlis berbuka puasa ini memberi peluang kepada semua untuk berkumpul, berkongsi rezeki dan menikmati juadah berbuka bersama-sama. Suasana kebersamaan ini bukan sahaja menghidupkan semangat Ramadan, malah memupuk nilai kerjasama, hormat-menghormati dan persaudaraan.

    Melalui penganjuran kedua-dua program ini, diharapkan nilai ukhuwah Islamiah dapat diperkukuhkan dalam kalangan warga sekolah. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menjadi medan untuk mendidik hati, mempererat hubungan dan menanam nilai murni dalam kehidupan seharian.

    Program seperti Iftar Murabbi dan Iftar Jamae membuktikan bahawa keindahan Ramadan dapat dirasai dengan lebih bermakna apabila dikongsi bersama. – RELEVAN

    Previous ArticleBerdosakah ‘pau’ duit raya anak ?
    Next Article Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.