Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara berjimat ketika harga barang naik 

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    By Umi FatehahApril 2, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cara berjimat ketika harga barang naik. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    KONFLIK melibatkan Iran dan Amerika Syarikat dan Israel bukan sekadar isu politik luar negara tetapi sudah mula memberi kesan kepada ekonomi global termasuk Malaysia.

    Antara yang paling jelas ialah kenaikan harga minyak dunia. Apabila harnya minyak meningkat, kesannya tidak berhenti di stesen minyak. Ia memberi kesan kepada hampir semua perkara yang kita beli setiap hari.

    Jadi, kenapa konflik ini boleh buat harga barang naik?

    1. Konflik ganggu bekalan minyak dunia

    Timur Tengah ialah kawasan penting untuk bekalan minyak global. Laluan Selat Hormuz sahaja mengendalikan kira-kira 20 peratus penghantaran minyak dunia.

    Apabila konflik berlaku, risiko gangguan bekalan meningkat. Ini menyebabkan harga minyak melonjak.

    Laporan menunjukkan harga minyak dunia meningkat hampir 50 peratus sejak konflik yang dimulakan regim zionis dan Amerika Syarikat bermula. 

    1. Minyak mahal, kos pengangkutan meningkat

    Bila minyak naik, kos logistik akan meningkat:

    • Lori menghantar barang menjadi lebih mahal
    • Kos kapal dan penerbangan meningkat
    • Kilang perlu membayar lebih untuk operasi terutama yang menggunakan diesel

    Menurut pakar ekonomi, kenaikan kos tenaga akan memberi tekanan kepada sektor seperti pengangkutan, pembuatan dan pertanian.

    Akhirnya, semua kos ini akan dipindahkan kepada pengguna.

    1. Harga makanan juga terkesan

    Ramai ingat minyak hanya beri kesan kepada petrol. Hakikatnya, makanan turut terjejas. Konflik ini turut mengganggu kos bahan seperti baja. Bila harga baja meningkat, ia akan menyebabkan hasil pertanian menurun, kos pengeluaran meningkat dan secara tidak langsung, harga makanan menjadi lebih mahal.

    Pakar menjangkakan harga makanan global boleh meningkat sehingga 12 peratus hingga 18 peratus akibat gangguan ini.

    Macam mana nak berjimat cermat?

    Dalam situasi macam ini, kita tdak boleh mengawal kawal harga dan pasaran global. Namun, kita boleh mengawal cara berbelanja.

    1. Kurangkan makan luar

    Memasak di rumah mungkin nampak leceh pada awalnya tetapi kesannya sangat membantu terhadap kewangan. Harga makanan di luar bukan sahaja melibatkan kos bahan tetapi juga upah, sewa dan operasi. Sebab itu, satu hidangan yang sama boleh jadi dua atau tiga kali ganda lebih mahal.

    Dengan memasak sendiri, anda boleh mengawal kuantiti dan mengelakkan pembaziran, malah satu bahan asas seperti ayam boleh dipelbagaikan menjadi beberapa jenis hidangan untuk beberapa hari. Selain lebih jimat, ia membantu anda makan makanan yang lebih seimbang.

    1. Rancang sebelum beli barang dapur

    Ramai yang berbelanja tanpa perancangan dan akhirnya membeli lebih daripada yang diperlukan. Keadaan ini bukan sahaja membazir malah menyebabkan makanan tidak sempat digunakan dan terpaksa dibuang.

    Dengan menyediakan senarai sebelum ke pasar raya, anda lebih fokus kepada keperluan sebenar. Menetapkan bajet juga membantu mengawal perbelanjaan daripada terlebih belanja akibat godaan promosi atau pembelian impulsif. Perkara kecil seperti tidak membeli-belah ketika lapar juga sebenarnya boleh mengelakkan pembelian yang tidak perlu.

    1. Pilih alternatif lebih murah

    Menjimatkan perbelanjaan tidak bermaksud anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara drastik. Sebaliknya, ia lebih kepada membuat pilihan yang bijak.

    Sebagai contoh, protein tidak semestinya datang daripada daging yang mahal. Ayam, telur atau sumber protein lain yang lebih berpatutan masih mampu memberikan nutrisi yang mencukupi. 

    Begitu juga dengan sayur-sayuran tempatan yang biasanya lebih murah berbanding yang diimport. Dengan sedikit penyesuaian, anda masih boleh menikmati hidangan yang mengenyangkan tanpa membebankan bajet.

    1. Kurangkan pembelian kecil yang kerap

    Perbelanjaan kecil sering dipandang remeh kerana jumlahnya tidak besar setiap kali. Namun, apabila dikumpulkan dalam tempoh sebulan, ia boleh menjadi angka yang mengejutkan.

    Sebagai contoh, membeli minuman atau snek setiap hari mungkin nampak biasa tetapi tanpa disedari, jumlahnya boleh mencecah ratusan ringgit. 

    1. Gunakan apa yang ada sebelum beli baru

    Satu lagi tabiat yang sering berlaku ialah membeli barang baharu tanpa memeriksa apa yang sudah ada di rumah. Akibatnya, barangan bertindan dan sebahagiannya berakhir sebagai pembaziran.

    Mengamalkan sikap menggunakan apa yang sedia ada terlebih dahulu bukan sahaja membantu menjimatkan wang tetapi juga memastikan setiap pembelian dimanfaatkan sepenuhnya. – RELEVAN

    Previous ArticlePersiapan kewangan untuk orang muda
    Next Article 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.