Umi Fatehah

DALAM dunia yang sentiasa berkembang, keinginan untuk kekal cantik selama mungkin melangkaui jantina, umur dan sempadan budaya. Memang lumrah manusia mahu menjadi cantik seperti yang diimpikan.  Ada juga yang menganggap kecantikan sebagai syarat untuk bahagia sehingga sanggup menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri. Menurut Pengarah Perubatan di Dermourra Medical Clinic, Dr. Nadya Amin Shaharudin, kebanyakan orang menggunakan produk timbang kilo atau mengandungi merkuri kerana mahukan jalan pintas untuk mendapatkan kulit yang ‘cantik’. “Rata-rata mereka cakap, hasil pemakaian produk merkuri membuatkan kulit mereka nampak cantik, cerah dan mulus. Tetapi hakikatnya, merkuri menipiskan kulit.  “Apabila kulit mula menipis, di sinilah…

Read More

BERITA kebangkitan semula kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan China dengan varian baharu yang digelar Pirola membimbangkan pakar. Menurut New York Times, varian yang juga dirujuk sebagai BA.2.86 ialah varian yang sangat bermutasi bagi jenis Omicron coronavirus yang muncul pada 2021 dan membawa kepada lonjakan yang membimbangkan dalam kes dan kematian Covid-19. Varian ini menyebabkan peningkatan jangkitan di seluruh dunia sekali lagi dan menimbulkan perasaan cemas dalam kalangan pakar-pakar kesihatan. “Apabila Omicron melanda pada sekitar hujung tahun 2021, terdapat peningkatan besar dalam kes Covid-19 kerana ia sangat berbeza daripada varian Delta. Varian ini mempunyai keupayaan untuk memintas…

Read More

PERNAH tak anda rasa lepas dah siap satu kerja, datang lagi kerja yang lain? Bekerja dalam syarikat atau persekitaran kerja yang pantas boleh menjadi sangat mencabar dan meletihkan.  Pada kebanyakan masa, ia akan menyebabkan ramai pekerja terlalu tertekan dan terpaksa berhadapan dengan senarai tugasan yang tidak berkesudahan. Tetapi, itu tidak semestinya menunjukkan anda tidak cukup berkelayakan atau tidak cekap. Ini mungkin bermakna bahawa konteks berubah atau peningkatan dalam tuntutan kerja.  Jadi, anda memerlukan lebih banyak sumber dan sokongan. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan apabila berada dalam situasi kerja yang tak habis-habis. Jangan melakukan banyak kerja dalam satu masa…

Read More

KELAHIRAN anak merupakan salah satu peristiwa ajaib yang penuh rahmat dan rezeki buat ibu bapa.  Namun, tiada buku manual atau panduan teliti yang boleh menyediakan ibu bapa untuk menghadapi segala cabaran dalam membesarkan anak. Perkara ini termasuklah isu kewangan untuk masa hadapan anak. Tidak ramai yang sedar bahawa ibu bapa perlu merancang kewangan demi masa hadapan sejak mereka lahir. Justeru, Relevan kongsikan lima perkara untuk ibu bapa merancang keterjaminan kewangan anak pada masa hadapan. Buka akaun bank atas nama anak Salah satu topik pertama ibu bapa tentang anak mereka ialah nama. Selepas sahaja surat beranak anak sudah dikeluarkan, apa kata…

Read More

PASTI anda semua sudah pun melihat kelibat jet pejuang dan sebagainya berkeliaran di udara bukan? Mereka semua sedang melakukan raptai untuk persembahan yang bakal dilakukan pada 31 Ogos ini. Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula jam 7 pagi. Selain persembahan aksi terjunan tepat oleh pasukan komando VAT 69 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), anda juga berpeluang melihat aksi bermotosikal oleh pasukan Army Red Warrior oleh Tentera Darat Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti dan persembahan menarik untuk disaksikan oleh para pengunjung. Antaranya ialah persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air seperti Suki Low dan Zizi Kirana. Di…

