Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu kerja keras atau kerja sekadar gaji yang dibayar?

    Mahu kerja keras atau kerja sekadar gaji yang dibayar?

    By Umi FatehahJuly 4, 2024Updated:July 4, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mahu kerja keras atau kerja sekadar gaji yang dibayar? - GAMBAR HIASAN AFIQ RAZALI

    ADA hari, kita rasa terlebih rajin bekerja. Kalau boleh semua tugasan nak disiapkan hari ini. 

    Hari lain pula, bukan rasa malas tetapi rasa seperti mahu buat yang wajib sahaja. 

    Perkara ini tidak aneh pun. Biasalah, mood manusia memang boleh berubah-ubah bergantung kepada beberapa faktor di sekeliling. 

    Tetapi, ada orang yang memang hari-hari rajin. Entah apa amalan dia sampai rajin sangat bekerja. Sesetengah orang pula memang hari-hari mahu buat yang wajib sahaja atau dalam erti kata lain, buat kerja sekadar gaji yang dibayar (act your wage). 

    Sama ada rajin bekerja atau mahu buat yang wajib sahaja, kedua-dua situasi ini ada baik buruknya. Kesannya pula akan memberi impak yang berbeza dalam kemajuan kerjaya.

    Rajin bekerja

    Kalau anda jenis yang rajin bekerja, tugasan di luar deskripsi kerja pun mahu bolot, ini bermakna anda sejenis individu yang ada matlamat jelas dalam perkembangan kerjaya dan mahukan penghargaan daripada majikan — sama ada dalam bentuk pujian, kenaikan pangkat atau kenaikan gaji. 

    Kesan positifnya, majikan akan menilai anda sebagai seorang yang bekerja keras, rajin dan aset kepada syarikat. Sampai masa, anda mungkin akan diberi ganjaran seperti yang disebutkan di atas.

    Kesan buruknya, anda lebih cenderung untuk burnout iaitu gejala keletihan. Ada juga kemungkinan bahawa majikan tak nampak kerajinan anda atau lebih buruk, dia nampak tetapi tidak memberikan apa-apa ganjaran. Malah, mungkin akan ambil kesempatan atas kerajinan anda.

    Bukan sahaja akan burnout, anda juga akan hilang rasa minat dan nikmat bekerja. Tambahan itu, kesihatan mental dan fizikal juga akan merudum. 

    Buat yang wajib sahaja

    Sekiranya anda berpegang teguh pada huraian kerja, mengelak daripada melakukan tugasan tambahan dan mengutamakan keseimbangan antara kehidupan dengan kerja, ini bermakna anda tergolong dalam kumpulan buat yang wajib sahaja. 

    Ia tidak salah kerana anda masih menjalankan tanggungjawab. Jadi kesan positifnya, anda tidak akan terlalu stres, burnout dan tugas yang digalas juga tidak terlalu membebankan. Kehidupan juga akan lebih menyeronokkan kerana anda dapat mengimbangkan keseronokan, hobi dan tanggungjawab kerja.

    Namun, perkembangan kerjaya anda mungkin lambat. Hal ini kerana anda hanya lakukan tugasan bare minimum sahaja. Majikan tidak berpeluang untuk melihat anda menyerlah. 

    Jadi, tangga gaji dan kerjaya akan kekal di takuk yang sama sahaja. Kalau anda tidak mempunyai cita-cita besar untuk memanjat tangga kerjaya, tidak ada salahnya. 

    Jika anda mahu memperoleh gaji yang lebih besar, anda mungkin perlu mengubah cara kerja. Cari strategi untuk menonjolkan diri agar majikan tahu anda berkebolehan untuk menyandang jawatan yang lebih besar dengan gaji lebih tinggi.

    Anda yang mana satu? Jenis kerja keras atau buat yang wajib sahaja? – RELEVAN

    featured gaji yang dibayar kerja kerjaya kewangan
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.