Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Zuhal dan cincin-cincinnya

    Fakta Semesta: Zuhal dan cincin-cincinnya

    By Umi FatehahJuly 15, 2024Updated:July 15, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Zuhal dan cincin-cincinnya. - GAMBAR NASA

    SISTEM suria kita mempunyai lapan planet, iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Kesemua planet ini mengelilingi satu bintang gergasi – sang matahari.

    Kita, meliputi manusia, binatang dan tumbuhan, merupakan penduduk bumi. Dari bumi, kita boleh melihat planet-planet lain melalui imej yang dikongsikan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA).

    Malah, ada juga planet yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal. 

    Antara semua, planet manakah yang paling unik dan menarik perhatian?

    Bagi seorang makhluk tuhan kerdil yang hanya mempunyai pengetahuan asas tentang ilmu astronomi, saya rasa Zuhal planet yang paling menarik perhatian.

    Mungkin tidak semua akan bersetuju dengan pendapat saya tetapi ia berasas. 

    Zuhal atau Saturn ialah planet yang mempunyai lingkaran cincin di sekitarnya. Benar, Zuhal bukan satu-satunya planet yang disarung cincin. Musytari, Uranus dan Neptun juga mempunyai cincin yang tersendiri. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Fakta Semesta: Berapa lamakah masa diambil untuk sampai ke bulan?

    Tetapi, lingkaran cincin Zuhal adalah yang terbesar dan paling terang. Mari, saya ceritakan mengapa Zuhal menjadi pilihan saya sebagai planet paling menarik perhatian.

    Zuhal

    Tentang Zuhal, ia merupakan planet kedua terbesar dalam sistem suria dengan ukuran diameter kira-kira 116,460 kilometer. Zuhal merupakan planet yang dihasilkan daripada gas, terutamanya hidrogen dan helium. 

    Sistem Suria. – GAMBAR NASA

    Bumi kita mempunyai satu bulan sahaja bukan? Istimewanya Zuhal, ia mempunyai 83 bulan yang disahkan. Bulannya yang paling besar, Titan, dikatakan lebih besar daripada planet Utarid dan mempunyai atmosfera yang tebal.

    ARTIKEL BERKAITAN: Fakta Semesta: Mengapa bumi dan planet lain berbentuk bulat?

    Zuhal mempunyai ketumpatan yang sangat rendah. Bayangkan, jika terdapat sebuah tab mandi yang besar, Zuhal akan terapung-apung dalam air seperti bola.

    Tempoh putaran Zuhal juga sangat pantas. Ia menyelesaikan satu putaran pada paksinya dalam masa kira-kira 10.7 jam, berbanding 24 jam untuk bumi.

    Putaran pantas ini juga menyebabkan Zuhal berbentuk buntal (oblate), bermakna ia mempunyai permukaan yang rata di kutub dan membonjol di kawasan khatulistiwa.

    Planet ini juga terkenal dengan cuaca yang melampau, termasuk ribut dan angin kuat yang boleh mencapai kelajuan sehingga 1,800 kilometer (1,118 batu) sejam.

    Sekarang, anda sudah mengenali fakta asas tentang Zuhal. Saya kongsikan pula kisah tentang cincin yang ‘menyarungnya’.

    Cincin Zuhal

    Dari jauh, Zuhal kelihatan seperti mempunyai tujuh cincin besar. Dalam tujuh cincin besar itu, terdapat beribu-ribu cincin kecil (ringlets) di dalamnya. 

    Cincin Zuhal. – GAMBAR NASA

    Sifatnya juga bukan pepejal kerana ia terdiri daripada ketulan ais, batu dan habuk yang terapung di angkasa. Saiz batu dan habuk itu juga berbeza-beza; ada yang sehalus pasir pantai, ada juga sebesar sebiji rumah.

    Ketika batu dan habuk itu mengorbit Zuhal, mereka berlanggar sesama sendiri secara berterusan dan menghancurkan kepingan yang lebih besar menjadi kecil.

    Cincin itu dinamakan mengikut huruf; A, B, C, D, E, F dan G. Cincin itu tidak mengikut susunan abjad, sebaliknya dalam susunan yang ditemui (urutan sebenar, bermula dengan paling dekat – D, C, B, A, F, G dan E).

    Beberapa cincin duduk berdekatan, manakala yang lain mempunyai jurang besar antara mereka. Cincin-cincin itu juga tidak duduk setempat sahaja, mereka mengelilingi Zuhal dengan kelajuan yang sangat tinggi. 

    Secara fizikal, Zuhal jauh lebih besar daripada bumi. Lebih daripada 700 biji planet bumi boleh dimuatkan dalam Zuhal. Disebabkan itu, saiz lingkaran atau cincinnya juga beribu-ribu batu lebar. 

    Jika terdapat kereta di angkasa, kita akan mengambil masa lebih daripada seminggu untuk memandu melintasi beberapa cincin Zuhal. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Fakta Semesta: Bagaimanakah teori ‘black hole’ digunakan untuk merentasi masa?

    Cincin terbesar Zuhal berukuran 273,588 km dalam diameter. Walau bagaimanapun, ia sangat nipis, iaitu hanya kira-kira 650 kaki (200 meter) tebal. 

    A dan B ialah dua cincin yang paling terang. B ialah cincin yang paling lebar dan paling tebal antara kesemua cincin. 

    C kadangkala dipanggil cincin crepe kerana sifatnya sangat lutsinar dan D pula hampir tidak kelihatan. 

    Cincin F sangat sempit dan ditemani oleh dua bulan Zuhal; Pandora dan Prometheus yang terletak di kedua-dua belah cincin. 

    Yang lebih jauh ialah cincin G dan E yang terdiri daripada zarah yang sangat halus (hampir mikroskopik). 

    Cincin E paling membingungkan para saintis kerana ia tidak seperti cincin lain (terdiri daripada zarah yang dibuang dari bulan berdekatan). E terdiri daripada zarah ais yang disembur keluar dari geiser gunung berapi berhampiran kutub selatan bulan Enceladus. 

    Disebabkan Zuhal mempunyai banyak cincin yang bergemerlapan, ia selayaknya dipanggil Lord of The Rings.

    Tetapi bagaimanakah cincin itu terbentuk dan berapakah umurnya? Terus ikuti Relevan di Facebook, Twitter dan TikTok untuk mengetahuinya. – RELEVAN

    bumi featured NASA pendidikan planet sistem suria zuhal
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.