Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerap berbelanja sebelum fikir panjang? Ini cara untuk menghentikannya

    Kerap berbelanja sebelum fikir panjang? Ini cara untuk menghentikannya

    By Umi FatehahJuly 9, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kawal nafsu berbelanja
    Jika bulan sebelumnya sudah berbelanja sebelum fikir panjang, sudah tiba masanya untuk anda kawal perbelanjaan. - GAMBAR HIASAN JACEK DYLAG/UNSPLASH

    DALAM kehidupan seharian, ada banyak situasi di mana kita perlu membuat keputusan. 

    Mahu makan apa tengah hari nanti? Ringkas tapi ini salah satu situasi yang melibatkan pembuatan keputusan setiap hari.

    Kebanyakan keputusan lain pula ada yang dibuat secara automatik. Maksudnya, tanpa berfikir masak-masak. Sekiranya ia tidak mengancam mana-mana pihak, anda selamat.

    Tetapi apabila keputusan tanpa sedar melibatkan kewangan, ia mungkin akan merugikan dan menjejaskan simpanan. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nafsu. 

    “Mahu makan mana? Jom cuba makan di kafe yang tular itu!”

    “Cantik pula kasut ini. Ada potongan harga? Belilah. Pakai atau tidak kita fikir nanti.”

    Cara pemikiran di atas ialah beberapa contoh kita membuat keputusan melibatkan kewangan tanpa berfikir panjang. Dah hujung bulan nanti, mulalah garu kepala.

    “Mana pergi semua gaji aku? Menyesal pula makan mewah dan beli kasut hari itu.”

    Menyesal kemudian tidak ada gunanya. Tetapi, akan ada gunanya sekiranya kita ambil inisiatif untuk mengubah tabiat berbelanja. 

    1. Rekod setiap perbelanjaan

    Bermula dengan pembayaran bil, sewa rumah dan komitmen lain kepada membeli sekeping coklat di kedai serbaneka, rekodkan semuanya. 

    Dengan cara ini, anda akan lebih sedar sudah berapa banyak wang yang dibelanjakan dan berapa bakinya untuk terus hidup hingga hujung bulan.

    Cara ini juga akan membuatkan anda berfikir dahulu sama ada patut atau tidak sebelum membeli sesuatu.

    1. Tetapkan had dan berbelanja dalam bajet yang ditentukan

    Jangan salah faham, berbelanja itu tidak salah. Apa yang salah ialah berbelanja tanpa had dan tidak mengambil kira sama ada barangan tersebut diperlukan atau tidak.

    Nak selamat, tetapkan had dan berbelanja dalam bajet yang ditetapkan. 

    Ada orang suka membeli barang atas dasar self-reward setelah berhempas pulas bekerja. Kebetulan bulan itu pula bos bagi bonus. Sebelum anda hidupkan enjin kereta untuk memandu ke pusat beli-belah, tetapkan had terlebih dahulu.

    Katakan, anda mahu beli kasut baharu. Tetapkan had sebanyak RM400. Tidak kiralah mahu beli sepasang atau dua pasang kasut, pastikan harganya tidak mencecah amaun yang ditetapkan.

    1. Elak berbelanja secara impulsif

    Perbelanjaan impulsif merujuk kepada perbelanjaan yang tidak dirancang. Perbelanjaan sebegini semestinya tidak termasuk dalam bajet. Ia juga akan menjadi penghalang untuk merealisasikan matlamat simpanan.

    Sekiranya anda tertarik untuk membeli sesuatu, jangan buat keputusan untuk bayar barang tersebut serta-merta. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Kawal nafsu shopping sebelum pokai

    Cuba lakukan kaedah ini: sekiranya anda masih teringat-ingat untuk membelinya selama dua minggu, belilah. Tetapi pastikan anda tidak korek tabung simpanan atau akan pokai hujung bulan nanti.

    Alang-alang sudah teringat, buat tabung untuk membeli barang tersebut. Kalau dah cukup, anda dipersilakan untuk memenuhi kehendak. 

    Kita dah kerja dan bergaji. Gunalah wang itu untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri. Risau pula terlalu menyimpan sehingga tidak menikmati hidup, lain pula masalahnya nanti. 

    1. Buat cabaran 30 hari tanpa beli-belah

    Jika bulan-bulan sebelumnya sudah berbelanja sebelum fikir panjang, sudah tiba masanya untuk anda berpuasa daripada berbelanja selama sebulan. 

    Peraturan dan caranya mudah sahaja. Anda hanya dibenarkan untuk membeli barangan keperluan sahaja. Barangan kehendak dilarang sama sekali, kecuali ia sudah masuk kategori terdesak.

    ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran 30 hari tanpa beli-belah: kurangkan belanja, tingkatkan simpanan

    Namun, cabaran untuk menjayakan misi ini ialah mengawal nafsu. Sebab itu juga ia dinamakan cabaran. 

    Saya mahu cabar anda semua untuk lakukan cabaran ini. Pasti anda akan berterima kasih dengan diri sendiri kerana berjaya kawal nafsu berbelanja dan boleh menyimpan wang dalam jumlah yang banyak. – RELEVAN

    Previous ArticleCahaya biru dan gangguan semasa tidur
    Next Article Urus tekanan di tempat kerja dengan cara ini

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.