Read More

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meraikan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 pada tahun ini. Sambutan ini sudah menjadi acara tahunan sejak kita mula merdeka pada tahun 1957.  Jika diimbas kembali, sebelum malam 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman berucap menerusi Radio Malaya untuk menyeru rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah. Dato’ Abdul Razak Hussein juga memaklumkan menerusi Radio Malaya mengenai atur cara sambutan kemerdekaan supaya rakyat boleh melakukan perancangan dan persediaan. Pada tahun ini, Relevan meneruskan tugas bagi menyeru rakyat seluruh negara untuk meraikan Hari Kemerdekaan.  Sambutan Ambang Kemerdekaan tahun ini diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada…

Read More

PLATFORM pekerjaan terkemuka di Malaysia JobStreet by SEEK dengan kerjasama AIC Exhibitions Sdn. Bhd., bakal menganjurkan Pameran Kerjaya & Latihan Malaysia (MCTF) 2023 buat kali kedua pada 9 dan 10 September 2023 di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), Kuala Lumpur. MCTF bertujuan untuk membolehkan pencari kerja berhubung dengan lebih baik bersama syarikat bagi peluang pekerjaan yang lebih cerah. Lebih 130 syarikat terkemuka dengan 10,000 peluang pekerjaan dibuka pada pameran kerjaya terbesar itu. Pemburu kerja boleh berhubung dengan majikan daripada syarikat terkemuka termasuk Shell, Prudential, Agoda, Touch ‘n Go, CIMB, Hartalega dan banyak lagi. Pameran ini turut menyediakan ceramah berkaitan kerjaya…

Read More

TAHNIAH diucapkan kepada semua graduan! Anda sudah melakukan yang terbaik. Semoga segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang membanggakan.  Selepas tamat belajar, anda tidak lagi bergelar sebagai seorang pelajar. Anda sudah mula perlu melangkah ke alam dewasa yang bekerja. Pasti ramai di antara anda yang sedang takut, gementar dan cemas apabila memikirkan tentang kerja.  Proses pencarian kerja pula boleh menjadi sangat mencabar. Jadi, kami kongsikan tip kepada graduan baharu untuk mendapat pekerjaan pertama sebagai panduan. Wujudkan mindset yang kuat Kekal positif dalam perjuangan mencari kerja ini adalah satu kemestian. Anda perlu bersedia untuk semua kemungkinan termasuk kegagalan temuduga atau terlepas…

Read More

RUKUN Iman berfungsi untuk menjadikan kita umat yang taat kepada Tuhan dan menyembah satu-satunya Tuhan. Rukun Islam berfungsi sebagai panduan menjadi umat Islam yang baik. Kedua-dua rukun ini wajib dihayati dan dipercayai oleh orang Islam.  Sama juga  seperti Rukun Negara. Prinsip Rukun Negara juga perlu dihayati oleh setiap warganegara agar kita menjadi rakyat yang taat dan mengekalkan perpaduan yang lebih jitu.  Sehubungan itu, merujuk kepada dokumen lengkap Rukun Negara yang dimuatkan dalam buku Rukun Negara: Selayang Pandang oleh Eddin Khoo, Relevan mencatatkan semula prinsip dalam Rukun Negara untuk anda di bulan kemerdekaan ini. 1. Kepercayaan kepada tuhan Bangsa dan negara…

Read More

BARU-baru ini, media melaporkan terdapat kes wabak pertusis atau batuk kokol membabitkan tiga individu dalam sebuah keluarga yang berlaku di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang. Batuk kokol ialah jangkitan pernafasan yang mudah dijangkiti dan menjangkit. Pertusis merebak dengan mudah dari manusia ke manusia terutamanya melalui titisan yang dihasilkan oleh batuk atau bersin.  Penyakit ini paling berbahaya pada bayi. Ia juga merupakan punca utama kepada penyakit-penyakit lain dan kematian yang berlaku dalam kalangan bayi. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), gejala pertama biasanya muncul pada tujuh hingga 10 hari selepas jangkitan. Ia termasuk demam ringan, hidung berair dan batuk biasa. Tetapi…

Read More