Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa bumi dan planet-planet bentuknya begitu?

    Mengapa bumi dan planet-planet bentuknya begitu?

    By Umi FatehahJuly 7, 2024Updated:August 7, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mengapa bumi dan planet-planet bentuknya begitu? - GAMBAR NASA

    PERNAHKAH kalian tertanya-tanya apakah yang membuatkan planet berbentuk bulat atau lebih tepat, sfera?

    Jawapan mudahnya ialah graviti. Tetapi bagaimana graviti mendorong planet membentuk menjadi sfera?

    Menurut Live Science, kesan pembulatan planet adalah hasil daripada graviti kendiri (self-gravity). Sebaik sahaja jisim yang mencukupi terkumpul, graviti kendiri setiap planet atau bulan akan mendorong pembentukannya menjadi sfera.

    Untuk memudahkan pemahaman, bayangkan di hadapan anda ada beberapa cebisan kertas yang dikoyakkan dan berselerak. Kemudian, kertas-kertas tersebut berkumpul dan menindih antara satu sama lain sehingga menjadi bentuk bola. 

    Komponen dalam alam semesta terbentuk selepas letupan Big Bang kira-kira 13.8 bilion tahun lalu. Zarah-zarah habuk kecil yang beredar dalam awan debu berbentuk donat gergasi mula berlanggar. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Fakta Semesta: Zuhal dan cincin-cincinnya

    Menurut NASA, jika perlanggaran itu tidak terlalu kuat, zarah-zarah habuk akan mula bercantum. 

    Perlanggaran demi perlanggaran pula akan mencipta kesan bola salji. Semakin banyak jisim planet terkumpul, semakin besar gravitinya dan semakin banyak jirim yang tertarik.

    ARTIKEL BERKAITAN: Fakta Semesta: Adakah ‘black hole’ mampu memusnahkan bumi?

    “Itu menunjukkan bahawa graviti menarik semua bahan membentuk planet (habuk, gas dan sebagainya) ke arah pusat graviti planet. Setiap bahan atau jirim akan cuba mendekati pusat graviti sedekat mungkin.

    “Ia seperti sinki di dapur. Semua air akan turun melalui lubang sinki dan terus ke saluran paip,” jelas ahli astronomi dan ketua Pusat Data Sains di Pusat Astronomi Angkasa Eropah (ESAC), Bruno Merín. 

    Tambah Merín, badan planet akan terus mengalihkan jirim ke sekeliling sehingga mereka menemui keseimbangan iaitu keadaan di mana setiap titik sedekat mungkin dengan pusat. 

    Satu-satunya bentuk yang mencapai keseimbangan seperti ini di angkasa adalah sfera. – RELEVAN

    alam semesta bumi featured graviti NASA planet
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.