Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berat badan tak turun-turun, ini punca dan cara mengatasinya

    Berat badan tak turun-turun, ini punca dan cara mengatasinya

    By Umi FatehahJuly 1, 2024Updated:August 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berat badan tak turun-turun, ini punca dan cara mengatasinya. - GAMBAR HIASAN I YUNMAI/UNSPLASH

    AZAM tahun baharu yang ditetapkan pada Januari lalu adalah untuk menurunkan berat badan.

    “Aku nak kurus!”

    Anda sudah kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, berlemak dan mengamalkan diet seimbang. Senaman juga dilakukan hampir tiap hari. Ada hari buat senaman kardio, hari lain fokuskan pada senaman kaki dan lengan. 

    Selepas beberapa bulan, anda seronok melihat angka pada penimbang.

    “Berat aku dah turun!”

    Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Lama-kelamaan, berat dah tak turun-turun. 

    “Mana silapnya? Kenapa berat aku tak turun-turun lagi?”

    Menurut Healthline, ini bermakna anda sudah mencapai tahap weight-loss plateau, iaitu penurunan berat badan mendatar.

    Apa itu weight-loss plateau?

    Bahasa mudahnya, berat badan anda tidak berubah. Tidak kiralah seketat mana diet yang diamalkan dan sekerap mana anda bersenam, weight-loss plateau ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. 

    Namun, jangan risau. Ada beberapa cara yang anda boleh cuba untuk bebaskan diri daripada weight-loss plateau.

    Cara mudah untuk bebas daripada weight-loss plateau

    1. Kurangkan pengambilan karbohidrat

    Dah kurangkan karbohidrat sebelum ini? Kurangkan lagi. Kalau sebelum ini makan nasi sekali satu hari, kurangkan dari segi saiz hidangan.

    Tetapi, sama ada pengurangan karbohidrat dapat membakar lebih banyak kalori masih terus diperdebatkan dalam kalangan pakar makanan dan obesiti. 

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bukti bahawa pengamalan diet rendah karbohidrat boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Ini boleh menyebabkan anda secara tidak sedar makan lebih sedikit dan mendorong kepada penurunan berat badan tanpa rasa terseksa.

    1. Lakukan senaman dengan lebih kerap atau berintensiti tinggi

    Kadar metabolisme badan menjadi perlahan apabila berat badan kita menurun. Apabila kadar metabolisme menurun secara progresif, lebih sukar untuk kita terus menurunkan berat badan.

    Walau bagaimanapun, senaman terbukti mampu mengatasi masalah ini.

    Penyelidikan mencadangkan latihan aerobik berkesan untuk menurunkan berat badan, paras lemak dan lemak degil di bahagian perut. 

    Latihan rintangan (resistance) juga ada banyak kelebihan. Jika digabungkan kedua-duanya, mungkin lebih mudah untuk anda menurunkan berat badan.

    1. Rekodkan setiap makanan yang diambil

    Ramai antara kita ambil mudah atau terlepas pandang dalam setiap makanan yang diambil, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

    Itulah sebabnya merekodkan setiap kalori, protein, lemak dan karbohidrat yang diambil boleh memberikan maklumat konkrit tentang makanan yang dimakan. Ini akan memudahkan anda untuk mengubah suai diet jika perlu.

    1. Kawal stres

    Adakalanya, stres boleh menjadi penghalang untuk anda turun berat badan. 

    Stres boleh menyebabkan anda makan berlebihan atau langgar pantang larang diet. Selain itu, stres juga akan membuatkan badan meningkatkan penghasilan kortisol, iaitu hormon yang dirembeskan apabila kita tertekan. 

    Berita buruknya, hormon kortisol menyebabkan lemak yang terkumpul di bahagian perut meningkat. 

    Jadi, penghasilan kortisol yang berlebihan akan menyukarkan penurunan berat badan. Cuba belajar menguruskan tekanan agar ia boleh membantu menggalakkan penurunan berat badan. 

    Ada banyak cara yang boleh dilakukan mengikut minat dan cara masing-masing. Antaranya ialah aktiviti fizikal yang seronok, bersiar-siar, membaca atau mendengar lagu.

    1. Tingkatkan pengambilan serat

    Dengan meningkatkan pengambilan serat, masalah weight-loss plateau boleh diatasi, terutamanya jika anda mengambil serat yang boleh dilarutkan dalam air atau dalam bentuk cecair. 

    Serat larut boleh melambatkan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman dan membantu anda berasa kenyang serta melambatkan rasa lapar.

    Satu lagi cara serat boleh membantu penurunan berat badan adalah dengan mengurangkan jumlah kalori yang diserap daripada makanan lain.

    Antara makanan yang mengandungi serat larut ialah ubi keledek, brokoli, lobak merah, avokado dan sebagainya. – RELEVAN

    Previous ArticleUiTM dan FRIM ganding bahu terap cinta alam sekitar dalam kalangan anak muda
    Next Article Wawancara bersama Mukmin Nantang (Bhg. 2): Tentang aktivis yang mahu jadi wira

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.